ads top

Definisi SAKA & SIHIR


Dalam era kemajuan dan serba moden kini, memang tidak dinafikan bahawa masih ramai antara kita yang telah terkena dengan niat jahat dan iri hati orang lain samada dalam perniagaan, kehidupan harian dan juga di tempat kerja. Kalau dulu mereka yang menggunakan saka atau bantuan jin ini adalah sebagai pelindung dan tanda kehebatan mereka berbanding yang lain kerana dahulu masih banyak hutan yang belum diteroka dan  banyak unsur-unsur mistik. Dan pemikiran itu telah sebati dalam masyarakat kita khususnya melayu walaupun di era serba moden ini. Pelbagai tujuan yang tidak baik dari saka dan sihir ini antaranya kerana cemburu, iri hati, sabotaj, menjatuhkan maruah seseorang dan pelbagai lagi niat jahat seseorang individu itu terhadap mangsanya.

Disini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu ringkas kepada semua tentang perkara ini, (untuk makluman yang lebih tepat dan lengkap adalah baik anda merujuk sendiri kepada para ulama' dan mereka yang lebih layak untuk menjelaskan). Rata-rata antara kita terbahagi kepada dua iaitu samada 'percaya' dan 'tidak percaya'. Namun itu hak individu sendiri menilai. Dalam kitab suci Al-Quran turut menyatakan bahawa terdapat alam ghaib yang turut berada di sekeliling kita yang sama-sama menghuni bumi Allah ini. Oleh itu, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi panduan kepada semua terutama kepada mereka yang sering di ganggu oleh perkara yang tidak jelas dan anasir jahat seumpama ini.

 Definisi Sihir

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun atau pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.

Jenis-jenis sihir adalah

- Sihir Rumahtangga / Perceraian
- Sihir Pengasih / Guna-guna
- Sihir Tipuan Pandangan / Silap Mata
- Sihir Gila
- Sihir Santau
- Sihir Kelesuan Badan
- Sihir Penyakit Anggota Badan
- Sihir Penghalang Pernikahan

Definisi Saka

Saka pula ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga di mana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul atau pun secara automatik. Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal, nyanyuk bila tua, terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran, banyak penyakit genetik pada badan, boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar, menerima amalan dari mimpi, menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakaratul maut.

Kaedah Mengesan Jin Dalam Badan

Photobucket

1) Tekan pada gambar / link yang saya sediakan, play MP3 RUQYAH SYARIAH dan dengar hingga tamat dengan 'volume' yang kuat.
2) Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik di mulut atau di hati.
3) Perhatikan setelah selesai, jika anda batuk, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak dibawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka kemungkinan besar badan anda di huni oleh benda halus iaitu JIN.
4) Download MP3 ini dan buka setiap malam atau lebih baik 3 hari berturut-turut bagi anda yang sering sukar tidur malam, sering diganggu, dan juga jika baru berpindah ke rumah baru.

MP3 Ruqyah Syar'iyah


Simptom awal petanda sihir / saka

  1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  2) Badan terasa berat dan malas.
  3) Sukar mendapat jodoh.
  4) Badan terasa bisa-bisa.
  5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6) Sukar tidur malam.
  7) Sakit pinggang tanpa sebab.
  8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Namun, ingin saya jelaskan disini bahawa ini hanya sekadar panduan dan ilmu yang dapat saya kongsikan setakat kemampuan diri. Apapun, berserah dan berdoalah kepada Maha Suci Allah jika tanda-tanda yang dinyatakan di atas terlalu banyak betulnya dalam diri anda. Rujuklah pada para ulama agar anda tidak syirik dan tersesat dijalan-Nya. Kerana saya yakin masih ramai antara kita menjadi mangsa 'buatan orang' dan hasad dengki oleh mereka yang berhati jahat dan terlalu pentingkan diri sendiri.

Amalkan bacaan Surah 4 Qul, ayatul Qursi dan kemudian kibas-kibaskan dengan selimut pada tempat tidur anda sebelum masuk tidur, basuh kaki sebelum tidur, amalkan bacaan Bismillahirahmanirrahim dan bertawakal kepada Alllah sebelum makan dan minum jika ada orang yang anda ragu-ragu memberi makanan dan minuman tersebut. Khas buat kaum wanita yang dihormati sekalian, kurangkan gambar penuh anda dari terdedah kepada umum di blog, facebook, twitter dan sebagainya kerana dari gambar juga mampu menjadikan anda mangsa sihir seperti yang saya nyatakan di atas, Oleh itu, sentiasalah berhati-hati dan berdoa semoga dilindungi.

Mana yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan mana yang buruk itu datangnya dari khilaf dan kekurangan diri saya sendiri. Semoga dapat sama-sama kita gunakan perkongsian ilmu yang sedikit ini ke arah kebaikan bersama. Sekian..

~ Wassalam ~


~ Rizali Masri ~
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here