ads top

Amalan di gemari Rasulullah SAW

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Ramadhan Qareem.. masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar saja kita sudah hampir masuk waktu berbuka puasa tak lama lagi untuk puasa hari yang pertama =) Justeru, di kesempatan ini, ingin saya kongsikan sekali sedikit  ilmu untuk renungan kita bersama. Tambahan pula di bulan Ramadhan, adalah baiknya kita memperbanyak amalan dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa untuk memohon restu dan keberkatan dari-Nya. InsyaAllah .. Di sini ada beberapa perkara yang selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW untuk sama-sama kita jadikan tauladan di sepanjang bulan mulia ini =)




1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, kerana marah itu dari syaitan durjana
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
- Beristighfar & selawat

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti kita haruslah kuat dan menjauhkan diri daripada  segala ciri-ciri yang membawa kepada perasaan iri hati. 


Selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Mari kita memperbanyakkan kata-kata puji bagi Allah dan Rasul-Nya agar kita semua beroleh rahmat. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan setiap yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Selamat menunaikan solat tarawikh & berzikir di sepanjang bulan mulia ini. Wassalam 



~ rizali masri ~
\(*_^)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here