Ciri-Ciri Lelaki Idaman Hati



Topik kali ini agak bergenre 'Luahan Hati'. Ya, saya namakan itu kerana ada sedikit menyentuh perasaan kaum lelaki termasuk juga saya agak terkesima sebentar =) Sedang saya melakukan hobi membaca, saya tertarik dengan artikel ini yang sememangnya ada banyak membantu terutama apa sebenarnya luahan seorang wanita terhadap kaum lelaki untuk berjaya menambat hati mereka. Justeru, dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kita semua panduan & tips berguna. Rasa mana-mana yang kurang tu dah kenalah 'touch-up' sket agar semuanya berjalan lancar yer =) Kalau nak ikutkan susah lah korg nak terjumpa dengan "Mr. Perfect in everything" seperti gambar kat atas ni, tapi klu majoriti dari semua ciri-ciri itu mungkin ada tapi tak semua lah. Rezeki orang takde sapa tahu kan...


Kepada anda-anda yang bergelar seorang lelaki, seorang suami atau seorang bapa. Ini adalah antara beberapa ciri-ciri yang boleh anda pelajari dalam memenuhi kehendak dan menambat hati para wanita idaman anda =) semoga dengan luahan dari para wanita seperti ini, rasa hormat dan saling melengkapi itu akan menular ke dalam diri anda dan seterusnya melahirkan satu suasana harmoni, rukun & bahagia dalam sebuah institusi kekeluargaan. InsyaAllah =) 

""

Cirinya pasti berbeza setiap satu di antara kita, menjadikan perjalanan menemui cinta sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Mungkin ada yang lucky in love dalam hidupnya, mungkin ada yang tak pernah merasai cinta sebenar up till now, dan mungkin ada menyalahkan diri sebagai loser in love setiap kali kecundang. Tapi ada satu quote yang I gemar sekali, yang tidak pernah gagal memberi harapan tika menghadapi waktu-waktu sukar dalam hidup I. Quote itu berbunyi “In the end, everything will be okay, if it’s not okay, then it’s not the end”. Jelaskan kata-kata itu? Bagi sesetengah orang, kebahagian adalah sesuatu yang you have to work for. Well, you gotta admit, the victory is sweeter that way =)

Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. Well, everyone is on the same track I’m sure. Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, senarai 10 things women love about men, sesi gossip emak serta makcik-makcik, iklan perfume murah dan sebagainya.

Pertama, perempuan mesti suka nak cari pasangan yang macam bapa dia. Sedikit sebanyak mesti nak ada persamaan juga. Dan kalau macam Daddy I, hehe mestilah tinggi. Tinggi yang bila I pakai kasut platform heels pun tak tergugat. Sebab bila tinggi nampak kuat. Bila tinggi rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. Bila tinggi, boleh dukung bawa masuk kereta waktu dah nak terberanak. hahaha

Ciri lain ialah lebih matang dari pasangan perempuan. Matang banyak dari I ..! Matang pemikiran, matang tindakan, bukan umur atau bahagian bawah mata. Haha. (-_-“)

Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat (dalam doa selepas sembahyang selalu Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki yang beragama, berharta, bijaksana dan rupawan). Rupawan, ish sungguh gatal. Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. Tapi seriously, I nak lelaki yang boleh bimbing ke arah kebahagiaan yang ultimate. Nak lelaki yang tak banyak social, yang tak terlalu duniawi. Nak lelaki yang pulang dari kerja terus sayang jom jemaah dengan I. Pastu bila suami I nak ajar anak I mengaji tapi anak I liat, kena rotan ngeh ngeh...

I tak suka sweet talker yang dengan semua perempuan dia pun smooth gila sampai bila dengan insan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza. (hampehh..)

Apabila tua wajah dan kedutan harus menyamai (amboih menyamai, taknak setel dengan 'iras-iras') George Clooney. Apabila lebih tua harus resemble Clint Eastwood. Nak cari yang lebih tua dari I, xnak yang sama baya. Nanti I lagi cepat nampak tua dari Suami...

Pembersih. Tak boleh tengok sepah-sepah. Bila nampak mekap I berterabur tak boleh tahan pastu terkemaskan. Pastu insist nak hantar anak dekat Tabika Kemas.

Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak boleh membakar kalori dan saya kuat makan. Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, yang seorang lagi tidak jadi merajuk malah ingin membelasah sahaja pasangannya. Waahh sweetnya..! layan dan sabar jela ng karenah perempuan...

Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca, maen game, melancong dan shopping. Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak dipanggil hobi dalam karangan berformat. Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu. DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA SALAH PILIH BAJU TAK HOT DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE. Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia. Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.

