ads top

Hobiku Mengumpul Barang

Sabtu ahad lepas aku balik ke rumah mak ayah aku pi bercuti, then pastu aku bwk ler  beg masuk bilik aku sambil tgk koleksi2 barang2 lama aku. Ishhh...rindu sgt kt korg sumer.. Dah lama sudah rasanya aku menyimpan barang2 ni sejak zaman2 kecik aku lg. Tak sangka rupenye benda-benda yg aku simpan selama ni mmg amat bermaknalah dalam hidup aku. omputih kata "high sentimen value" beb.. Yelah sume tu kan menyimpan byk giler kentang kenangan lama zaman2 sekolah dulu.. sb skrg da tua sket la..so zaman remaja aku pn dh paras2 idung la kirenye..hehe



Banyak keychain2 tu aku simpan sejak sekolah rendah lagi sampai aku masuk USM penang. Senang cakap mana2 daerah atau lokasi aku melawat sure aku beli ole2 sbg tanda aku da melawat tmpt tu.. tp yg paling banyak keychain2 MELAKA la.. sb aku dh bertapa 5 tahun kt MELAKA selaku SMS Muzaffar Syah sekolah paling tinggi ku selain sekolah kt genting highland..haha. Ada keychain dari langkawi, johor, terengganu, kelantan, sarawak dan jugak hadiah2 dari kelas2 serta kelab2 sekolah yg aku join. Sumenye masih dalam keadaan baik sampai skrg..


Antara keychain2 tu beli kt kawasan pelancongan la..sb hobi aku suka mengembara bahasa arabnye TRAVEL.. tak ketinggalan juga aku suka simpan koleksi2 souvenir laen dari oversea seperti ole2 dari PHUKET, THAILAND.. keychain Gajah emas yang kecik comel depan sekali tu.  Sblh cover bulu kambing dari Australia. Selain tu ape lg erk... hurm..ade jugak koleksi Jaqoiun yg someone pernah bagi dulu, paling kanan sekali dlm botol 2 biji tu. Tapi aku guna sket je, sb mahal sgtla benda alah tu, sampai tak sanggup nk perabihkan..haha


Tapi yang paling aku suka Si Patung Chomel yg cute mute sblh kiri tu..nama dier FARISH =) aku sayang sgt kt FARISH tu..nama dia simbolik kenangan lama2 aku COMBINATION nama. so selama ni FARISH selalu ikut kt dlm kete aku jek, tp sian asik kna panas jek, nnt hitam.. so aku masukkan dalam PETI SIMPANAN KACA dlm bilik aku, so habuk2 atau bdk2 xleh kacau la.. tu yg bertahan dgn baik selama bertahun2 sampai skrg =)

JAM 100+ tu plak aku dapat sebagai tanda penghargaan dari syarikat F&N Sdn Bhd masa aku jadi pengarah projek kt USM satu ketika dulu, projek Eksplorasi yg melibatkan Datuk Azalina Othman Said selaku VVIP jemputan projek aku. Projek Sukan Rekreasi dimana dorg2 sume ni aku paksa tuk berkayak sejauh 40KM dan berbasikal sejauh 20KM serta berkhemah selama 5 hari di tepi laut di negeri johor. Memang explore giler2 beb sampai penat gila gampang dorg sume..haha. So kire projek aku ni dpt banyak sponsor jugakla dari JKING, F&N, JBTN2 kerajaan lain dan kolej2 swasta yg join projek aku ni. Tapi yg paling bestnye kesemua sponsor dari JKING tu bkn aku bagi Datuk Azalina dan VVIP laen, tp aku sebat ngan bagi kt timbalan pengarah, serta penyelaras2 projek aku yg berdedikasi atas usaha keras mereka. 


FARISH mmg comel =) aku slalu bawak dia dok jalan2 dlm kete. Yela, orang yg bagi kan..aku kna simpan baik2 la. takkan nk buang semudah tu. Cuma skrg dh bertahun gak si comel tu kna duduk diam2 dlm almari kaca bilik aku. Banyak lagi hadiah2 laen yg bermakna, cuma cukup la cite setakat tu je ttg si farish. sb dia mmg amat pemalu..


Ni pulak ALBERT GENIUS..sempena nama tuannye. haha. souvenir bermakna dari AUSTRALIA the Kanggaroo Country. Aku namakan si cute ni albert sb dia asal aku tgk dia jek, dia dok senyum..asal aku senyum je aku tgk die. sampai aku penat pk, tak penat2 ke die ni dok senyum memanjang..haha. Boomerang Australia, tp aku tak pernah baling pon, takut aku silap baling, ada 2 kemungkinan.. terus hilang masuk semak sb taknak patah balik, keduanya kena kepala orang. tak pasal2 kna saman..huhu. Keychain Australia, Box Australia berserta ng BULU KAMBING BIRI2 Australia yg berwarna putih gebu2 tu.. 


Lastly, ni lah segala jawatan2 yg aku pernah pegang sejak sekolah rendah lagi.. pengawas sekolah agama, ketua kelas sekolah agama, pengawas sekolah rendah, pengawas sekolah kt MOZAC serta EXCO PELAJAR MOZAC menyandang bendahari =) kecik2 dah reti kutip duit. dah besar reti bagi duit plak kot..hehe. Tengkolok tu pulak dibuat daripada samping sekolah EXCO yg mana pihak sekolah hadiahkan sebagai penghargaan dan skroll sijil beserta pingat penghargaan. Sume benda alah tu masih elok aku simpan sejak di bangku sekolah lagi.. amat lah berharga sebagai kenangan zaman kecik2 dulu. Pasti menarik klu aku dapat simpan sampai aku tua, nnt blh cite ng tunjuk kt anak cucu aku..haha. Setiap orang pasti ada cara tersendiri utk menyimpan pelbagai kenangan dalam hidup mereka. Ni salah satu hobi aku yg mmg tak boleh dibendung sejak aku lahir2 lagi..ianya AMAT SERONOK =)


Wassalam 



 ~ Rizali Masri ~
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

4 respons pembaca:

  1. new bloggers in the housela..


    teruskan menulis ye..:P

    ReplyDelete
  2. wah.. byk tol khazanah.. huhu..

    ReplyDelete
  3. wahidah : haha..baru nk jinak2. jgn luper souvenir tuk aku dari Jeddah yer..

    ReplyDelete
  4. E'in : hehe, khazanah lama yg berkarat.. kire blh simpan dalam muzium nnt ar..haha

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here