ads top

Cuti2 Melaka & Gunung Ledang

Suatu pengalaman yang pastinya sentiasa bermakna dalam jiwa seseorang yang amat gemarkan pengembaraan. Kali ini, destinasi pilihan untuk jalan2 adalah Bandaraya Melaka Negeri Bersejarah =) Melaka suatu nama yang amat sinonim dengan Warisan Sejarah yang berkurun lama dan amat terkenal sebagai negeri pelancongan. 


Melaka yang terletak tengah-tengah antara negeri Johor dan Negeri Sembilan merupakan satu negeri yang amat pesat membangun dan sedang maju dengan begitu cepat sekali. MELAKA memberi seribu satu kenangan dan pengalaman buat diriku sepanjang belajar di SMS Muzaffar Syah (MOZAC) selama 5 tahun dulu.  


 

Sekolah berasrama penuh yang terletak di puncak bukit yang tersergam indah setinggi 219m dari paras laut. Setiap minggu selepas solat  jumaat kena jalan kaki dari bawah sampai atas sebab bas tak larat bawa pelajar2 naik atas. So terpaksa turun dan redah jalan kaki mendaki tangga sampai ke asrama setiap minggu. Disitulah permulaannya di mana bakat dan ilmu aku di asah sepenuhnya dan menjadi titik penting sehingga kejayaan yang aku miliki kini =)

Eksplorasi kali ini adalah bersama keluarga di samping jalan2 ke destinasi pilihan. Melaka memang "Happening" dan kadang-kadang memang buat aku pening dengan perubahan yang amat drastik dan struktur jalan yang semakin banyak dan "signboard" yang bersepah di sana sini sampai mengelirukan bagi orang-orang yang jarang ke Melaka. 

Namun, atas daya ingatan dan bantuan arah pandu dari kawan menggunakan handphone, akhirnya berjaya juga sampai ke tempat di tuju iaitu Chalet tepi laut yang berada disekitar merlimau dan medan ikan bakar umbai..

Memang sesat2 gak sebab melaka semakin sibuk dengan banyak kereta. Sesampainya di Melaka semalam dalam pukul 6, dan malam smlm pergi jalan2 kat Bandar Hilir sambil mengikut arah "signboard" yang banyak dan kereta yang penuh di setiap corong dan lorong yang gelap di segenap pelusuk Bandar Hilir yang mana terletaknya Dataran Pahlawan dan A'Famosa.

Sambil berjalan2 dan bershopping di situ, tak ketinggalan untuk berjalan2 kt Bazaar Souvenir yang mana terletaknya pelbagai jenis cenderamata. Banyak juga cenderamata yang sempat di beli sebagai kenang-kenangan walaupun dah banyak souvenir2 dari melaka dulu. Namun kepuasan itu kembali sekali lagi bila mana ianya berulang semula semalam. 

Permandangan Melaka memang amat cantik pada waktu malam, dengan suasana pengunjung yang sentiasa ramai dan jalan yang sesak dengan kereta. Ianya amat menakjubkan sekali tidak seperti 9 tahun yang dulu. Melaka amat cepat berubah dan maju. Ianya seperti suatu bandar pelancong yang penuh dengan souvenirs dan tempat-tempat menarik. 

Tak ketinggalan pakcik-pakcik pengayuh beca sentiasa memeriahkan jalan2 dengan perhiasan beca yang amat cantik dan menarik penuh dengan lampu2 warna-warni serta bunyi lagu setiap beca meriuhkan suasana malam.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti melancong dan kembara, ianya pasti amat puas sekiranya anda berkunjung ke negeri melaka. Suatu kepuasan yang sukar untuk digambarkan dengan kata2 kerana terdapat pelbagai pilihan dan lokasi menarik untuk dilawati. 

Harga yang dikenakan juga turut berpatutan untuk souvenirs tetapi korang juga harus pandai menawar harga dan memilih kedai2 souvenirs tersebut kerana terlalu banyak pilihan kedai untuk dikunjungi sehinggakan korang akan keliru untuk memilih barang.

Melaka juga terkenal dengan bazaar lain yang terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan. Ianya umpama syurga pakaian dan barang2 souvenir buat pengunjung. Lokasinya yang berhampiran antara satu sama lain membuatkan pengunjung selesa dan sempat melawat banyak tempat hanya dengan berjalan kaki.

Namun, Melaka dah semakin terkenal dengan kesesakan jalan yang amat ketara di hujung minggu. Senang cakap, rancang perjalanan awal dan elakkan daripada terlibat dalam kesesakan yang amat meletihkan ini. Walau apepun, melaka memang "happening" untuk korang yang sukakan melancong dan melawat tempat best-best kat Malaysia ni. 

