Berita Baik Buat Warga Pantai Timur, Kini Kursus Orkid Di Terengganu!!
Salam
kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, unjuran
dari kursus keusahawanan orkid di Johor dan Kota Damansara. Kini, atas
permintaan dari pantai timur, satu
program khas iaitu Kursus Asas Keusahawanan Orkid yang memberi
peluang dan ruang kepada belia, ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa
untuk mempelajari teknik, business model, tips yang berguna dan
praktikal dengan modal permulaan yang sangat kecil tetapi mampu memberi
pulangan lumayan. Promosi istimewa ini adalah sempena musim cuti
sekolah..!! Jangan lepaskan peluang ~
Modul Kursus :
- Asas Memulakan Perniagaan
- Potensi & Peluang Perniagaan Orkid
- Teknik Penjagaan dan Penanaman Orkid
- Nursery Rumah vs Nursery Cina
- Business Model Paling Efektif
- Sudut Kreatif | Produk Berasaskan Orkid
- Produk | Orkid Segar, Aksesori & Gubahan
- Strategi Memulakan Langkah Pertama
- Modal | Modal Kecil vs Pinjaman
- Kewangan Untung Rugi
- Kajian Pesaing & Pasaran
- Video Ladang & Tanaman Orkid
- Pelan Pemasaran
- Rahsia Psikologi Orkid
- Rancangan Perniagaan
- Brosur Potensi Orkid
- Praktikal Menanam Orkid & Jualan
- Potensi Diri Keusahawanan
- Rahsia dan Tips Kejayaan Di Kongsi
- Ianya pakej lengkap buat anda yang tiada langsung pengalaman
- Ianya pakej lengkap buat anda yang tiada langsung pengalaman
Kelebihan :
Peserta
yang layak, mempunyai peluang untuk menjadi agen jualan di tempat anda
berada di mana saya akan menjadi pembekal orkid, sabut, arang, baja,
bunga orkid serta banyak lagi dan menjadi pembimbing perniagaan anda.
Peluang hanya terbuka kepada peserta yang mengikuti kursus asas
keusahawanan orkid ini sahaja.
<Nama>, <Alamat>, <No Hp>, <Emel>
SMS / Call butiran anda ke :
Puan Hasnah di 019-9326815 (Terengganu) atau metafora.global@gmail.com
Kursus Usahawan Orkid Terengganu
Tarikh : 24hb November 2012
Lokasi : Warisan Pahlawan Resort, Kg Pauh,
Kuala Berang Terengganu
Harga Promosi : RM100
Lain-lain : Makan Minum Disediakan
Modul : Teknik Penjagaan, Teknik Jualan & Banyak Lagi
Koleksi Orkid Dan Rumah Orkid 'Butterfly' Taiwan di ladang
Ini rupa sebenar rumah orkid butterfly, siap ada aircoond,
kipas, lampu haba, kawalan suhu. Peserta kursus bakal lihat video ini =)
Salah satu variasi warna orkid butterfly taiwan daripada 8 jenis
kesemuanya. Akan saya kongsikan dengan peserta kursus
Harga Ladang Orkid Vanda ini RM300, Harga Pasaran??
Antara Koleksi Orkid, Sambil Jual Boleh Jadi Lanskap Rumah
Kepada tuan, puan, makcik, pakcik, akak abang, adik serta kawan-kawan sekalian. Jika anda mempunyai modal tetapi tidak ada masa, ataupun ingin membantu sosio-ekonomi sesebuah keluarga menjana pendapatan sampingan, saya sarankan anda keluarkan modal awal untuk menghantar wakil mengikuti kursus ini. Ini kerana, kursus ini dianjurkan oleh saya sendiri dan pengalaman saya sendiri setelah penat lelah memasang nawaitu ingin menghiburkan bonda saya yang sering sedih teringatkan arwah adik saya. Berbekalkan modal yang kecil dan usaha yang gigih, alhamdulillah. Kini rumah bonda dipenuhi dengan ratusan warna warni pelbagai orkid segar menghiasi rumah. Sambil menjual sambil penuh hiasan lanskap rumah anda. Ada rahsia bakal saya kongsikan, di mana setiap hari rumah dikunjungi pembeli walaupun baru beroperasi selama 3 bulan, sehingga pernah satu hari rumah saya dikunjungi puluhan orang tak henti-henti dan pada hari itu juga sebanyak 500 pokok orkid terjual dan dalam 4 hari itu lebih kurang 1500 pokok terjual, jumlah untung jualan dah boleh agak kan. Itulah rezeki Allah bagi. syukur alhamdulillah..
Apa
menariknya kursus yang akan dianjurkan ini adalah saya akan
menceritakan semua rahsia dan kaedah unik bagaimana anda mampu bersaing
dengan nursery-nursery yang ratanya dikuasai oleh kaum cina. Oleh itu,
anda tidak akan merasa rugi kerana ilmu ini adalah pengalaman saya
sendiri yang memulakannya dari 'zero'..! Jika anda sudah yakin dan
mempunyai pelanggan setia yang stabil, barulah masanya anda membuat
pinjaman kewangan untuk membesarkan perniagaan lebih jauh. Pada masa
itulah perlunya Rancangan Perniagaan, Kewangan, Penubuhan Syarikat,
Untung Rugi dan banyak lagi.. Itu semua akan di ceritakan di dalam
kursus ini. Oleh kerana itu, saya membuka ruang hanya kepada golongan
yang sesuai terutama bangsa melayu demi memajukan sesama ummah.
Sila lihat FB page 'Orkid Bonda' untuk komuniti orkid dan jangan lupa 'LIKE' ya..!! =)
"Saya ingin melihat anak bangsa melayu kita sama-sama maju dan berwawasan mengatasi bangsa lain"
~ Wassalam ~
~Rizali Masri ~
\(^_*)/
Assalam tuan... Bilakah kursus keusahawanan orkid akan diadakan lagi di terengganu.? Saya sgt berminat..
ReplyDeletew'salam, biasanya kursus orkid dianjurkan mengikut permintaan peserta, jika ramai peserta dari pantai timur maka tiada masalah untuk kami anjurkan lagi di terengganu =)
ReplyDeleteberminat..sygnya dh terlepas setahun yg lalu..
ReplyDeleteSy nak juge...
ReplyDelete