ads top

10 Racun Psikologi Dalam Diri

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, rasanya lebih 5 bulan saya tak meng'update' langsung sebarang artikel sejak ke Melbourne, Australia. Kini saya baru balik Malaysia dan rasanya ada sedikit masa terluang untuk berkongsi artikel menarik ini kepada semua. Teruskan membaca dan jadikan ilmu ini sebagai suatu perkara yang bermanfaat dan panduan buat kita semua. Selamat membaca =)

 

RACUN #01 : LARI DARI MASALAH
Gejala : Sering lari dari kenyataan, suka mengabaikan tanggungjawab, padahal dengan melarikan diri dari kenyataan kita hanya akan mendapat kebahagiaan atau rasa tenteram yang hanya bersifat sementara dan tidak kekal. 
Antibodi : Realitistik
Cara : Berhentilah menipu diri sendiri, jangan terlalu serius dalam menghadapi setiap masalah. Latih diri agar sentiasa berani berhadapan dengan masalah dan jangan lari kerana masalah itu akan sentiasa mengejar kita. Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi secara teratur dan yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terbaik selalu harus diusahakan dengan kesungguhan. Hanya orang penakut yang sering lari dari masalah.

RACUN #02 : KETAKUTAN
Gejala : Tidak yakin pada diri, tegang, cemas yang antara lain seperti disebabkan kesulitan wang, konflik dalam diri.
Antibodi : Keberanian
Cara : Cuba hindari menjadi orang yang sering bergantung pada kerisauan. Ingatlah 99 peratus hal yang kita risaukan tidak pernah terjadi. Keberanian adalah pertahanan diri yang paling kukuh. Dengan mengandaikan bahawa segala perkara yang membuat kita jadi takut itu adalah suatu perkara yang kecil, tidak pernah wujud dan kita yakin akan keberanian diri. Apabila kita yakin, segala rasa takut itu akan hilang dari minda kita.

RACUN #03 : EGOIS
Gejala : Memandang kebendaan, materialistik, agresif, lebih suka meminta daripada memberi, sombong dan bongkak.
Antibodi : Bersikap terbuka
Cara : Jangan mengeksploitasi rakan atau orang yang percayakan anda. Kebahagiaan akan diperoleh apabila kita dapat menolong orang lain. Perlu diketahui orang yang tidak mengharapkan apapun dari orang lain dan ikhlas adalah orang yang tidak pernah merasa dikecewakan. Peluang kita untuk mendapat ramai kawan juga adlaah tinggi jika bersikap terbuka kerana mereka lebih selesa dengan orang yang tidak bersikap ego.

RACUN #04 : TIDAK BERGANJAK / STATIK
Gejala : Berhenti satu fasa, membuat diri kita cepat merasa bosan, lemah semangat, tiada impian dan citi-cita, sering berubah-ubah perlakuan atau kerja, merasa di 'zon selesa'.
Caranya : Teruslah berkembang, terus memasang impian dan cita-cita yang tinggi. Dengan memasang impian dan mempunyai matlamat hidup, kita tidak akan rasa sering melakukan perkara yang sama dan bosan. Hal ini kerana apabila kita lakukan suatu perkara yang baru selain dari rutin kita, banyak perkara baru dan ilmu baru harus didalami. Maka dengan itu hari-hari kita akan dipenuhi dengan rasa ingin tahu perkara baru dan ia pastinya menarik..!

RACUN #05 : RASA RENDAH DIRI
Gejala : Kehilangan rasa yakin dan kepercayaan pada diri serta merasa tidak memiliki kemampuan bersaing dengan orang lain. Boleh dikatakan mudah mengaku kalah
Antibodi : Keyakinan diri
Cara : Seseorang tidak akan menang sebelum dia pergi berperang dan yakin dirinya tak akan mudah kalah jika belum berlawan. Bila kita yakin akan kemampuan kita, sebenarnya kita sudah mendapat separuh dari target yang ingin kita raih. Jadi, kejayaan itu berawal pada saat kita yakin bahawa kita mampu mencapainya. Cara mendapat keyakinan diri adalah dengan mengetahui potensi sebenar dalam diri sendiri. Cuba kenali diri kita sedalamnya.

RACUN #06: PLASTIK / MACAM BAGUS
Gejala : Terasa terlalu baik, suka berpura-pura, terlampau sombong, kebanggaan diri yang palsu.
Antibodi : Rendah hati
Cara : Orang yang sombong akan dengan mudah kehilangan rakan atau mereka yang berada disekelilingnya, kerana tanpa kehadiran orang disekeliling, kita tidak akan bahagia. Hindari sikap 'macam semua tahu'. Dengan rendah hati, kita akan dengan sendirinya mahu mendengar pendapat orang lain sehingga peluang 50 peratus kejayaan mendapat kepercayaan dan sokongan orang lain sudah kita raih.

