BAKAT ATAUPUN POTENSI DIRI ANDA
Bakat adakah kebolehan kita untuk melakukan sesuatu dan melaksanakan sesuatu, khususnya kemahiran. Bakat setiap dari kita adalah berbeza daripada orang lain walaupun kadangkala hampir serupa.
Bakat ataupun potensi diri kita boleh dipelajari dan kemudian diasah menjadi semakin baik sehingga menjadi kecenderungan kita. Bakat itu cuma asas untuk anda melakukan sesuatu dengan cukup baik pada peringkat permulaan.
Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang, bakat sahaja tidak mencukupi. Kita kena lebih rajin
mempelajari benda baru dan memperbaiki kemahiran sedia ada. Kuncinya
adalah, rajinkan diri belajar dan ditambah kerajinan menambahbaik kemahiran yang dalam diri.
Anda
ada bakat tersendiri, cuma anda kena lakukan sesuatu untuk mencari apa
bakat tersembunyi anda. Ya, ada. Memang ada..! Cuma ia tersembunyi. Kita takkan pernah tahu
selagi kita tidak mendesak diri untuk mengeluarkan segala bakat terpendam dalam diri yang mana hanya kita sendiri dapat kenalpasti samada dari pendapat orang mahupun naluri hati.
Teknik paling baik untuk mengetahui apa bakat anda adalah pergi keluar dan lakukan sesuatu yang baru. Jangan sekadar mencuba, tapi buat terus..! Dengan melalukan sesuatu yang baru, anda akan dapat gali bakat-bakat tersembunyi sedalamnya.
Misalnya,
jika sekarang anda minat bermain futsal dan mahir menggelecek bola,
apa kata sertai sukan lumba basikal atau sukan renang yang langsung tiada
melibatkan bola. Kedua-dua sukan itu mungkin baru pada anda. Tapi
biasanya benda yang baru ini mendatangkan keseronokan tersendiri sebab
ada ‘thrill’ tersendiri setiap kali anda cuba melakukannya. Elakkan dari berkata 'tidak', kebiasaannya apabila seseorang itu memang berbakat besar dalam bidang sukan ianya tidak kekok dalam bidang sukan. Sekiranya anda memiliki bakat dalam bidang seni, kebiasaannya anda tidak kekok dalam perkara yang melibatkan seni. Cuma tahap penguasaan dan kemahiran anda tidaklah sehebat pakar tetapi ianya suatu perkara baru yang sangat menarik untuk anda kaji lebih dalam.
Futsal
adalah sukan berkumpulan di mana ia melibatkan kerjasama berpasukan
manakala renang dan lumba basikal lebih banyak melibatkan kemahiran
individu, iaitu kemahiran anda seorang. Kita tidak akan tahu kita kita boleh buat atau
tidak selagi kita tidak melakukannya. Jadi, lakukan saja..!
Buat
permulaan, cara untuk mengetahui apa bakat anda adalah dengan
melakukan sesuatu perkara yang dianggap baru, mula mempelajari kemahiran baru dan teknik baru di dalam
bidang yang baru. Beranikan diri buat sesuatu yang baru – cukup berlainan dengan bidang anda sekarang ini.
Dalam anda tercari-cari apakah bakat sebenar dalam diri anda, disini saya berikan beberapa tips dan teknik untuk anda dalami mencari potensi diri ataupun bakat terpendam dalam diri.
1. Muhasabah Diri
Sentiasa muhasabah diri terutama ketika anda sedia melakukan solat tahajjud. Waktu sepertiga malam adalah adalah terapi diri paling berkesan kerana suasana yang sunyi dan tenang di mana minda anda dapat memberi fokus terhadap 'dalam diri'.
2. Lakukan Suatu Perkara Baru
Sekiranya anda selalu mengulang perkara, hobi dan minat yang sama. Apa kata anda cuba beralih kepada sesuatu yang berbeza dan baru. Lagi mencabar lagi menarik kerana anda pastinya akan teruja kerana mempunyai semangat untuk mempelajarinya.
3. Berani Katakan 'Ya'
Ramai antara kita sebenarnya takut, takut untuk mencuba. Kenapa menjadi takut adalah kerana kurangnya keyakinan dan perasaan itu muncul apabila anda tidak mempunyai ilmu dan semangat. Oleh itu, sentiasa tingkatkan momentum semangat (mood) anda dengan lakukan senaman dan hiburan yang mampu menggembirakan anda. Apabila kita seronok, setiap apa perbuatan kita turut memberi impak yang positif dan minat yang lebih tinggi.
4. Banyakkan Mencuba
Setiap orang pastinya ada bakat tersendiri, itu adalah kurniaan Ilahi yang sangat tinggi. Tetapi kenapa ramai yang tidak dapat kenali potensi diri mereka..? Ini kerana anda tidak banyak mencuba, terlalu banyak berkata tidak boleh, tidak yakin, tak tahu, dan macam-macam alasan lain. Ianya ibarat sebuah pasukan bola sepak sekiranya tidak mencuba menyepak banyak kali kegawang gol pihak lawan, adakah potensi untuk menjaringkan gol itu tinggi..? Pastinya tidak bukan.. Oleh itu, teruskan mencuba, mencuba dan mencuba dan akhirnya anda akan kenalpasti bahawa jaringan gol gol tidak akan terhasil sekiranya tidak banyak kali lakukan serangan.
5. Pecahkan Bidang Bakat
Seperti perniagaan, ianya terbahagi kepada 2 iaitu produk dan perkhidmatan. Begitu juga dengan bakat anda, pecahkan kepada bahagian yang anda rasa perlu. Contohnya, pecahkan kepada bidang seni, bidang fizikal, bidang otak. Andaikan anda seorang yang pandai bermain gitar, kebiasaannya jika diasah anda turut mahir membaiki gitar, mencipta lagu dan komposer irama lagu. Sekiranya anda memiliki fizikal yang kacak atau cantik, berbadan sasa mahupun stamina yang tinggi, mungkin anda berbakat dalam modelling, lakonan, acara sukan, produk kosmetik dan perniagaan. Sekiranya jika anda seorang yang suka berfikir dan menggunakan akal fikiran, mungkin saja anda boleh cuba mendalami perkara-perkara yang melibatkan penulisan novel, penceramah, ketua pemimpin, perniagaan mahupun pereka samada dalam bidang fesyen, masakan ataupun kejuruteraan. Ini semua adalah contoh sahaja agar anda lebih mudah faham.
Semoga dengan beberapa tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan faedah berguna kepada kita semua dalam mencari potensi diri. Ketika ini, jam 12:30 malam dan ketika saya menulis tips ini saya juga menggunakan potensi daya fikir saya untuk menulis kepada anda semua. Mungkin kerana saya turut memiliki potensi seorang penulis dan menggunakan minda sebaik mungkin. Begitu juga anda, kita tidak semestinya hanya cuma memiliki satu bakat sahaja, malah ianya banyak sekiranya kita 'explore' sedalam mungkin apa yang ada dalam diri kerana jika kita banyak mencuba, ketika itu kita akan tahu di mana potensi dan bakat sebenar yang ada dalam diri kita. Selamat mencuba..! Sekian =)
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KREATIF JELAJAH SEKOLAH, KOLEJ, POLITEKNIK, MATRIKULASI & IPT 2015
LAYARI
012-7140210 / 014-9198238
~ Wassalam ~
Rizali Masri
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here