Penyakit tiroid lebih kerap berlaku
di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa
dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah
dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan. Kelenjar
tiroid Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti
rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin
(T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme
(pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan
sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat
badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, anda
mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu
fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar
ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon
perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul
penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit
hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus
juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid. Terdapat
ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk
mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit
lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak
teratur.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit hipotiroidisme Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme. Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom hipotiroidisme adalah
bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering
terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera
dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi
terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin
diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid. Hipertiroidisme.Penyakit
ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan.
Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula
menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.
Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan
menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah
penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang
diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi
pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang
berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar,
menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.
Rawatan yang diberikan akan
mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran
jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal,
mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk
memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu
daripada kaedah rawatan. Penyakit
tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan
juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan
kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan
rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda
juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan
ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan iodin beradioaktif tidak
akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah
tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya
aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun,
ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan
pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal. Sebenarnya,
tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah
lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan
keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes
ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan
dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor
pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.
Wassalam
Rizali Masri
\(^_*)/
Informasi yang bagus.
ReplyDelete