Wang
syiling jatuh dihadapan seorang pekerja lelaki yang sedang asyik membancuh simen, melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip duit syiling itu dan
dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, ke kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya.
Lantas sekali lagi dia terus mengambil duit syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun perkara yang sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku..!" Kata lelaki itu dalam hati sambil ketawa. Lelaki itu tidak sedar, bahawa logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka sedang bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada
aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling
bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai
bunyian mesin pembinaan yang bising di kawasan binaan tersebut. Dek kerana itulah,
ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan
pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dan mencari dari mana datangnya batu-batu
kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan segala kurniaan-Nya.
Tetapi, acap kali kita lalai dan leka utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah
ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan,
keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk
bersyukur tanda mengingati Yang Maha Pencipta kita. Semoga setiap ilmu dan perkara baik itu dapat kita sampaikan kepada semua agar kita semua beroleh rahmat dan pengajaran yang berguna. Sekian..
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here