ads top

Tips Kitaran Seorang Blogger



Topik kali ini adalah tentang etika dan kitaran pada mereka yang bergelar seorang blogger tegar atau "pure blogger". Rasanya ramai blogger yang telah mencapai level Pro Blogger dan "expert giler kentang", tak macam saya yang masih newbie dan masih merangkak belajar sendiri =) Baca sampai habis kerana inilah di antara peringkat awal dan akhir sesetengah kehidupan seorang blogger. Dan daripada anda tidak meminati dunia blogging hinggakan anda tertarik dan terus mula mencipta blog pertama anda hingga ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya. So mulakan pembacaan anda pada peringkat kitaran  terawal..

Kitaran 1: Bermain Suka-Suka


Kitaran 1 : Pada fasa pertama adalah Bermain Suka-Suka. Maksudnya lebih kurang anda mula buat dan menulis blog sekadar suka-suka sahaja pada mulanya. Tidak serius lagi dalam dunia blogging. Kiranya matlamat asal suka-suka buat macam satu bentuk "diari maya". So, langkah pertama adalah blogwalking, menjaja dan menjelajah di serata blog untuk mencari idea, cari code programming dan kaedah macamana blogger lain 'design' blog mereka supaya : banyak pengunjung, cantik, mesra pelawat, banyak ilmu (tutorial), maklumat semasa, teknik dan tips, tidak terlalu mengarut dan lembab. Blog saya ini boleh dikategorikan sebagai kitaran fasa kedua sahaja. Masih banyak perkara perlu diperbaiki dan dipelajari.

Pada dasarnya kepada seorang newbie, ianya memang agak pening dan tak faham bagaimana nak mulakan membuat blog pertama. Kerana mungkin rata-rata kawan anda bukanlah blogger tegar & tiada sumber lain kecuali diri sendiri dan ilmu di hujung jari (internet). Bekalan yang penting adalah, belajar dengan tekun dan sentiasa mencari ilmu dan sumber berkualiti dan berkongsi dengan yang lain. Lagi satu punca aktiviti ini adalah sekadar melepaskan rasa bosan dan masa terbuang anda.

Dengan wujudnya satu blog pertama anda, yang mungkin biasa-biasa, anda akan kerap melawat blog lain untuk menambah ramai kenalan dari komuniti blogger dan  menambah widget. Sesungguhnya, apabila anda sudah memulakan langkah pertama mencipta blog pertama anda, semakin anda mengkaji dan pelajari sesuatu ilmu yang baru, maka semakin banyak perkara anda teruja dan semakin banyak ilmu baru. Ya, anda pasti akan sedari bahawa mencari ilmu itu terlalu luas dan tiada penghujungnya..! so teruskan membaca dan menambah ilmu.

Kitaran 2 : Tindakbalas Memberansangkan


Kitaran 2 : Fasa kedua adalah di mana blog yang anda cipta dan artikel anda telah menerima feedback melalui komen-komen yang ditulis oleh pembaca blog dan pembaca lain. Maka anda akan semakin excited, semakin serius dan bersemangat menulis lebih banyak artikel dalam blog untuk mendapat lebih banyak respons dari pembaca. Ya, pada mulanya anda sekadar ingin meluah segala perasaan dan menghabiskan masa anda dengan blog dan syok sendiri.

Namun, oleh kerana mendapat sambutan dan respons membina dari pembaca, akhirnya anda sudah dapat kenal pasti siapa dan jenis artikel bagaimanakah yang sering pembaca lawati di blog anda. Dengan melihat jumlah statistik pengunjung di dashboard,  anda mampu membuat penilaian dari segi penambahbaikan isi kandungan artikel dan tulisan anda. Sewaktu anda melihat puluhan malahan ratusan pengunjung membaca artikel anda, dari situ anda mampu mengkaji rata-rata pelawat lebih tertumpu pada artikel berbentuk apa. Anda akan lebih bersemangat untuk membaca artikel lain, mencari sumber bacaan dan kefahaman untuk artikel anda yang seterusnya.

