ads top

Jadilah Seperti Benih Terbaik


Kisah Benih Terbaik..

Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik kerana beliau mempunyai beberapa pekerja di bawah pimpinannya.

Oleh itu CEO tersebut memanggil kesemua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji 'benih' dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya 6 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini. Barangsiapa yang membawa hasil terbaik dari biji benih ini, pemiliknya akan layak menjadi pengganti saya sebagai CEO syarikat perniagaan ini.”

Salah seorang pekerjanya, Abdul, pulang ke rumah membawa benih yang diberi. Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Abdul pula melihat TIADA PERUBAHAN langsung yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh malah tiada langsung menunjukkan anak benih akan tumbuh.

Dia merasakan bahawa dirinya  akan GAGAL..

Setelah 6 bulan, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih yang telah diberi 6 bulan lepas. Abdul berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Abdul menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR iaitu itulah perkara yang terjadi walaupun dia menjaga dan menyiram setiap hari.

Apabila memasuki ruangan mesyuarat, Abdul membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan dan ada yang tertawa menyindir. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan pelbagai tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Abdul yang tertunduk malu tanpa sebarang kata.

CEO memintanya maju ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya sepanjang 6 bulan lepas hinggakan tiada langsung anak pokok yang hidup.

Abdul menceritakan dengan jujur sambil tertunduk malu. Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang sangat gemuruh untuk Abdul, beliau CEO kita yang baru”. Manakala eksekutif yang lain pula tertunduk malu dan segan dengan Abdul..

CEO itu menyambung, “Saya memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu telah saya rebus dengan air panas sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Tetapi tidak dengan Abdul, walaupun semua orang inginkan jawatan sebagai CEO, namun dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun mungkin dia merasa akan gagal.”

Pengajarannya | Ini hanyalah sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya berkata benar, jujur pada diri sendiri. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat walaupun terpaksa berbohong.

Ingatlah, anda mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyaAllah kita akan mendapat balasan di akhirat nanti. 'berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran' ~


~ Ibarat sebiji benih yang baik ~

Dicampak ke tanah menjadi emas .. Dicampak ke laut menjadi mutiara .. Dicampak ke pasir menjadi berlian .. Dicampak ke awan menjadi hujan .. Dicampak ke langit menjadi bintang ..


campaklah ia ke penjuru manapun .. akan tumbuh menjadi sesuatu yang berguna ..


***************
Setelah membaca artikel ini, dapat disimpulkan bahawa kejujuran itu teramat penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan kejujuran itu, orang dapat menilai sejauh mana iman dan pegangan hidup kita. Dewasa kini ramai orang mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain dan mengambil langkah mudah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Semoga kita mendapat pengajaran berguna dari kisah ini dan sentiasa jujur pada hati dan jujur pada diri =) insyaAllah hidup kita disayangi dan diberkati.. ~


~ Wassalam ~



~ Rizali Masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

1 respons pembaca:

  1. Assalamualaikum. Mohon perkongsian ye, sungguh menarik. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here