ads top

Tips Menjadi Romantik & Sweet..!


Pertama sekali nasihat diberikan kepada semua pembaca terutama pasangan couple yang masih muda dan belum berkahwin agar anda "membatasi pergaulan" tanpa melebihi had. Ini antara tips yang boleh digunapakai oleh semua golongan samada muda, yang sudah berumahtangga atau pun idea untuk atuk dan nenek kita =) *sekali sekala apa salahnya ajar atuk kita romantik macam zaman muda-muda dulu kala*. Yeah..!! Pastinya anda menjadi cucu yang disayangi oleh atuk dan nenek ~ sebenarnya tindakan itu sendiri dah menunjukkan dan melambangkan yang anda sangat sweet =) Ini antara tips dan panduan yang dapat saya kongsikan bersama anda terutama lelaki :

1. Melihat matahari terbenam bersama
Cari tepi pantai, tempat tinggi macam Broga Hill, nikmati keindahan alam sama-sama sambil anda merancang bila nak kahwin, ketika kita rasa tenang dan damai, baru bicarakan hal-hal yang lebih serius.

2. Membisik kata-kata cinta
Seringkali menyebut kata rindu dan sayang pada pasangan, tapi jangan terlebih dari tindakan pula okey..! Biasanya setiap pasangan ingin dihargai dan disayangi tak kira lelaki atau perempuan kerana akan merasa kalau boleh makin bertambah rasa kasih dan cinta.

3. Memasak untuk si dia

Buat lelaki, jika anda pandai memasak, itu satu bonus buat anda. Ya, ini membuatkan diri anda lebih disayangi. Sentiasa menemani si dia di dapur, bersama-sama membeli di pasar, dan memasak masakan kegemaran si dia ketika si dia demam, dan bersalin. pasti menambahkan kerukunan rumahtangga anda. So, mulakan belajar memasak dan rajin-rajinkan diri ke dapur mulai sekarang =)

4. Membelikan hadiah yang dia idamkan
Buat surprise kepada pasangan anda..! Belikan hadiah yang dia suka tanpa dia tahu perancangan anda itu. Gunakan teman baik pasangan anda untuk bantu. Hadiah sempena ulangtahun, hari lahir dan hari-hari penting dengan hadiah pasti membuat si dia terharu..!

5. Cari perfume kegemarannya dan memakainya apabila anda bersama
Mencari perfume yang dia suka, kemudian memakainya ketika anda keluar bersama si dia, pasti dia merasakan sesuatu dan wangian itu adalah dari anda. Pasti si dia tersenyum..!

6. Berjalan menyusur pantai pada waktu malam
Berjalan di waktu malam sambil berpegangan tangan dengan cahaya lampu dan bayu laut yang mendamaikan pasti menggamit perasaan romantik dan tenang ketika anda menemani si dia.

7. Menulis puisi untuk si dia
Mulakan menulis puisi untuk si dia, samada anda menulis menerusi kata-kata nan indah atau mencipta sebuah lagu yang merdu untuk si dia dengar setiap kali sebelum tidur.

8. Berikan dia pelukan sayang
Seorang wanita ingin rasa selamat dalam pelukan pasangannya, oleh itu berikan pelukan yang penuh dengan rasa kasih sayang dan ikhlas.

9. Menghabiskan setiap saat manis bersama-sama
Membawa pasangan anda ke suatu tempat yang indah dan memberikan kenangan manis bersama. Supaya ia menjadi memori indah apabila anda keluar bersama pasangan.

10. Menatap mata masing-masing
Menatap mata pasangan dalam-dalam dan berkata di dalam hati bahawa anda sangat mencintai dan menghormati dirinya. Dari mata jatuh ke hati, agar si dia sentiasa ingat akan anda.

11. Masukkan surat cinta di poket baju si dia
Karang sebuah surat cinta dan luahan hati anda, kemudian ketika keluar bersama masukkan surat itu kedalam poket, beg tangan atau mana-mana tempat yang sering di buka si dia.

12. Berikan si dia cincin
Curi-curi tengok saiz cincin yang si dia selalu pakai (elakkan jari tak muat), kemudian diam-diam anda pergi hadiahkan si dia cincin sempena hari bermakna sama seperti saiz jari si dia, pasti air matanya menitis terharu dan gembira

13. Nyanyikan sebuah lagu untuk si dia
Walaupun suara anda sumbang..!! Pedulikan semua itu, ambil gitar dan nyanyikan lagu istimewa buat si dia. Bukan suara yang di sukainya tetapi semangat dan cara anda yang membuat si dia semakin sayang. 

14. Peluknya di pinggang

Apabila anda memeluk pinggang si dia, perasaan selamat itu semakin wujud. Oleh itu peluklah dengan rasa kasih sayang dan bukan miang..!!

15. Bawa dia keluar untuk ‘Candle Light Dinner’
Keluar 'dating' di tempat yang bising-bising dan terang pasti berubah apabila membawa si dia ke tempat makan yang samar-samar diterangi lilin, irama muzik yang lunak dan tenang dengan suasana yang romantik pasti menaikkan mood cinta anda.