Anda akan teruja untuk terus menimba pelbagai informasi dan ilmu dalam memastikan artikel yang anda tulis mendapat perhatian ramai pembaca. Dengan ini, masa terbuang anda kian terisi dengan hanya duduk setia di depan komputer membaca pelbagai tips dan tutorial dari otai-otai blogger yang pro dalam menambah kefahaman anda dalam menaiktaraf satu persatu peringkat pengubahsuaian blog anda. Ramai juga di antara blogger yang telah memiliki ribuan follower dan pembaca setia telah menukar domain mereka kepada website sendiri yang berbayar. Itu adalah kelebihan para blogger yang telah menjadi terkenal dan dikenali ramai.

Kitaran 3 : Komuniti Berkembang


Kitaran 3 : Dalam fasa ketiga ini, anda telah mula membina komuniti sendiri. Anda telah ada pembaca setia, follower dan rakan blogger yang selalu memberi feedback setiap artikel yang dihasilkan. Bertambahlah bersemangat untuk menghasilkan artikel-artikel yang menarik di blog. Dengan semakin berkembangnya komuniti anda, anda lebih mudah di kenali ramai termasuk di facebook..! Kalau dulu anda hanya memiliki sebuah personal account facebook kini anda telah mengorak langkah dalam bentuk komuniti seperti di Facebook Page. Ini kerana tidak semua blogger mahukan data peribadi mereka in public. Oleh itu mereka mencipta personal facebook account hanya untuk kenalan rapat, dan facebook page untuk  semua yang lebih bersifat terbuka dan boleh di baca oleh semua pengguna tanpa batasan. 

Antara potensi yang sering dilakukan oleh blogger adalah mempunyai blog sendiri (blogspot/wordpress), mempunyai laman sosial lain (twitter, myspace, friendster, dll) dan yang terkini facebook, di mana anda mampu membuat laman page sosial anda secara percuma menggunakan akaun facebook. Maka dengan itu, pengunjung anda bukan sahaja dapat membaca malah mampu membuat tindakan lain seperti "LIKE" dan "SHARE" setiap artikel anda yang di rasakan mereka suka. Teknik ini juga mampu melonjakkan nama blog anda dengan sangat berkesan dan menaikkan nama anda dengan kaedah promosi yang murah. Anda semakin dikenali dan semakin popular..!! Hingga ke satu tahap ~~

 Kitaran 4: Kemasyuran


Kitaran 4 : Dalam fasa keempat ini, anda semakin glamour, famous amous..! (eh, itu nama biskut) dan popular lah orang kata. Pelawat dan pembaca blog pun dah beribu-ribu sehari skodeng. Maka timbullah macam-macam masalah. Masalah hosting, masalah page error, komen dan email tak terbalas dan macam-macam lagi sewaktu dengannya. Mulalah pembaca blog anda kata yang anda ni dah mula sombong  tak nak approve facebook dan macam-macam lagi. Jiwa anda semakin kacau bilau dan huru hara.

Kitaran 5 : Kepenatan & Hilang Akal


Kitaran 5 : Pada fasa kelima dan terakhir ini adalah peringkat hidup anda yang dah kritikal dan kepenatan. Anda dah terlalu penat atau exhausted dengan keadaan dunia blogging atau pun mungkin hilang akal sudah untuk atasi. Lama-lama blog anda yang popular dan glamour tu akan mati dengan sendiri sebab anda sendiri sudah tidak berada di dunia nyata. Mungkin berhibernasi menghilangkan diri sekejap samada teruskan semula atau buat blog baru yang lebih canggih. Papepun, itu kepada pro blogger yang berurusan seorang diri, tetapi cara paling mudah untuk atasi bila blog anda yang sudah terlalu diminati, anda boleh saja tubuhkan team yang menjaga dan meng'update' segala urusan yang tidak mampu anda tanggung seorang diri contohnya seperti iluvislam, giler kentang, jeritan blog, media serius dan otai-otai blog canggih  lain yang anda kenal. Mudah bukan..? Penutup bicara, menjadi seorang blogger sangat menarik hinggakan anda lebih suka berblog daripada berfacebook..!! Tak percaya, baik anda cuba bina satu laman blog yang pertama dari sekarang kerana terlalu banyak ilmu baru pasti anda akan pelajari =) Selamat mencuba..


~ Wassalam ~



~ Rizali Masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

  1. menariknya. first time jumpe entri macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri melalut mmg selalu macam nilah, hehe.. BTW, terima kasih bro..

      Delete

Hi everyone .. please leave your comment here