ads top

Melatih Otak Untuk Kreatif

Sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada anda semua pada hari ini adalah berkaitan dengan otak yang lesu dan bagaimana caranya untuk anda berfikir secara kreatif dan inovatif. Ia juga menunjukkan otak anda dapat berfungsi dengan lebih baik =) Ramai antara kita mempunyai otak yang amat bagus tetapi tidak mampu untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. Mungkin sedikit tips ini mampu di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita untuk keperluan diri sendiri dan juga masyarakat.


Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita di biarkan dengan lama tanpa kita hidupkan selalu...? Ianya dibiarkan tanpa anda panaskan enjin walaupun kereta anda tidak di bawa ke mana-mana..? Ia pastinya akan semput, susah nak start dan mungkin adakalanya rosak disebabkan bateri gagal berfungsi jika dibiarkan terlalu lama. Perumpamaan ini sering dilakukan pada mereka-mereka yang mempunyai kereta sendiri terutama kereta-kereta lama. Mungkin kerana ianya semakin berusia, oleh itu memang selalu kena panaskan supaya bateri kereta sentiasa di cas selalu bagi meningkatkan ketahanan bateri lebih lama.


Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai antara kita menyangka bahawa otak kita kalau selalu digunakan (banyak berfikir) nanti lama-lama ia akan lesu dan penat malah semakin tak boleh nak berfikir. Sebenarnya, jika lagi kerap otak kita digunakan untuk berfikir, otak kita akan jadi lebih efisyen dan lebih sihat. Ianya diibaratkan seperti "belakang parang, jika diasah hari-hari, ianya akan tajam sama seperti depan parang" =) sekadar perumpamaan untuk memudahkan pemahaman anda sahaja. Ini kerana semakin meningkat usia kita semakin banyak otak kita digunakan untuk berfikir.


Di sini ingin saya kongsikan berkaitan sebahagian cara untuk kita menggerakkan momentum otak supaya anda lebih kreatif berfikir dan mampu mempunyai daya ingatan yang tajam. Selain itu, ianya melatih anda untuk menjadi seorang yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian yang berbeza dan mungkin jauh lebih baik daripada biasa. Untuk melatih otak anda berfikir secara luarbiasa, anda kena lah melatih otak anda untuk bertindak sedemikian. Otak manusia dijadikan dengan amat sempurna dan banyak kelebihannya kerana anda turut diberikan akal fikiran yang membezakan manusia dan makhluk lain.


Perbanyakkan berfikir mengenai idea-idea baru, maksudnya anda sentiasa berfikir untuk menjadikan persekitaran anda terutamanya dalam jalan penyelesaian dan juga mencari pelbagai alternatif lain untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui idea-idea yang berbeza-beza. Secara tidak langsung, ianya akan melatih otak anda untuk terus berfikir dan lama-kelamaan otak anda akan lebih efisyen dan mudah tangkap sesuatu perkara itu dengan pelbagai jalan penyelesaian dan alternatif berbeza yang lebih kreatif dari orang lain.

Dalam aplikasi perniagaan, anda melakukan perkara yang sama terutama dalam bersaing dengan ramai pesaing, dan cara mengatasinya adalah dengan melahirkan seberapa banyak idea seperti kaedah mencari pelanggan baru, cara mengambil semula pelanggan anda yang telah hilang serta cara untuk meningkatkan promosi produk anda serta pelbagai cara untuk memastikan anda mampu bersaing dengan peniaga lain yang mempunyai produk sama seperti anda. Sekiranya produk anda sama, maka yang membezakannya adalah cara penyampaian anda samada kurang baik, sama saja, ataupun jauh lebih baik =)


