ads top

Info Berkaitan Otak Manusia

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, disini saya ingin berkongsi tentang beberapa fakta yang harus anda tahu tentang otak kita. Terdapat beberapa fakta misteri tentang otak manusia mulai terungkap hasil daripada kajian yang dilakukan oleh para saintis. Mungkin ada beberapa fakta yang sebelum ini mungkin tidak pernah terpikir oleh kita, oleh itu rajin-rajinkan lah diri membaca :-)


Otak adalah merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh kita. Ia menganalisa maklumat dan seterusnya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. 

Otak merupakan punca kepada lahirnya akal fikiran, mood, dan emosi. Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal. Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa. Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia. Antara beberapa fakta yang ingin saya kongsikan kepada anda semua  adalah seperti di bawah :
 
1. Otak masih aktif walaupun kepala dipenggal.

Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot. Boleh dikatakan, ada antara mereka yang telah mati tetapi anggota badan bergerak seketika itu adalah berpunca dari refleksi otot.
.
2. Otak mampu menerima maklumat dibawah sedar 

Otak kita dapat menerima maklumat dibawah sedar sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya. Contohnya, dengan memainkan iklan yang mampu mempengaruhi minda separa sedar kita, kita akan sentiasa terfikir dan tertarik akan produk yang pernah otak kita fikirkan atau nampak.
.
3. Ubat-ubatan mampu menyebabkan lubang di otak.

Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal Selain itu, penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat kekal, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku  seorang penagih ubat tersebut. Contohnya, dadah merupakan ubatan yang kronik yang menyebabkan penagih dadah ketagihan.
.
4. Otak manusia berwarna kelabu.

Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebagai jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.

Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan 'substantia nigra' yang merupakan 'neuromelanin' hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada 'ganglia'.
.
5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.

Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia. Tetapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1.361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas dan pintar. Kelebihan manusia berbanding binatang adalah kita manusia dikurniakan akal fikiran yang teramat tinggi kurniaan sebagai makhluk di muka bumi.

6. Banyak berfikir mampu meningkatkan memori ingatan

Dengan banyak berfikir, percayakah anda bahawa ketajaman minda anda akan lagi tajam dan kuat? Sekiranya anda suka berfikir dan berfikir secara rasional, daya ingatan anda semakin tajam. Oleh itu, bagi mereka yang suka berfikir mampu untuk menghafal, mengingat, serta masih mampu mengimaginasikan pengalaman lampau yang mungkin orang lain sudah lupa, kebiasaannya kenangan pahit atau manis dalam hidup seseorang, pasti anda tidak dapat lupakan bukan.. Banyakkan berfikir kerana semakin kita mengasah otak kita, ianya akan semakin berfungsi dengan baik kerana cas-cas antara neuron otak sentiasa berfungsi dengan baik.

.topik otak manusia bukan otak-otak okey..!! ;-)


~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here