ads top

Eksplorasi 2nd Link Tuas - Singapore

Dalam pengalaman eksplorasi kali ini, ingin saya kongsikan pengalaman yang berharga buat mereka yang gemarkan aktiviti memancing dan semestinya mereka yang inginkan suatu kelainan. Rata-rata para penggemar memancing sering teruja untuk mencari "port" baru memancing dan sudah pastinya kawasan yang banyak ikan. Tidak kira di anak sungai, di tengah laut, di kolam, atas bot dan juga tidak ketinggalan di bawah jambatan. Jambatan yang saya maksudkan ini pula bukan sembarangan kerana intipatinya amat menarik. lokasi pilihan kali ini adalah merupakan suatu lokasi yang terletak di sempadan negara iaitu antara perairan Johor dan Singapura di mana ianya dihubungkan menerusi jambatan yang digelar sebagai 2nd Link dan dipisahkan oleh pagar dalam air laut sempadan yang dikawal ketat oleh polis marin. Ramai kaki mancing sanggup berhempas pulas untuk datang ke kawasan ini semata-mata untuk memancing. Namun bagi saya, ianya merupakan suatu peluang keemasan dan juga pengalaman serta ilmu baru yang seharusnya tidak boleh dilepaskan.





Perairan sempadan Johor yang terletak di Selatan Negara merupakan kawasan yang popular dengan pelbagai aktiviti pelancongan serta kawasan menarik serta bandaraya yang pesat membangun. Lokasinya yang bersebelahan Singapura merupakan suatu checkpoint antara pelancong singapura dan Malaysia selain pembangunan yang pesat di Nusajaya. Menceritakan pengalaman memancing di bawah jambatan ini adalah yang pertama buat saya. Sebenarnya pemilihan lokasi adalah dibuat tidak sampai satu jam di antara saya dan rakan lain. Oleh kerana bekalan memancing dan peralatan sememangnya tersedia didalam bonet kereta, ianya tidak menjadi masalah besar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari pekan Gelang Patah dan Nusajaya, anda boleh membuat pilihan samada melalui lebuhraya Tuas-Singapore atau melalui jalan biasa untuk Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pendas. Perbezaannya cuma keadaan jalan kampung agak berlubang dan tidak boleh memecut. Memecut ketika memandu itu adalah bahaya..!


Sesampainya kami ke lokasi di Jeti Pendas, hujan turun dengan amat lebat sekali. Sudah pastinya segala aktiviti bot tergendala seketika. Sambil menunggu tuan punya bot memberi 'greenlight' kepada kami. Saya berehat di restoran yang disediakan di jeti berkenaan. Ramai kaki pancing turut berada di restoran tersebut, itu menunjukkan kawasan pilihan saya kali ini memang popular di kalangan kaki pancing. Tidak rugi, kerana kami dapat juga membeli ais ketul dengan harga RM4 sebungkus muat untuk di masukkan ke dalam kotak polisterin bagi tujuan mengekalkan kesegaran umpan dan juga hasil tangkapan. Setelah keadaan kembali cerah, aktiviti menaiki bot bermula dan pemandangan indah mula kelihatan di sepanjang perjalanan kami ke lokasi yang belum pernah saya sendiri rasai. Untuk makluman, anda hanya perlu membayar RM20 untuk menaiki bot ke tiang-tiang yang terletak di bawah jambatan. Namun, tiada hak istimewa buat anda yang datang lambat. Kerana tiada istilah "booking" digunakan di sini. Siapa cepat dia dapat..! Pemilihan tiang harus dibuat seandainya tiang pilihan anda sudah penuh dengan pemancing lain yang lebih awal. Namun anda boleh berada di bawah jambatan selama mana anda inginkan dan bayaran RM20 tersebut ketika anda balik dan sampai ke darat semula. 


Selain itu, anda hanya boleh memilih tiang mana yang masih kosong atau anda inginkan mengikut citarasa anda sendiri seperti tiang di no 17 hingga 23 adalah merupakan kawasan yang paling popular kerana ikan besar yang banyak. Cuma tiang no 19 dan 20 merupakan kawasan pulau. Saya kurang pasti akan nombor-nombor tiang yang banyak ikan kerana tiang 16-23 tu merupakan kawasan paling tengah dan dalam. Sudah pastinya ikan besar-besar pun banyak. Pemilihan tiang yang berpulau adalah tidak digalakkan kerana banyak batu-batu kerikil. Tapi andai anda bawa 100 biji batu ladung dan mata kail yang banyak, silakan mencuba =) kerana mata kail anda akan sering tersangkut dengan batu kerikil yang banyak.


