ads top

Mengenai Diri Penulis



MUKADIMAH


Assalamualaikum WBT kepada semua rakan-rakan pembaca yang dikasihi sekalian. Hurm, apa yang boleh saya katakan tentang diri saya ya =) Rasanya hanya sedikit sahaja yang boleh saya kongsikan sedikit berkaitan diri saya. Hanya sekadar insan kerdil di bumi Allah ini dan hanya sekadar seorang insan biasa yang sama seperti orang-orang lain. Ini lah diri saya dari apa yang mampu anda semua bayangkan dan menilai diri saya. Tujuan saya buat semua ini hanya sekadar supaya anda semua dapat mengenali saya dengan lebih rapat dan mesra lagi samada dari aspek rakan perniagaan, persahabatan dan juga dalam kehidupan saya. Justeru, tangan di hulurkan sebagai tanda syukur menerima rakan-rakan baru yang mampu sama-sama bersaing dan maju untuk berjaya di masa akan datang dengan penuh rasa syukur dan hormat =)


SIAPA SAYA


Dalam dunia nyata, saya hanya sekadar seorang budak biasa, seorang yang merendah diri dan ringkas. Seorang yang adakala sangat serius dan adakalanya seorang yang sangat kebudak-budakan. Seorang yang amat ambil berat dan prihatin terhadap orang lain terutama mereka-mereka yang sangat bermakna dalam setiap kehidupan saya. Berasal dari negeri Johor atau lebih tepat di negara Malaysia. Ya, saya bangga menjadi anak Malaysia. Seorang yang sukakan ilmu, suka mengkaji sesuatu yang baru, menghabiskan masa dengan banyak membaca, berfikir dan mengkaji. Sebenarnya cita-cita saya dulu semasa kecil ingin menjadi seorang saintis terkenal di dunia =) Namun tak kesampaian atas perubahan daya pemikiran dan keadaan sekeliling..


Muzaffar Syah, Melaka

Walaupun saya dilahirkan di negeri Johor, namun saya melanjutkan pengajian di Sek Men. Sains Muzaffar Syah Melaka ketika berumur 12 tahun bersamaan tingkatan satu. Merantau dan membesar di negeri Bandar Bersejarah Melaka demi menuntut ilmu di dada. Selama 5 tahun menimba segala ilmu dan belajar erti kehidupan. Banyak perkara dipelajari terutama erti persahabatan sejati, kerjasama, kasih sayang, setia kawan, kenakalan, pengalaman serta erti percintaan. cewaaaahhh =) Seorang pemain bola keranjang sekolah di peringkat negeri melaka. Seorang pengawas perpustakaan sekolah, seorang pengawas sekolah dan ketika di tingkatan 4, parti saya menang dan menjadi wakil pelajar. Sehinggakan nampak macam terlalu banyak jawatan yang disandang dan gila kuasa, tapi hakikatnya itulah segala kesempatan dan peluang untuk menjadikan diri ini seorang bakal pemimpin yang sangat berkualiti di masa akan datang. insyaAllah =)


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
 
Seterusnya saya melanjutkan pengajian di Matrikulasi Pulau Pinang selama setahun lebih. Tawaran untuk menyambung pelajaran di Jepun terpaksa di tolak atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Di sana saya jauh tercampak dan berjauhan dari sanak-saudara lain dan hidup jauh dari keluarga. Pernah merasa dibuli oleh kawan sekuliah beramai-ramai hanya kerana saya tidak faham bercakap utara. Berkat kesabaran & ketekunan yang diberi, saya mampu berdikari di utara dengan berkesan sekali, hingga menjadi salah seorang lelaki popular dan berpengaruh ketika zaman-zaman saya belajar di KMPP =) Perasaan kenakalan meredah sawah padi pukul 3 pagi dan pengalaman memanjat pagar asrama sesuatu kenangan yang abadi dalam hidup saya. Perasaan di denda berkawad tengah-tengah malam keliling kolej di saksikan beratus-ratus pelajar kolej. gelak hilai tawa mereka masih lagi terngiang-ngiang dalam kotak telinga ini. Namun semua itu sejuta kenangan pahit manis dalam langkah membentuk seorang insan yang di beri nama Rizali Masri ini =)


USM Penang
Melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang selama 3 tahun dalam Jurusan Rekabentuk Geometri Berasaskan Komputer. Terpaksa menempuh dugaan kerana majoriti kursus ditawarkan adalah Matematik. Saya sangat benci matematik tambahan, rupa-rupanya segala sub topik dalam matematik tambahan adalah semua major subjek yang harus saya duduki malah kesemuanya adalah jauh lagi lengkap dan details. Sangat menyiksakan jiwa dan raga =( Belajar pada subjek yang dibenci. Akhirnya tamat belajar dan kembali ke Johor untuk bekerja.
ALAM PEKERJAAN


