ads top

TS Boon Siew Pengasas Honda

Berkongsi sedikit ilmu yang saya ada untuk disampaikan kepada anda semua adalah merupakan salah satu daripada inisiatif diri saya untuk melihat lebih ramai antara kita turut sama-sama berjuang demi kejayaan anak bangsa dan menjadi perintis generasi akan datang dalam memimpin negara dan memperjuangkan agama yang di cintai. 


 


Menceritakan berkaitan seorang ahli perniagaan berjaya yang kaya raya dan titik tolak permulaan kejayaan yang di usahakan beliau sehingga bergelar seorang jutawan yang disegani dan banyak menyumbang kepada masyarakat. Semoga setelah membaca artikel ini, kita semua mendapat ilmu berguna dan membuka minda bahawa sekiranya kita berada di kemuncak kejayaan, kita akan mampu membantu mereka-mereka yang memerlukan, oleh itu marilah sama-sama menuju kejayaan =)




Tan Sri Dato' Loh Boon Siew lahir pada tahun 1915 dan meninggal dunia pada tahun 1995. (Bahasa Cina : Tulisan Cina Tradisional / Tulisan Cina Ringkas) juga dikenali sebagai "Mr Honda" yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya dan jutawan Pulau Pinang. Beliau adalah pengasas Boon Siew Honda. Mendalami lebih lanjut tentang sejarah negara dan juga mengkaji asal usul mereka-mereka yang telah berjaya menempa nama bergelar jutawan dalam perniagaan di negara ini. Salah seorang tokoh ahli perniagaan yang patut kita contohi adalah TS Loh Boon Siew kerana membawa Honda masuk ke negara ini. Lebih mudah difaham, kebanyakan motorsikal yang ada tulisan "Boon Siew Honda" itu adalah merupakan sempena nama beliau =)


Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan mengumpul najis babi (digunakan untuk bahan bakar) sebagai sumber pendapatannya untuk mendapatkan duit sewaktu kecil. Sewaktu beliau berusia 12 tahun, beliau tiba di Pulau Pinang dengan menaiki sebuah bot kecil dari China. (Kehidupannya yang susah pada waktu itu membuatkan beliau nekad untuk berhijrah dan mengambil risiko bertarung nyawa untuk datang ke Malaysia). Malaysia juga merupakan negara yang menjadi "lubuk emas" pada masa sebelum merdeka.

Beliau hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tidak ada sebarang pendidikan rasmi langsung. Beliau hanya bekerja sebagai seorang pelatih mekanik kereta dengan mendapat sumber pendapatan RM3 sebulan ketika beliau baru tiba di Malaysia pada masa itu. Beliau tinggal dalam kuarters pekerja "Kolie Keng" di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan beliau menambah pendapatan sampingan dengan mengambil upah membasuh bas dengan upah bayaran sebanyak RM0.10 setiap buah. 


Ketika beliau mencecah usia 18 tahun, Loh telah membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan wang simpanan sebanyak RM2,000. Beliau membaiki bas tersebut dan menjualnya semula dengan harga RM12,000. Kemudiannya beliau membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, ke semua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia II.

Tetapi Loh tidak pernah berputus asa, dan selepas tahun 1945 setelah tentera Jepun kalah di Tanah Melayu, beliau mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian beliau mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta-kereta terpakai, pengangkutan lain dan juga sekali lagi dalam perniagaan lamanya iaitu menjual bas.


Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan harta tanah dengan membina Villa di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan sering melihat peluang dari setiap perkara yang berada di persekitaran beliau. Pulau Pinang merupakan satu pulau yang cantik dan dikelilingi pantai, oleh itu beliau merasakan bahawa pembangunan harta tanah amat menguntungkan.


Pada tahun 1958, ketika bercuti di Metropolitan Jepun. Loh perasan bahawa di Jepun amat popular dan meluas penggunaan motorsikal "Honda Super Cub". Beliau percaya bahawa sebuah mesin yang berkos rendah dan mampu diguna ke mana-mana adalah amat berkesan dan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Oleh itu, Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta asal motorsikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia.





Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudiannya telah melantik Boon Siew selaku pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika 50 unit Honda 4-Stroke Cub di bawa masuk ke Malaysia dalam sejarah.

Beberapa tahun kemudiannya, kilang pertama dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dijenamakan semula sebagai "Boon Siew Honda". Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew  adalah merupakan orang pertama yang membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan "kapcai" adalah berasal dari Honda Cub yang bererti "motorsikal kecil" di Malaysia. 







Beliau turut memainkan peranan yang amat besar dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit Poh dan The Star (Malaysia) pada tahun 1974, dan antara jasa baik beliau adalah dengan menubuhkan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang Old Folks Home). Kedua-dua sumbangan beliau masih gah dan masih berfungsi seperti mana yang saya lawati semasa berada di Pulau Pinang baru-baru ini =)

Boon Siew yang mempunyai dua isteri, Oh Guat Sim dan Ong Lay Wah, meninggal dunia ketika tidur berusia 79 tahun pada 16 Februari 1995. Beliau meninggalkan lima anak dan 18 cucu. Empayar Boon Siew dikendalikan oleh generasi keturunannya.


Pengajaran dan kesimpulan yang dapat saya sampaikan dari pembacaan ini adalah semua orang mampu untuk berjaya tidak kira pangkat, latar belakang keluarga mahupun taraf pendidikan kita. Kejayaan adalah semua dan milik mereka-mereka yang sentiasa berusaha ke arah kejayaan. Sebagai seorang muslim, saya mengingatkan diri saya dan juga anda semua bahawa kita harus mencontohi tokoh-tokoh seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak menjadi satu loncatan momentum dan juga anjakan paradigma dalam diri kita untuk berjaya dan terus bersaing dengan bangsa lain. Berbekalkan semangat yang kuat, pengalaman dan ilmu di dada, tidak pernah kenal erti putus asa dan usaha yang bersungguh-sungguh sudah pasti kejayaan adalah milik kita suatu hari nanti =) insyaAllah ...





-rizali masri-
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

Hi everyone .. please leave your comment here