Program Motivasi Transformasi Minda Sekolah 2015


www.metaglobeasia.com

Motivasi Minda Kreatif | Motivasi Pelajar | Motivasi Keusahawanan Pelajar | Motivasi ICT | Motivasi Guru | Team Building Minda Kreatif 

Assalamualaikum WBT kepada para pendidik dan para pelajar yang dihormati lagi dikasihi sekalian, Metaglobe Asia akan menganjurkan program-program motivasi pelajar sekolah, sahsiah & kerohanian, kem jati diri, team building, IPT, pelbagai seminar motivasi dan kursus kecemerlangan yang merangkumi pakej keperluan lengkap kepada anda sebagai seorang pendidik mahupun seorang pelajar.

Metaglobe Asia adalah merupakan Pembangun ICT, Pengurusan Latihan & Rundingan, Seminar dan Team Building untuk sektor swasta, sektor kerajaan, institusi pendidikan, sekolah dan individu. Banyak sekolah telah menyertai program motivasi kecemerlangan yang dikendalikan Metaglobe Asia, selain berpuluh syarikat swasta, badan korporat dan sektor kerajaan turut menggunakan khidmat pengurusan dan team building yang disediakan.
 
Kini saya telah bergabung tenaga, ilmu dan kepakaran bersama Metaglobe Asia untuk turut serta memajukan ummah dan meningkatkan prestasi kemajuan anak bangsa dan generasi melayu khususnya dalam menggembling sahsiah diri, keyakinan diri, mental dan fizikal, ilmu kehidupan, kreatif inovatif dan banyak lagi.

Program Transformasi Minda Kreatif 2015  

Motivasi Pelajar | Minda Kreatif Inovatif | Menara Gading  

Program yang saya pecahkan kepada 3 kategori utama seperti di atas dirancang mampu meningkatkan prestasi pelajar sekolah dengan teknik, kaedah, tips dan pengisian yang padat dalam memastikan matlamat dan hasrat "Revolusi Minda Kreatif Pelajar Ke Menara Gading" tercapai dengan jayanya. Minda kreatif sangat berpotensi tinggi untuk dikembangkan di negara kita. Banyak ciptaan inovasi dan rekacipta terkini adalah bermula dengan pemikiran yang kreatif. Kepada para guru dan ibu bapa, jangan lepaskan peluang seumpama ini dalam memajukan pemikiran anak-anak anda supaya sentiasa KREATIF, kepada pelajar yang berminat juga boleh mengutarakan hasrat ini kepada pengurusan sekolah di tempat adik-adik belajar ~ 

Khas buat para pendidik dan sekolah-sekolah yang berminat untuk menganjurkan program motivasi dan kursus keusahawanan pelajar, Kursus ICT, mahupun ingin melihat pelajar sekolah anda berfikiran kreatif dan berminda pintar, boleh hubungi Metaglobe Asia untuk penganjuran program ini di sekolah, kolej, politeknik, matrikulasi, mahupun IPT tuan/puan. Semoga ilmu dan pengalaman yang disampaikan bakal mampu membimbing anak-anak anda, para pelajar ke arah yang jauh lebih membina dan positif serta memiliki potensi pemikiran yang sangat luarbiasa. Hubungi 012-7140210 / metafora.global@gmail.com untuk tempahan Program Transformasi Minda Kreatif 2015. Sekian, Terima Kasih

LAYARI WEB RASMI



"Ilmu itu amat penting dalam memajukan diri, amal pula ibarat jentera yang menggerakkannya, tanpa ilmu siapalah amal, tanpa amalan dari ilmu itu pula tiada ertinya"


 
 ~ Wassalam  ~



Rizali Masri


 

No comments:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...