ads top

Khasiat Setiap Malam Tarawih

Solat Terawih merupakan solat sunnah yang dilaksanakan pada bulan Ramadan. Setiap kali masanya tiba, berduyun-duyun masjid menjadi penuh selepas waktu Isya'. Namun apa sebetulnya manfaat dan janji Allah yang dimaktubkan dalam Solat Terawih..?


Sebuah hadits diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib R.A, bahwa suatu hari Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan solat terawih pada bulan Ramadan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan solat terawih pada :


Malam ke-1:
Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam ke-2:
Allah SWT memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)

Malam ke-3:
Malaikat berseru dari bawah Arsy ; mulailah beramal semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

Malam ke-4:
Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (al Quran)

Malam ke-5:
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang solat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah,masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsha di Palestin.

Malam ke-6:
Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-baitul ma'mur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini, ternyata bisa memintakan ampunan kepada Allah untuk kita).

Malam ke-7:
Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Malam ke-9:
Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.

Malam ke-10:
Allah memberikan anugerah kepadanya, berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Malam ke-11:
Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa / husnul khotimah)

Malam ke-12:
Pada Hari Kiamat, anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.

Malam ke-13:
Pada Hari kiamat, anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.

Malam ke-14:
Para malaikat memberi kesaksian solat terawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.

Malam ke-15:
Anda akan menerima selawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.

Malam ke-16:
Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, anda bebas ke syurga, dan lepas dari neraka.

Malam ke-17:
Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.

Malam ke-19:
Allah akan mengangkat darjat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)

Malam ke-20:
Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan shalihin.

Malam ke-21:
Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda di syurga.

Malam ke-22:
Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, kerana anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.

Malam ke-23:
Allah akan membuat sebuah kota untuk anda di dalam syurga.

Malam ke-24:
Allah akan mengabulkan 24 permohonan anda selagi anda masih hidup di dunia.

Malam ke-25:
Anda akan bebas dari seksa kubur.

Malam ke-26:
Allah akan darjat amal kebaikan anda sebagaimana darjat amal kebaikan anda selama 40 tahun.

Malam ke-27:
Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.

Malam ke-28:
Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam syurga kelak.

Malam ke-29:
Allah akan memberi pahala kepada anda seperti anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.

Malam ke-30:
Allah menyuruh kepada anda untuk memakan semua buah di syurga, minum air kausar, mandi air salsabila (air syurga), kerana Allah Tuhan Anda, dan anda hamba Allah yang setia.


Sama-sama kita penuhi hari-hari kita di bulan Ramadhan dengan segala khaifiat yang di janjikan oleh Allah terhadap hamba-hambaNYa. Selamat menunaikan ibadah puasa dan melakukan kebajikan di bulan Ramadhan yang penuh barakah =) In sha Allah.. Wassalam ~





~rizali masri~
\(*_^)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

Hi everyone .. please leave your comment here