Chalet tepi laut untuk kali ini tak lah terlalu mewah kerana banyak resort2 lain dah penuh di booking awal2. So terpaksa menginap di kawasan sekitar Medan Ikan Bakar Umbai sebab berhampiran dengan lokasi asal tujuan ke melaka. Mudah cakap, tak cari chalet atau hotel2 lain di sekitar bandar melaka kerana lokasi tujuan adalah di sekitar umbai dan merlimau sahaja. Tapi peluang untuk jalan2 ke bandar melaka tetap diteruskan kerana Bandar Melaka tak lah terlalu besar cuma keadaan jalan yang sentiasa sesak dengan kereta yang menjadikan melaka sebagai suatu kawasan yang amat sibuk terutama di hari minggu.

Berhati-hati dengan buaya2 kt melaka kerana mereka gemar menggigit jari orang, walau apapun buaya2 ni tak merbahaya lagikan pula menyeramkan kerana mereka sekadar replika dan mainan sahaja. Cuma sekiranya korang kaum perempuan adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dari buaya2 darat hidup yang kerap berlegar-legar di segenap ruang2 yang gelap lagi suram..

Oleh kerana dah tak tahu sgt jalan2 kt melaka sebab dah terlalu jauh berbeza macam dulu, so mana kawasan yang sempat, kawasan tu jelah yang kami kunjungi. Setelah puas jalan2 dan ronda2 negeri melaka kat bandar hilir dan ayer keroh. So habislah perjalan ke MELAKA dan meneruskan aktiviti ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Ledang =)

Gunung Ledang yang amat terkenal dengan sejarah Puteri Gunung Ledang merupakan kawasan air terjun yang memang kerap di lawati oleh para pengunjung yang gemarkan aktiviti mandi air terjun, berkhemah dan juga aktiviti mendaki gunung. 

Cuaca yang agak panas membuatkan kami teruja untuk mandi kat air terjun yang sejuk. Kawasan peranginan yang amat menarik dan bayaran untuk kereta sebanyak RM2, dewasa RM1 dan kanak2 RM0.50 dan tandas untuk mandi sebanyak RM0.30 memang merupakan satu harga yang amat berpatutan jika dibandingkan dengan harga2 pusat peranginan kat tempat lain. Walaupun dalam berpakaian kerja, namun di sebabkan teruja untuk mandi air terjun Gunung Ledang bersama anak buah yang masih kecil dan melayan karenah mereka, maka peluang itu memang tak di sia2kan oleh aku..

Walaupun tak bawa seluar pendek (short) dan hanya berpakaian kerja, tanpa berlengah terus aku terjun dalam air sambil pakai seluar kerja aku. Tindakan luar kawal seperti ini kebiasaannya mmg amat sukar untuk dijangka malah dibendung sejak lahir2 lg. Ianya keputusan drastik dengan tiba2. Seronok bermain dengan budak-budak kecik dan pada masa yang sama merasakan diri sendiri pun dah macam budak-budak kecik sama tanpa pedulikan orang lain pandang yang tengok gelagat aku bersama anak2 buah aku .. hehe =) 

Memang best bila mandi air terjun kat Gunung Ledang, dah lebih 3 kali aku ke sini. Dan sudah pasti ianya pengalaman yang amat seronok untuk bersantai bersama keluarga. Korang akan lebih cepat tergelak sakan sambil berguling2 bila melihat gelagat budak-budak kecik mandi yang dah sememangnya macam budak2 kecik mandi. Tapi bagi yang da tua2 tu, takpelah sekali sekala boleh dimaafkan la yer =)
 
Air terjun yang sejuk memang amat puas sekali sampai kami leka hinggalah kedua-dua anak buah aku tu menggigil kesejukan baru kami naik dan bersiap2 untuk pulang ke Johor. Percutian yang amat seronok lagi bermakna buat semua. Menghabiskan masa terluang hujung minggu aku dengan bercuti bersama keluarga. Itulah kelebihan buat mereka yang bekerja sendiri dan terlibat dengan dunia bisnes =) Ianya pasti amat memberi seribu kenangan manis dan amat berharga..


Walaupun penat sangat2 sebab tak rehat2 memandu kereta dari petang semalam dan berterusan memandu, akhirnya selamat juga ke Johor dengan selamat walaupun tersekat dalam 2 jam dalam kesesakan lalu lintas kat highway Yong Peng-Nusajaya malam tadi. Tak sangka plak H/Way tadi boleh sesak sampai macam tu sekali. papepun it was a great memory yang sudah pastinya tidak akan pernah dilupakan oleh diri aku yang juga merupakan seseorang yang amat gemar melancong dan baru saja bergelar seorang "blogger boy" =) destinasi yang lebih menarik pada bulan akan datang yang sudah pastinya tak sabar2 untuk aku tunggu saat itu.. wait for me "Universal Studio"..!!  


\(*_^)/

 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

  1. jalan2 kota melaka ye....last g sana tahun 2009 :)

    ReplyDelete
  2. dh 5 tahun anessz belajar kt melaka dulu, dh berpuluh kali dah ukur jalan dr melaka ke JB.. haha. jom jalan2..

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here