ads top

Jenis Lelaki Di Benci Perempuan - RM Jawab


LELAKI MULUT GULA

Dalam erti kata lain, lelaki yang suka sweet perempuan ataupun tikus jadian. Hello bro, zaman sekarang dah tak main dah sweet-sweet guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fuck* kat korang, terkincit bengang lagi malu nanti. - zaman sekarang pun dh berubah, statistik kaum wanita lebih ramai berbanding lelaki kat dunia ni, (ramai lelaki kt pusat serenti) rasanya perempuan sekarang pun dah makin berani sweet-sweet jugak kat lelaki. tak gitu wahai wanita..? hehehe

LELAKI YANG BAJET COOL

Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I'm not single  dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni di iringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personaliti lah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta??? - Part ni aku sokong, apa motif pakai sunglasses  hitam tu tgh2 malam, nak buang tebiat ke haper..? benda alah tu kan untuk di pakai time panas terik je sengal..!! nak kata bodoh kang kena marah plak, nak puji lebih2 dah memang ko tak faham fashion. makan kt warung tepi jalan je malam-malam tapi pakai rayban hitam siap cakap ala2 macho bagai. confirm kena dekah je ngan budak2 kecik balik mengaji kat surau. hehehe


LELAKI YANG TERLEBIH LELAKI


Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah perangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni. - haha, tapi part ni aku nk bersuara sket, ada juga lelaki yang tak suka melayan perempuan & buat bodoh je, bukan kerek gurls dan kadang bukan sombong  jugak gurls tapi tengok keadaan la, klu rasa perlu, senyum je kt perempuan tu pun dah di kira OK la kan..hehehe

LELAKI YANG SUKA BOCOR RAHSIA PEREMPUAN


Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Lagi sedap jadi bahan gossipan  dan kutukan ~ Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 pelusuk daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni - haha, part ni pun aku memang nk bersuara, tapi seteruk-teruk lelaki yang suka bocorkan rahsia tu adalah selemah-lemah perempuan kalau bergossip tau, habis pecah semua rahsia lama..hehehe. lelaki memang ada yang suka layan gossip, tapi biasanya lebih ke arah benda-benda yang mereka fanatik atau gila macam kereta, bola, superbike dan duit. jangan marah ya ~ hehehe

LELAKI YANG TAK PANDAI JAGA HATI PEREMPUAN


Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman. - hehehe..janganlah terlalu berharap kaum lelaki sentiasa memahami korang, siapa kata wanita adalah kaum yang lemah..? sejarah membuktikan bahawa peranan wanita juga sama kuatnya dengan lelaki. tak percaya..? berapa trillion wanita-wanita kt dunia ni yg sudah bertarung dengan maut ketika melahirkan anak..? yang ada siap lahirkan 5-10 orang anak lagi seumur hidup mereka, bukan ke bertarung dengan maut, membawa kandungan dalam perut selama 9 bulan 10 hari tu satu tindakan yang kuat..? tak semua lelaki sanggup buat wahai wanita =) itulah keberanian dan kekuatan korg. so tak ada lemah pun kt sini, mentaliti harus kena ubah.. hehehe

LELAKI YANG PENGOTOR


Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut, bulu hidung, bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish… - hehehe, kalau gitu perangainya, bukan kan saja kaum perempuan tak suka, malah lelaki pun menyampah..!! tapi takdelah sampai 24 jam wangi sepanjang masa ng minyak wangi bagai, habis tu duit budget utk korg guna pi shopping sakan tak dapat la pulak, korg jgk yg pening nanti x dapat shopping..haha..! berperwatakan pembersih. Ya, itu aku sokong dan begitu jugak ngan perempuan, kajian membuktikan bau badan perempuan adalah jauh lebih kuat dari bau badan lelaki. Oleh sebab itu lah kenapa secara peribadinya perempuan suka dengan wangian dan kebersihan, so korg kena lah 2 kali ganda jaga semua tu =) tak gitu kan..? hehehe

LELAKI YANG TAKDE PENDIRIAN


Ini benda penting yang menentukan dia gentelman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah.. Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah ~ Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak. - haha, ini satu statement yang terlalu pentingkan diri namanya..! kadang-kadang perempuan patut rasa beruntung bila dapat lelaki macam tu, itu menunjukkan lelaki tu jenis tak kisah dan lebih menjaga keputusan perempuan berbanding diri dia sendiri. korg nak ke kalau semua lelaki dh tetapkan tanpa minta keputusan korg, last2 korg jugak yg mengeluh, makan nasi ng kicap je ke bang ari-ari..? haha, itu tanda nya si lelaki mencari nafkah dan segala urusan di rumah dia serahkan pada perempuan, so mana yang dia kata "ikut youlah" tu, meaning dia x kisah la..bukan takde pendirian cuma lebih bertolak ansur.  hehehe

LELAKI YANG SUKA CERITA BENDA LUCAH


Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti…. - hahaha, sebenarnya kenyataan ini sendiri pun dah melambangkan lucah..! hehe, kena tengok pada keadaan la sebenarnya, secara hakikinya lelaki mempunyai 1 nafsu iaitu seks berbanding perempuan yang ada 9 nafsu dan pecahan nafsu perempuan tu lebih ke arah perkara lain. so biasanya lelaki yang lucah tak kena tempat ni memang "nak kena terajang sampai masuk longkang"..!! hehehe, kalau kt US dh boleh kena saman atas dakwaan "Sex Harassment". Sikap seseorang lelaki mengawal nafsu di khalayak ramai & menghormati para perempuan itu adalah salah satu tanda kematangan dia berfikir. hehehe

Aku sokong je mana-mana kenyataan yang rasanya betul bagi pihak lelaki, dan juga menyangkal mana-mana statement yang aku rasa agak terlalu pentingkan diri sendiri bagi kaum perempuan =) hehehe, sekadar berkongsi pandangan dan pendapat sahaja ya. Ceria-ceria selalu dan saling memahami terhadap pasangan masing-masing, barulah BAHAGIA =) 

~Wassalam ~



~ Rizali Masri~
\(^_*)/



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

  1. entry yg sungguh memahami ku..
    ohhhhh :')

    ReplyDelete
  2. hehehe..yakah..? suka2 je menjawab bg pihak lelaki :)

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here