RACUN #07 : MURUNG
Gejala : Kurang menarik perhatian, mendera diri, merasa jadi orang termalang di dunia, pendiam, suka berkurung.
Antibodi : Extrovert
Cara : Jangan membuat diri kita menjadi murung, pendiam, terpaku pada diri sendiri. Lupakan segala masalah dan hindari dari berperilaku sentimental dan sensitif. Jadikan kehidupan kita menjadi ceria dengan bergaul bersama mereka yang positif, berfikiran terbuka dan ceria. Cuba juga untuk meluah segala apa yang terpendam dalam hati kita kepada seseorang yang matang dan dipercayai. Cubalah, ia pasti melegakan..

RACUN #08 :SIKAP MALAS
Gejala : Melamun, habiskan waktu dengan cara tidak produktif, berat tulang, suka tidur, kurang fikir tetapi kurang aktif.
Antibodi : Matlamat dan Minat
Cara : Buatlah diri kita untuk selalu mengikuti jadual kerja yang sudah kita rancangkan sebelumnya dengan cara aktif bekerja. Hindari kecenderungan untuk membuat keberadaaan kita menjadi tidak berarti dan suka mengeluh tanpa henti. Rajinkan diri membuat perkara yang paling kita minat atau suka. Lakukan dengan kesungguhan dan bezakan hasilnya berbanding dengan kerja yang kita lakukan tanpa minat. Orang malas adalah orang yang manja dan susah berjaya. So, tariklah minat pada perkara berfaedah..!!

RACUN #09 : SUKAR DIAJAK BERUNDING
Gejala : Berfikiran tertutup, tidak suka menerima pendapat orang lain, ego dengan pendirian sendiri, memandang rendah pendapat orang lain
Antibodi : Kawal Diri
Cara : Tenangkan emosi kita melalui seni mengawal diri. Amati mereka secara bijaksana dan terbuka. Kurangkan sifat berkira dengan pendapat orang lain. Agama kita mengajak agar kita saling menghormati, bermuzakarah dan berbincang. Lebih ramai lebih meriah, pendapat orang lain walaupun kadangkala macam 'bodoh' tapi tidak mustahil boleh jadi suatu idea dan pandangan yang sangat geliga dan bijak..!! Semua orang ada akal, kita harus berjemaah dalam melaksanakan sesuatu perkara jika ia baik dan bermanfaat.

RACUN #10 : SIFAT BENCI
Gejala : Keinginan membalas dendam, kejam, bengis, pendendam, tidak suka diancam, sering menjadikan perkara remeh terlalu serius.
Antibodi : Tanamkan Rasa Cinta Dan Sayang
Cara : Antara cara menghilangkan rasa benci adalah dengan belajar memaafkan dan melupakan. Kebencian merupakan salah satu emosi negatif yang menjadi dasar dari rasa ketidakbahagiaan. Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga membenci dirinya sendiri kerana membenci orang lain. Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah cinta. Cinta kasih merupakan kekuatan hakiki yang dapat dimiliki setiap orang. Oleh itu, tanamkan rasa kasih dan sayang sesama makhluk samada manusia mahupun haiwan. Jangan lakukan kekejaman kepada makhluk yang lemah. Dunia akan aman jika kita saling menghormati dan saling menyayangi.

Simpanlah segala racun psikologi negatif ini jauh dari minda kita. Positifkan diri dan tarik perasaan ceria, yakin diri, rajin dan bahagia agar segala perkara yang sering menjatuhkan semangat dan kekuatan kita dapat terhindar. Ibarat kata pujangga, jika kita mahu pandai, berkawanlah dengan bijak pandai dan para ilmuan, jika kita mahukan kejayaan berkawanlah dengan orang berjaya dan jika kita mahukan ketenangan dan ilmu agama, berkawanlah dengan alim ulama'. Mungkin kita tidak dapat menjadi seperti mereka tapi mungkin kita dapat setengah dari manfaat mereka malah mungkin juga kita mampu menjadi lebih baik dari mereka =) Fikirkan dengan tenang dan mulakan sayangi diri kita dahulu agar cas positif dalam minda mampu mengubah persepsi diri kita menjadi seorang yang positif..!!


~ Wassalam ~

Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here