Gastrik adalah
penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap
gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh
memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu
makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa
meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik.
Penghidap gastrik
yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami
kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus
di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan
memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di
sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.
Jika
perut diserang cirit-birit lebih seminggu membuatkan badan anda semakin
lemah dan mula muntah-muntah. Mungkin cirit-birit itu berpunca daripada
gastrik. Ianya berlaku apabila asid hidroklorik (pH 1-2) yang dirembes
untuk mencerna makanan di dalam perut terlalu banyak daripada biasa.
Antara Perkara Yang Perlu Dilakukan
1. Tetapkan waktu
makan tengahari. Jangan sentiasa berubah-ubah.
2. Elakkan makanan junk
food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan
juga mee segera.
3. Elakkan nescafe,
kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange
squash, air limau.
4. Jikalau peringkat
gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast
seperti roti, donat, pau, pizza.
5. Elakkan makan
terlalu kenyang.
6. Elakkan cuka,
makanan yang pedas.
7. Elakkan atau
kurangkan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan
ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk,
cempedak / nangka, rebung sebab
makanan-makanan nie membuatkan perut
berangin dan kembung.
9. Minum susu segar
atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau
Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00
pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap
hari sehingga benar-benar sembuh.
10. Kalau sakit perut
teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk
jambu
batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak
hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini
kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian
air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Antara Amalan Merawat Gastrik
1. Susu Kambing
Amalkan meminum susu
kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan
meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap
hari.
2. Daun Betik
Ambil sehelai dua
daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman
dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.
3. Akar Patawali
Akar patawali juga
boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus
akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang
akar patawali adalah sangat pahit.
4. Selaput Tunggul
Ambil tujuh helai
daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga
menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap
malam.
5. Daun Sembong
Ambil daun sembong
sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih
sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam.
Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.
6. Daun Mengkudu
Ambil lima helai daun
mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan
kicap.
7. Daun Bunga Lili
Layurkan daun lili ke
atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu.
Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala
daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.
8. Tempurung Kelapa
Tempurung kelapa yang
tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air
secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan
petang.
~ Wassalam ~
Rizali Masri
Ya Allah..tak tertanggung sakitnya..rasa nak menangiss
ReplyDeletesyukran saudara . saya mnghidap gastrik kronik. saya akan cuba langkah2 ini sbgai usaha. semoga Allah berkati
ReplyDeletecubalah dengan garlic shaklee
ReplyDeletesuami sy dah ok sampai skrg bila dah amalkan garlic
in shaa Allah
cubalah garlic produk dari shaklee
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/AINS-Forever-Livin-Young-FLP/628164743872376
ReplyDeleteNAKA RAWAT GASTRIK CARA PALING SELAMAT TANPA MENIPISKAN USUS MALAH MERAWAT SAMBIL MEMELIHARA USUS SPY SIHAT..GUAN ALOVERA GEL FOEREVER TULEN boleh bukak link saya.,..add saya nnti saya guide camner nk dapat alovera gell dgn harga yg murah
sedikit perkongsian 90% penyakit berpunca dari perut..( usus ) berpunca dr pemakanan..kita perlu sentiasa DETOKS ataupun bersihkan usus bagi mengelakkan kanser USUS dan juga penyakit2 lain yg berpunca dari toksin yg terkumpul diusus..bahn kimia yg kita mkn akn terkumpul diusus lalu disebarkan oleh hati keseluruh tubuh maka terjanalah toksin berlebihan dlm tubuh yg menyebabkn macam2 penyakit...
.di malaysia seramai 4800 pesakit kanser USUS SETIAP TAHUN DILAPORKAN,,JADI JGN JADI SALAH SEORANG MANGSA..kanser usus sukar dikesan..biasanya bila dah stage 2..pesakit dah takleh buat ape2 kecuali operate...
oleh itu jom amalkan alovera gell TULEN shj dari forever..bnyk lagi manfaat alovera tulen ni..selain bersihkn usus..mampu beri tenaga yg byk..stabilkan kualiti darah..cegah penyakit2 kardiovakulor..
utk lebih info dan testimoni klik link tersebut tqsm..selamat mencuba..
hello
ReplyDeleteMemang sakit bila kene gastrik ni. Pedih perut. First time kene serang gastrik masa ngandung anak sulung. Masa tu saya bila kene je telan scolte emulsion. Tapi sekarang bila hamil saya amalkan esp shaklee je. Alhamdulillah la.. kalo tak terguling2 gak kan..
ReplyDeleteKalau baru lgi mcm mne
ReplyDeleteSakit kna kena gastrik memang bole buat kita ngis guling2..Tq for sharing tips dan petua yg sangat berguna ni.
ReplyDeleteSlm..saya aswidey...disini saya ingin kongsi pengalaman ttg satu penawar gastrik yg sgt bgus...dulu saya pengidap gastrik tegar..penyakit gastrik yg saya alami bbrp thn lps menggangu tugas n rutin harian saya...suatu hari saya telah diperkenalkan oleh rakan saya ttg produk forever living aloevera gel, field of green n madu...sps mencuba produk ni dua mggu,gastrik yg saya alami bertahun2 dahulu hilang dgn izinNya...setiap penyakit ada penawarnya sbgaimna yg dijanjikan Allah dlm alquran..cuma kita perlu berikhtiar mencarinya...berminat ttg produk boleh whatsapp saya ditalian 0126079034
ReplyDelete