Pernah bekerja sebagai seorang Jurutera Pelatih di Malaysian Marine & Heavy Engineering di Pelabuhan Johor. Dan seterusnya menjadi Jurutera Kualiti di Brother Industry Technology (M) Sdn Bhd selama 2 tahun. Pengalaman berkaitan ilmu kejuruteraan, ISO, perkilangan, pengurusan, kemahiran, rangkaian, pentadbiran dan juga perhubungan baik dengan rakan-rakan pembekal merupakan suatu kredit buat diri saya. Seterusnya menjadi seorang pengurus ladang di Gelang Patah dalam mengusahakan dan menguruskan ladang seluas 200 ekar dalam sektor pertanian.

UTM Johor

Tidak lama selepas itu, saya di lamar untuk bekerja di DUBAI oleh sebuah syarikat dari UK untuk menjaga operasi projek keretapi automatik di DOHA. Namun, terpaksa saya tolak kerana keadaan tidak mengizinkan. Satu-satunya adik kandung saya telah kembali ke Rahmatullah kerana di rempuh oleh sebuah motorsikal ketika arwah hendak ke sekolah di subuh hari. Lantaran itu, saya ditawarkan oleh UTM untuk menyambung pengajian Master dalam bidang Teknousahawan ICT yang merangkumi usahawan berteknologi tinggi. Mungkin kerana bakat dan sikap berani saya menarik minat pengarah disana untuk menawarkan program tersebut. Dengan mengikut segala percaturan seorang diri, membuat keputusan seorang diri, akhirnya berjaya juga saya tamatkan dengan sempurna =)


PERNIAGAAN


Dalam konteks kehidupan perniagaan pula, saya seorang pengarah urusan (Ceo) di Metafora Global Resources Sdn Bhd. Syarikat ini berurusan dengan sektor ICT yang berkaitan dengan System Development, Sensors, Web designs, Training & Consultation, Motivation, Softskills Programmes & Education. Justeru, syarikat ini juga memasang cita-cita untuk terus berkembang dan melabur dalam industri lain seperti sektor makanan, restoran, perhotelan dan juga hartanah. Semoga segala perancangan yang di tulis ini akan menjadi suatu realiti pada suatu ketika nanti. InsyaAllah. Buat masa ini, syarikat ini beroperasi secara kecil-kecilan dan meneruskan aktiviti syarikat untuk projek yang pertama iaitu Geran Pembangunan sebanyak RM150 ribu untuk jangka masa setahun. Oleh itu, syarikat ini juga sedang mencari projek-projek lain untuk di usahakan kerana pembangunan prototaip projek sudah mencapai 70% siap! Suatu perkembangan yang membanggakan =)


PERANCANGAN MASA HADAPAN

Menjadi ahli perniagaan yang berjaya di usia muda, menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berkredibiliti tinggi serta sentiasa menjaga adab sopan dan jati diri sebagai seorang insan. Berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Dan tempoh terdekat ini,sedang merancang untuk menyambung pengajian di tahap Ph.D (Doctorate Philosophy). InsyaAllah ~~


HOBI & BAKAT


Jujurnya saya tidak ada sebarang bakat =) cuma sekadar hobi dan beberapa aktiviti harian yang gemar saya lakukan ketika masa lapang, antaranya adalah :


** Mencipta lagu, menggubah muzik serta menyanyi lagu sendiri **

** Chess, Scrabble, Games, Konami, Internet **

** Bola Keranjang ( I am a state basketballer) **

** Swimming, Diving, Football, Badminton **

** Memasak semua jenis masakan **

** Ada bakat potong rambut orang **

** High Vision, High Motivated person **

** Simple & Low Profile **

** Ambitious Person **

** Imaginist **

** I love video editting **

** I love kids so much **

** Loves Cats, Hamsters, Fish **

** Romantic, A Lovely person, Honest **

** A Friend In Need, Is a Friend Indeed **

** Soft-Hearted, Unpredictable, Loyal **

** Like to write a journal & documentaries (video) **

** I am willing to learn type-of-person" =) **

** I am crazy in business & business maniac **

** Love to get friends from all over the world **

**I love TRAVELLING damn muchiess..!!**
Saya suka mengembara, mungkin kerana dari kecil saya sudah terbiasa berdikari di tempat orang dan belajar bermacam-macam jenis pengalaman, makanan, suasana dan persekitaran. Oleh itu saya suka KEMBARA =) Akhir kata daripada saya.


"ThE TRaVeLLeR"
~ Life Is A Journey That Only The Traveller Sees Clearly ~

-rizali masri- 

The Joy We Had, The Pain We share
ICT Programme
Exec Director, Ceo, IT Director
With Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here