Kebiasaannya, ilham atau idea-idea baru ini sering muncul ketika anda belum bersedia samada dalam keadaan sibuk, tengah memandu, ketika melancong dan ada juga yang mendapat idea menarik ketika berada di dalam tandas =) Kerana ilham seumpama itu adalah kurniaan yang sering datang melalui persekitaran yang mana kebetulan otak anda mampu untuk memikirkan sesuatu secara tiba-tiba. Apa yang anda boleh lakukan adalah bawa buku nota kecil dan pen atau telefon bimbit (hp) pun boleh juga ke mana sahaja anda pergi. Sekiranya secara tiba-tiba lahir satu idea-idea menarik dan luar biasa, anda tuliskan idea-idea tersebut sebagai simpanan anda. Adakalanya anda mungkin boleh mendapat 5 ke 10 jenis idea yang berbeza dan menarik dalam sehari. Dan dengan adanya idea-idea menarik ini dalam kotak memori anda, sekiranya anda terpaksa untuk berfikir dalam mencari jalan penyelesaian, idea-idea yang berkaitan biasanya akan muncul dalam fikiran anda tanpa anda terlalu memaksa otak anda berfikir jauh lebih dalam.


Dengan lebih kerap anda berfikir, maka lebih efisyen otak anda berfungsi dengan baik. Sekiranya otak anda berfungsi dengan baik, maka akan lebih banyak idea-idea baru muncul dalam fikiran anda. Kadangkala suatu idea yang orang lain anggap bodoh itu juga, mungkin menjadikan anda seorang yang luarbiasa dan berbeza dari orang-orang lain. Mungkin idea bodoh anda itu amat unik dan memberi impak yang amat tinggi nilainya walaupun ianya nampak biasa-biasa saja pada mulanya.

Dalam melatih otak anda untuk menjadi lebih kreatif pula, ada sedikit tip yang boleh saya kongsikan iaitu dengan menggunakan sedikit permainan simulasi. Andaikan anda diberikan sebatang pensil, cuba anda tuliskan sebanyak mungkin perkara atau perbuatan yang boleh dihasilkan dari pensil tersebut. Dan pastikan ianya idea-idea yang unik dan luarbiasa..mungkin anda boleh bunuh orang, butakan mata, buat senjata dan macam-macam lagi.. ianya adalah berbeza dan lain daripada yang lain kerana rata-rata jawapan orang adalah pensil digunakan untuk menulis dan menconteng dinding =) Suatu pendekatan berbeza yang mana ianya nampak biasa-biasa tetapi amat berguna sekiranya anda aplikasikan dalam kehidupan seharian.


Oleh itu, teruskan lah berfikir dan sentiasa melatih otak anda memikirkan pelbagai idea-idea baru kerana sekiranya anda tidak menggunakan otak anda dengan kerap. Lama-lama otak anda akan lesu dan kurang untuk berfikir, mungkin itu juga antara sebab kenapa anda lebih senang mengingat soalan susah daripada soalan yang mudah ketika menghadapi peperiksaan. Itu kerana anda kurang berfikir pada perkara yang anda anggap terlalu remeh dan mudah, tapi anda menggunakan otak anda hanya untuk berfikir pada perkara yang lebih susah sahaja =)

Satu lagi perbandingan yang boleh saya katakan disini adalah seorang budak yang membesar di dalam hutan dan kampung boleh membiasakan diri mereka dengan menggunakan pelbagai sumber alam sebagai suatu perkara yang berbeza kegunaannya. Ini boleh dianggap suatu "inovasi". Di mana anda menggunakan benda yang sedia ada kepada benda baru yang lain fungsi dan kegunaannya dengan sedikit penambahan dan gabungan benda-benda lain. Manakala seorang budak bandar pula menggunakan komputer sebagai alat untuk menaip dan menulis tanpa menggunakan pen dan kertas. Sememangnya pemikiran kreatif dan inovatif amat memberi manfaat berguna pada kita semua =) 


Selain itu juga, anda akan mempunyai potensi tinggi untuk mempunyai daya ingatan yang amat tinggi sekiranya otak anda sentiasa di guna sepanjang masa kecuali tidur =)  ada juga antara kita, yang sehingga tidur pun tetap mendapat ilham dan pelbagai idea menarik. Ini mungkin dinamakan keadaan separa sedar di mana otak anda masih lagi mampu berfikir secara waras. Malah otak anda akan menjadi lebih kreatif dan mampu memberi idea yang jauh bezanya berbanding mereka-mereka yang kurang mengasah otak mereka sebaik mungkin. Oleh itu, tidak ada ruginya jika anda melatih dan mengasah otak anda untuk berfikir.

