
"GOUT" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna
'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout di akibatkan
oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan
ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling
lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu
gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.
Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan
oleh lelaki. Bagaimanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid
ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout
ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan
terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran
mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor
keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan
alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat
ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang
datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut
dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan
merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi
demam.
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba
dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu
juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air
dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air
beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit
merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan
menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku
seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa
sakit.
Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak
diubati, penyakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk
diketahui juga, kekerapan serangan pada bahagian sendi akan merosakkan
sendi serta fungsinya. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam
kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki.
\(^_*)/
Rizali Masri
Rizali Masri
Gout is caused by uric acid turning into crystals kind of like needles and stabbing into an area generally somewhere on the foot, but it once hit me in the hand.
ReplyDeleteGout Foot Surgery
nur
ReplyDeletePerlu kawal pemakanan dan amalkan cara hidup sihat. Juga ambil supplement tambahan seperti alfalfa Shaklee pun boleh membantu
ReplyDelete