ads top

Tips Tingkatkan Signal Wi-Fi Anda

 

Anda pasti tidak perasan bahawa anda juga boleh tingkatkan kadar signal wi-fi anda dengan menggunakan teknik ini. Disini saya kongsikan idea berkenaan kepada semua pembaca saya dan selamat mencuba..! =) Ruang sudut kreatif dan inovatif yang pasti membuka minda anda dengan menggunakan bahan terbuang.


Cari tin minuman. Basuh luar dan dalam dengan air paip hingga bersih.

 

Cabut pin pada pembuka minuman

 

Potong diameter bulatan tin pada bahagian bawah hingga tercabut bahagian bawah


Potong pada bahagian atas dan tinggalkan sedikit bahagian tidak berpotong
tepat pada bahagian lubang minuman tin.


Potong pada bahagian bertentangan lubang minuman hingga hujung


Letak "blu tack" (boleh didapati di kedai alat tulis) atau sebarang bahan
pelekat yang lain dan sesuai



Akhir sekali lekatkan di atas modem wireless anda, arahkan pancaran pada anda dan nikmati kadar signal yang lebih tinggi dari sebelumnya. Ini kerana had pancaran telah di tumpukan pada arah anda sahaja berbanding sebelumnya yang mana sebaran pancaran adalah 360 darjah radius =) Fahamkan bagaimana nak follow semua langkah mudah yang saya tunjukkan ini. Selamat mencuba semua..!! 
 
 
~ Wassalam ~



 
 
 
  ~ Rizali Masri~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here