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan seperti yang dilakukan seperti dalam video ini..? Pada dasarnya ia nampak agak mustahil kerana sukar untuk lakukan seperti itu, tapi itulah keunikan lelaki ini yang menjadikan beliau seorang yang terkenal dan lain dari yang lain =) Ideanya amat mengagumkan. Inilah yang dinamakan proses berfikir kreatif dan inovatif =) atau mungkin berfikir di luar kotak..!


yang ni pula lawak selingan zizan .. kreatif melalui lawak =)


Sebagai contoh terkemuka, Tun Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat dan walaupun kita sedia maklum umur beliau kian meningkat tua. Apa yang dilakukan beliau adalah sering membaca dan sentiasa memikirkan jalan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah dan juga kepentingan rakyat serta negara. Mungkin itu juga yang menyebabkan beliau mempunyai visi yang jauh berbeza, unik dan berfikir berpuluh tahun ke hadapan. Seseorang yang mempunyai visi yang tinggi kerana beliau sering mendapat idea dan pelbagai ilham baru setiap hari =) Oleh itu, tiada alasan kenapa kita harus malas melatih otak kita untuk berfikir. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang remeh sehingga menjadi sesuatu yang terlalu rumit. Ini menimbulkan masalah dan bukannya jalan penyelesaian kerana akibatnya sistem kesihatan badan anda akan terganggu pula.


Gunakan otak anda sebaik mungkin kerana sekiranya anda tidak menggunakan otak anda sebaik mungkin, ia akan menjadi lesu dan kurang untuk berfikir dalam mendapat pelbagai idea-baru yang menjadi penghalang untuk anda menjadi seseorang yang amat kreatif dan inovatif. Berfikir luar kotak atau dalam bahasa inggerisnya "Thinking Outside of the Box" membuat anda berfikir jauh kehadapan dan sentiasa berfikir diluar daya imaginasi pemikiran orang lain membuatkan anda menjadi seseorang yang unik dan istimewa. Negara kita memang amat memerlukan lebih ramai generasi muda yang berfikiran seumpama ini dalam memimpin negara suatu hari nanti. Semuanya bermula dari diri sendiri, kemudian disampaikan kepada masyarakat dan disalurkan kepada negara. Dan yang paling utama adalah agama ISLAM yang amat kita cintai =) 

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu kita semua dalam berjaya disetiap bidang yang kita ceburi. Jika anda seorang cikgu, jadilah cikgu yang kreatif dengan cara pengajaran yang efisyen lagi bijaksana dalam mendidik anak bangsa,  sekiranya anda seorang pelajar, lakukan aktiviti yang unik lagi berfaedah supaya kecemerlangan anda semakin terserlah, dan sekiranya anda seorang ahli politik,  pekerja swasta dan pekerja kerajaan, lakukanlah pelbagai pendekatan diluar kotak dan unik terutama dalam menjaga kebajikan, kepentingan dan juga keperluan masyarakat yang melibatkan  penggunaan dana yang besar =) Semakin bijak kita menggunakan otak yang ada, semakin berkesan dan efisyen sesuatu perkara yang ingin kita sampaikan kepada semua. Kita Generasi Hebat..! Saya sentiasa berpegang pada kata-kata itu. "Practice Make Perfect". Oleh itu, marilah kita sama-sama lakukannya mulai sekarang .. Mari kawan-kawan =)

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here