ads top

Anita Pengasas The Body Shop

Ramai orang ingin berjaya dalam perniagaan dan bila kita sebut "menjadi kreatif dalam perniagaan" pula sudah pastinya ramai orang menafsirkan ianya hanya untuk pengiklanan / advertising dan juga promosi. Namun, bagi saya bila kita menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan sebenarnya ia meliputi aspek yang amat luas dan bukan sekadar pengiklanan serta promosi sahaja. Tetapi keputusan anda dalam menguruskan dan menjalankan perniagaan juga harus kreatif. Dalam konteks yang meluas ini, ingin saya sampaikan satu contoh yang boleh kita semua jadikan sebagai panduan dan asas dalam melatih fikiran kita untuk kreatif, terutamanya bila kita menyebut kreatif dalam membuat tindakan dan keputusan =)


Sebagai contoh yang boleh saya kongsikan di sini melalui pembacaan saya adalah berkenaan dengan wanita yang berjaya dalam perniagaan iaitu Anita Roddick selaku pengasas The Body Shop. The Body Shop memang bukan suatu nama asing bagi kita semua kerana cawangan dan produk tersebut telah berkembang pesat di negara kita terutamanya di pusat-pusat membeli belah dan pasaraya terkemuka. The body Shop berasaskan produk kosmetik dan kecantikan. Nama yang dipilih turut menggambarkan daya kreativiti pemilik tersebut untuk menjadi suatu "brand" dalam fikiran sesiapa yang mendengarnya.

Seorang tokoh usahawan wanita yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada kita semua terutamanya kaum wanita. Kerana kejayaan yang dikecapi oleh Anita juga menunjukkan bahawa kaum wanita turut mampu berjaya di persada dunia. Di mana ada usaha, di situ ada jalan menuju kejayaan. Setiap usaha yang bersungguh-sungguh dan tanpa kenal erti putus asa, jika diizinkan ianya pasti milik anda =) Menceritakan sedikit dari pembacaan yang saya miliki kepada anda semua berkenaan bagaimana Anita memulakan empayar perniagaannya dan menggunakan kreativitinya sehingga tercetusnya idea untuk menceburkan diri dalam perniagaan kosmetik.

Anita Roddick suka melancong dan mengembara, dan ketika pengembaraan beliau di suatu negara yang di lawatinya pada tahun 70-an, beliau mendapati wanita di sana menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Khasiat koko memang tidak dapat kita nafikan =) Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea menarik tersebut ke negara asalnya dan menjadikan idea itu sebagai suatu idea perniagaan kosmetik..!!

Sewaktu beliau berhasrat ingin memulakan perniagaan kosmetik tersebut, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas-bekas kosmetiknya. Justeru, Anita memikirkan sesuatu yang tak difikirkan orang lain sebelumnya dengan membeli bekas-bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sampel air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik tersebut. Idea beliau memang kreatif hanya kerana beliau tidak mempunyai modal yang mencukupi. Tapi kini The Body Shop tidak lah menggunakan bekas-bekas tersebut, nanti artikel saya ni jadi email forward pula..! =)

Sewaktu membuka kedai beliau yang pertama pada tahun 1976 (35 tahun sudah The Body Shop bertapak, bukan short cut jenama tersebut untuk menempa kejayaan..!!), dinding kedai beliau berlumut dan amat kotor. Sebagai seorang pemilik yang terpaksa menanggung segala kos perbelanjaan, Anita menggunakan daya kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna asal lumut tersebut untuk mencantikkan kedai baru beliau. Sehingga kini, warna hijau The Body Shop (warna lumut) yang sama masih lagi digunakan yang membawakan konsep alam semula jadi. Nampak kan betapa kreatifnya Anita dalam mengurus dan membuat keputusan dalam perniagaan beliau..? 
Walaupun beliau sudah meninggal dunia sekitar tahun 2007, namun empayar perniagaan beliau tetap gah maju berkembang dan semakin dikenali di serata dunia. Suatu pendekatan menarik berkaitan perniagaan adalah perniagaan yang anda lakukan adakalanya bukan untuk diri anda sahaja, malah ianya amat berguna untuk anak-anak dan generasi anda. Sudah pastinya perniagaan yang besar memerlukan masa untuk menempa nama dan berjaya. 

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani segala masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal sebagai alasan dan penghalang untuk anda memulakan sesuatu perniagaan yang amat berguna pada anda dan juga generasi anda akan datang. Mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan terlebih dahulu seperti perniagaan internet atau perniagaan berangkaian. Mulakan produk anda dengan produk kecil-kecilan dahulu samada produk yang boleh anda hasilkan sendiri atau produk yang dibeli dari pembekal untuk anda jual kepada pelanggan. Dengan kaedah dan strategi yang betul, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar seperti THE BODYSHOP..! =)

Di sini, ingin saya selitkan satu cerita selingan sebagai panduan kita bersama. Seorang cucu bertanyakan kepada datuknya yang sudah tua ketika datuknya sibuk menanam pokok buah-buahan di dusun. 

Si cucu : "Atuk..owh atuk..kenapa atuk asyik tanam pokok durian, pokok rambutan dan pokok buah-buahan ni banyak-banyak..? Atuk kan dah tua, bukan atuk sempat makan pun semua buah-buah yang atuk tanam ni bila semua pokok-pokok ni dah besar nanti..??"

Si datuk tersenyum dan kemudian menjawab soalan cucu kesayangannya...

Datuk : "Memanglah atuk dah tua cu, mungkin atuk pun tak sempat nak merasa dan makan semua buah-buah yang atuk tanam ni.. tapi atuk tanam semua pokok buah-buahan ni untuk ayah kamu, mak kamu dan juga untuk kamu cu bila kamu dah besar nanti, dapatlah kamu merasa kemanisan setiap buah-buahan yang atuk tanam ni walaupun atuk dah takde nanti..atuk tanam sekarang sebab nanti pokok buah-buahan ni dah besar, cu pun dah besar.." =)


Pengajarannya : Biarlah kita menanam pemikiran seperti itu semasa kudrat dan tenaga kita masih kuat dan mampu untuk melakukannya. Walaupun segala tindakan kita, terutamanya memilih jalan untuk berniaga (sama seperti The Bodyshop tadi yang mengambil masa yang lama untuk menempa nama, namun perniagaan ini sudah pastinya dapat diwarisi oleh generasi kita). Tidak semua jawatan, pangkat dan kedudukan yang kita miliki sekarang menjamin bahawa anak-anak dan generasi kita turut menggantikan tempat kita jika kita bekerja dengan orang samada kerajaan ataupun swasta. Tetapi, walaupun untuk memulakan perniagaan pertama itu agak sukar, namun jika anda mampu berjaya, sudah pastinya empayar anda itu turut dapat diwariskan kepada anak-anak dan generasi anda.. Ingatlah bahawa 9/10 sumber rezeki itu adalah datangnya daripada PERNIAGAAN..! Rasulullah juga dulu merupakan seorang ahli perniagaan. Sama-sama kita fikirkan untuk berjaya pada diri sendiri dan seterusnya untuk agama yang kita cintai =)
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here