Suasana di tengah pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi amat menyejukkan sekali. Saya sendiri tak tahan kerana kesejukan yang amat sangat. Angin kuat yang bertiup membuatkan anda sendiri rasa macam berada di sebuah kawasan seperti penjara kerana anda berada di tiang tersebut sahaja tanpa boleh berjalan ke tiang lain. Namun, andai anda ingin pulang pada bila-bila waktu anda boleh hubungi pengusaha tersebut untuk membawa anda pulang ke darat. Bayaran tetap sama di kenakan. Rata-rata pemancing yang datang hanya teruja untuk memancing ikan-ikan besar sahaja seperti kerapu, pari, ikan merah serta jenis-jenis ikan lain yang besar. Oleh itu, mereka kerap menggunakan apollo untuk menangkap ikan tamban sebagai umpan ikan hidup dan kemudian dijadikan umpan untuk menarik perhatian ikan yang lebih besar. Oleh itu, anda digalakkan membawa umpan udang hidup dan membawa apollo untuk memancing ikan tamban sebagai umpan. Anda pastinya akan teruja bila dapat menaikkan ikan besar di sini..! 


Perkhidmatan sewa kelong tidak disediakan di sini kerana kebanyakan kelong diusahakan oleh pengusaha Singapura yang tertumpu pada penternakan ikan dalam sangkar. Mereka seterusnya akan menjual di Singapura sendiri, cerdik kan mereka =) Walaupun anda berada di tengah-tengah tiang dan jauh dari darat, namun keadaan di sini meriah sekali. Hampir kesemua tiang dipenuhi oleh ramai pemancing yang datang dari pelbagai tempat. Adakalanya, sampai 2 ke 3 kumpulan berbeza memancing di tiang yang sama. Sudah pastinya kegilaan memancing itu turut di rasai apabila anda dapat melihat pemancing di tiang sebelah menaikkan ikan-ikan yang besar. Kadangkala ianya seolah-olah macam suatu pertandingan memancing kerana tiada siapa ingin merasa kalah di sini...!


Dengan cuaca yang panas, anda dapat mengelak sinaran matahari mengikut pergerakan cahaya matahari. Kesimpulan nya tidak berapa panas cuaca di bawah jambatan tersebut. Arus pasang surut kadangkala terlalu deras diiringi angin yang kuat, oleh itu ramai pemancing mengambil kesempatan untuk tidur dan berehat seketika. Pengurusan masa amat penting semasa anda berada di bawah jambatan 2nd Link ini. Selain itu, di nasihatkan untuk anda tidak makan atau minum dalam kuantiti yang amat banyak ini kerana tiada tandas disediakan =) so, janganlah lama-lama sangat memancing di sini ya..!!


Sesuatu pengalaman baru yang pastinya amat berharga dalam hidup saya kerana ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. Berbeza dengan pengalaman memancing di atas kelong seperti pengalaman yang lepas, terdapat perbezaan ketara seperti tandas, bilik dan juga dapur turut tidak disediakan di bawah jambatan ini. Senang cakap segala perbuatan anda dapat dilihat oleh rakan-rakan pemancing di tiang-tiang lain bersebelahan. Rata-rata mereka tidur di atas lantai simen dan tidak berbantal. Suatu kegilaan para pemancing, mungkin ya mereka sudah gila..! namun bagi saya yang turut merasai pengalaman baru itu, ianya adalah suatu penyeksaan..haha. Tidur di atas lantai dengan angin yang amat sejuk hingga mengigil dengan tiada khemah untuk baring dan berlindung. Anda pasti teruja..!

Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan bersama buat mereka yang gemar memancing dan ingin mengetahui pengalaman ini. Memancing di bawah Jabatan 2nd Link adalah suatu pengalaman menarik dan pastinya tidak mengecewakan anda sekiranya anda datang pada air pasang besar dan sekiranya rezeki anda banyak, pastinya anda akan datang kembali ke tempat seperti ini walaupun ianya suatu penyeksaan =) Teruskan jalan-jalan dan penuhi tahun 2011 anda dengan melancong serta rasai aktiviti pengembaraan anda sendiri. "Walaupun Suatu Pengalaman Pasti Amat Berharga" .. Semoga banyak ilmu-ilmu baru serta pengalaman baru ini bermanfaat buat anda semua yang dapat saya kongsikan kerana "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Sekian :-) 


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

  1. pergh...
    x tdo la smlm ek?
    edit blog...
    u really have to teach me on how to make my blog looks like yours...

    ok?

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh...dok study sorg2 dgn amat tekun sekali.. dok bace satu persatu ng coding skali wuu.. tdo pagi td kul 7 lor, bgn kul 12 tgh hari lor.. hakhak

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here