Suka kucing dan budak2/kanak2/bayi. Ciri2 seorang lelaki yang penyayang. Walaupun kadang-kala saya lebih menyukai anjing daripada kucing kerana mereka tidak buat bodoh apabila kita baling barang dan kata “catch”, tetapi saya tetap setia terhadap kucing. Pasangan saya harus juga menyayangi kucing yang bakal kami bela nanti. Apatah lagi bayi yang bakal kami bela nanti (-_-) JANGAN BILA NAK BELA KUCING DIA CAKAP OKAY BOLEH BELA TAPI YOU SORANG JE CUCI TAHI DIA, FUH TAK BEKERJASAMA BETUL.

Rendah diri.

Berbudi Bahasa.

Pandai masak. I love chefs! Bila dua-dua dah berada di dapur, dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet ;-) Pastu bila dalam pantang takdelah makan makanan bungkus setiap hari je. Masakan kt kedai luar tak buat selera I naik semasa dalam pantang.. Kena pandai masak char koay teow, asam pedas, masakan pedas2 dan nasi kandar lah at least. At least...

Reti menyesuaikan diri dengan majlis (pemakaian, pergaulan, limitations). Sesetengah lelaki takde ciri yang ini kan? Rugi. Kalau I ada majlis keramaian dan event-event, dia mestilah nak kena ikut kadang-kala supaya boleh “This is my husband, I've been bragging about”. Haha.

Eh kenapa ciri ini semua macam bukan ciri lelaki idaman, tetapi ciri husband idaman, fuh sungguh advance.

Geliga otak. Sebab I suka membebel off track dan tanya soalan pelik yang kalau jawapan tak memuaskan I takkan diam. Serious I takkan diam. Makan budu untuk geliga otak. Oh nanti I dapat orang Kelantan plak :B

Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together after married insyallah.

Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :’) Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.

Puitis. Maka kita boleh bukukan journal perjalanan kita dan turunkan kat anak cucu cicit untuk mengatakan true love does exist. puitis adalah seksi.

Rajin bersukan. Rugby, football omg! (x semestinya, janji badan sedap untuk di peluk & jadi bantal peluk I time tidor..haha )

Good manners. His every move must be in respect of me. Sentiasa menjaga percakapan & pergaulannya dengan kawan2. tak pergi tempat bukan2, pandai bergaul dengan masyarakat. Well behave serta bijak memainkan peranan untuk bersuara & bertindak ... well.. I suka if lelaki yang boleh cover I time ada org cuba kacau, yg boleh protect I and tunjuk semua tu daripada asyik cakap2 je tp takde nak buat2 pon...

Rockstar. ok ok xyah rockstar la, pandai main gitar dan boleh nyanyi pun besh sgt2.. romantik and sgt2 sweeeettttt...

Tapi ini hanyalah list yang semua orang ada walaupun berbeza kan? Sebab bila cinta datang, semua ciri-ciri ini kena tendang. Its true. Love and sex appeal is complicated. I can have a guy with everything on this list, but if I cant feel it, I cannot fake it. And I can have a guy with nothing crossed from this list, but its a scary chemistry, you cant really explain.

BUT! Ciri yang wajib ada ialah kebolehan melayan I tanpa sempadan. Kena dodoikan bila I terjaga malam, tak boleh gelak lama sangat kalau I mengigau, kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main game. Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, dia tak boleh biar je I sorang-sorang bebel “Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu tarian poco-poco dalam hidup kita” and the discussion goes on... hahaha   ""

Tapi jangan terlalu mencari Mr Perfect ya, bukan apa takut tak jumpa2 sampai ke TUA..!! =)

Well ... saya pun tak terkata apa2 =) cuma berdoa agar semua ciri2 yang baik di atas itu ada dalam diri saya, mana yang masih belum ada tu, saya cubalah touch up sket yer.  Betul tu, JODOH pertemuan di tangan Tuhan, bila datangnya perasaan itu, hanya individu terlibat sahaja yang mampu merasa, kerana perasaan kasih & cinta itu lahir sendiri antara 2 pihak yang di kurniakan oleh Allah dalam hati masing2. Apapun, buat anda yang bercouple di luar sana, jagalah perlakuan dan batas-batas yang sepatutnya di bulan penuh barakah ini yer.. Sekian.. Wassalam ~~



~rizali masri~
\(*_^)/


Cetak

2 comments:

  1. panjangnya entri ni
    ciri-ciri pilihan tu memanglah ada, cuma hidup di dunia ni, tak semua yang kita nak, akan dapat. kena realistik
    apapun, masing-masing perlu improve diri supaya dapat menjadi yang disukai itu.

    ReplyDelete
  2. haha, mcm biasala nina =) if klu tanya perempuan mmg selalunya pnjg syarat2nya.. mcm puteri gunung ledang la contohnya. hehe. yup, agree with u nina. actually, everyone need to improve themselves to achieve what they dreamed of =)

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...