16. Membiarkan si dia tidur di atas pangkuan anda
Biarkan si dia tidur di atas pangkuan anda, kerana si dia pasti akan merasa nyaman dan tenang, dan ketika terjaga pasti si dia menyebut nama anda dan memandang muka anda dengan senyuman.


17. Layan dia seperti seorang puteri
Turutkan segala kemahuannya seperti seorang puteri. Manjakan si dia dengan layanan yang mesra dan manja hinggakan keinginannya umpama nyata dengan adanya diri anda.

18. Kejutan demi kejutan
Ketika si dia bersama anda, seringkali bagi hadiah surprise setiap kali berjumpa, misalnya meletak cincin di dalam dashboard yang anda minta si dia carikan surat bank dan tidak perlu hadiah yang mahal, surat cinta pun dah memadai hinggakan si dia sentiasa tertanya-tanya apakah lagi kejutan dari anda untuk dia yang sudah tidak sabar hendak berjumpa anda..!

19. Berkongsi rahsia dan impian 
Berkongsi segala impian dan rahsia anda, kerana ketika si dia meluah perasaan anda tahu dan faham untuk memainkan peranan, elakkan terlalu berahsia.


20. Jadi seorang putera di mata orang tuanya
Bukan sekadar gentleman dan baik hati di mata si dia, malah di depan mata orang tuanya, kerana setiap kali orang tua si dia memuji anda, pasti si dia merasa sangat bangga dengan diri anda. 

21. Jadi tempat dia meluah dan menangis di bahu anda
Sentiasa mendengar dan memahami luahan isi hati si dia, jangan gelakkan dan wujudkan keselesaan agar si dia menjadikan diri anda tempat dia berlindung dan meluah.

22. Gentleman dan Cool
Sentiasa percaya dan tidak mudah marah, tengking-tengking pasangan anda, bersikap tenang dan matang walau ketika anda di dalam keadaan yang tegang, sentiasa bersabar dan matang, pasti membuat si dia rasa damai dan selamat dengan sikap cool anda..! 

23. Jadi teman, sahabat baik dan kekasih
Menjadi kawan  baik, teman baik, dan juga kekasih yang baik pada dirinya. Pasti si dia merasakan tidak perlu ada terlalu ramai kawan di sekitarnya kerana kehadiran anda telah memenuhi segala kekosongan yang diperlukan dalam dirinya.


24. Bawa dia menonton filem-filem yang romantik
Temani si dia menonton filem romantik bukannya filem aksi dan berat. Kerana filem romantik yang di tonton pasti menimbul kesan sayang dan mesej berguna dalam perhubungan anda dan si dia. Pastinya mesej yang positif.


25. Berikan sepenuh perhatian apabila si dia bercakap
Memberikan tumpuan dengan setiap kata-katanya dan ingat setiap kata-katanya, kadangkala si dia terlupa dan anda pula yang mengingatkan si dia.


26. Bercerita pada dia tentang saat manis anda bersama
Mengimbau saat indah kenangan bersama si dia yang lepas-lepas, apabila si dia sedar bahawa setiap saat manis itu sentiasa segar dalam ingatan anda, pasti dia semakin sayang kerana anda tidak pernah lupakan semuanya.


27. Berkorban untuk satu sama lain

Berkorban masa dan tenaga anda untuk memastikan si dia sentiasa ceria dan selamat, contohnya kereta si dia disondol di tepi jalan dan anda sanggup datang untuk pastikan si dia selamat dan membawanya pulang.

28. Tanam sebuah pokok bersama dan jagalah pokok cinta anda itu
Walaupun pokok bukanlah simbolik cinta dan akan layu, namun semaikan semua rasa kasih dan sayang anda dan si dia terhadap pokok itu agar subur dan tumbuh dengan baik.

29. Biarkan si dia tahu bahawa anda sentiasa merindui dia
Lakukan apa sahaja untuk memastikan si dia sentiasa sedar bahawa anda sentiasa rindukan dia dengan ikhlas. Misalnya sms dia setiap kali hendak tidur dan kejutkan si dia di waktu pagi. Jangan pendam dan simpan perasaan itu agar si dia tidak salah faham.


30. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mula menyintai orang lain
Mencintai diri dan menjaga diri dengan penuh kasih sayang, jika anda ceria pastinya anda mampu menceriakan pasangan anda. Jika hidup anda tertekan, apa yang anda buat sekalipun pasti mendatangkan tekanan kepada pasangan anda.

~ Wassalam ~




~ Rizali Masri ~
\(^_*)/ 

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

5 respons pembaca:

  1. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was good.
    I do not know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you are not already ;)
    Cheers!

    My weblog: location voiture casablanca

    ReplyDelete
  2. Kadang2 saya rasa hairan ... camna blogger dapat
    idea nak menulis ?? maaf yeak .. saya baru nak berkecimpung dalam dunia bloggers nie ...
    masih mencari2.. :)

    Feel free to visit my weblog - Senarai Dropshipper

    ReplyDelete
  3. Sy try.tp dpat pnampar free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kau try nmber 14 tuue

      Delete
  4. Mesti asrul try number 14 tu

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here