ads top

Petua Dan Tips Merawat Gastrik


Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik.

Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. 

Jika perut diserang cirit-birit lebih seminggu membuatkan badan anda semakin lemah dan mula muntah-muntah. Mungkin cirit-birit itu berpunca daripada gastrik. Ianya berlaku apabila asid hidroklorik (pH 1-2) yang dirembes untuk mencerna makanan di dalam perut terlalu banyak daripada biasa.

Antara Perkara Yang Perlu Dilakukan

1. Tetapkan waktu makan tengahari. Jangan sentiasa berubah-ubah.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan
    juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange
    squash, air limau.

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast               
    seperti roti, donat, pau, pizza.

5. Elakkan makan terlalu kenyang.

6. Elakkan cuka, makanan yang pedas.

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk,
    cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut
    berangin dan kembung.

9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau
    Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap
    hari sehingga benar-benar sembuh.

10. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk
      jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak
      hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian   
      air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


Antara Amalan Merawat Gastrik

1. Susu Kambing

Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun Betik

Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar Patawali

Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput Tunggul

Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun Sembong

Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun Mengkudu

Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

7. Daun Bunga Lili

Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung Kelapa

Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.



~ Wassalam ~  




Rizali Masri 


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

10 respons pembaca:

  1. Ya Allah..tak tertanggung sakitnya..rasa nak menangiss

    ReplyDelete
  2. syukran saudara . saya mnghidap gastrik kronik. saya akan cuba langkah2 ini sbgai usaha. semoga Allah berkati

    ReplyDelete
  3. cubalah dengan garlic shaklee
    suami sy dah ok sampai skrg bila dah amalkan garlic
    in shaa Allah

    ReplyDelete
  4. cubalah garlic produk dari shaklee

    ReplyDelete
  5. https://www.facebook.com/pages/AINS-Forever-Livin-Young-FLP/628164743872376
    NAKA RAWAT GASTRIK CARA PALING SELAMAT TANPA MENIPISKAN USUS MALAH MERAWAT SAMBIL MEMELIHARA USUS SPY SIHAT..GUAN ALOVERA GEL FOEREVER TULEN boleh bukak link saya.,..add saya nnti saya guide camner nk dapat alovera gell dgn harga yg murah
    sedikit perkongsian 90% penyakit berpunca dari perut..( usus ) berpunca dr pemakanan..kita perlu sentiasa DETOKS ataupun bersihkan usus bagi mengelakkan kanser USUS dan juga penyakit2 lain yg berpunca dari toksin yg terkumpul diusus..bahn kimia yg kita mkn akn terkumpul diusus lalu disebarkan oleh hati keseluruh tubuh maka terjanalah toksin berlebihan dlm tubuh yg menyebabkn macam2 penyakit...
    .di malaysia seramai 4800 pesakit kanser USUS SETIAP TAHUN DILAPORKAN,,JADI JGN JADI SALAH SEORANG MANGSA..kanser usus sukar dikesan..biasanya bila dah stage 2..pesakit dah takleh buat ape2 kecuali operate...
    oleh itu jom amalkan alovera gell TULEN shj dari forever..bnyk lagi manfaat alovera tulen ni..selain bersihkn usus..mampu beri tenaga yg byk..stabilkan kualiti darah..cegah penyakit2 kardiovakulor..
    utk lebih info dan testimoni klik link tersebut tqsm..selamat mencuba..

    ReplyDelete
  6. Memang sakit bila kene gastrik ni. Pedih perut. First time kene serang gastrik masa ngandung anak sulung. Masa tu saya bila kene je telan scolte emulsion. Tapi sekarang bila hamil saya amalkan esp shaklee je. Alhamdulillah la.. kalo tak terguling2 gak kan..

    ReplyDelete
  7. Kalau baru lgi mcm mne

    ReplyDelete
  8. Sakit kna kena gastrik memang bole buat kita ngis guling2..Tq for sharing tips dan petua yg sangat berguna ni.

    ReplyDelete
  9. Slm..saya aswidey...disini saya ingin kongsi pengalaman ttg satu penawar gastrik yg sgt bgus...dulu saya pengidap gastrik tegar..penyakit gastrik yg saya alami bbrp thn lps menggangu tugas n rutin harian saya...suatu hari saya telah diperkenalkan oleh rakan saya ttg produk forever living aloevera gel, field of green n madu...sps mencuba produk ni dua mggu,gastrik yg saya alami bertahun2 dahulu hilang dgn izinNya...setiap penyakit ada penawarnya sbgaimna yg dijanjikan Allah dlm alquran..cuma kita perlu berikhtiar mencarinya...berminat ttg produk boleh whatsapp saya ditalian 0126079034

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here