ads top

Happy Birthday Arwah Adikku

Hari ini merupakan hari bermakna dalam hidup aku, di mana hari ulangtahun yg ke-17 tahun buat arwah adikku DAN juga merupakan genap 2 tahun sudah permergian Arwah ke Rahmatullah. Seorang adik yang amat AKU SAYANG dan beliau la satu2nya ADIK KANDUNG yang aku ada DUNIA AKHIRAT. Walaupun sudah 2 tahun pemergiannya, aku masih tak boleh nk lupekan sume itu dengan mudah. Arwah meninggal dunia sewaktu  ke sekolah menengah pada subuh hari bilamana beliau dirempuh dengan seorang budak yang bawak moto laju2 takde lampu. Keadaan arwah mmg menyedihkan dan beliau "PERGI" di depan mata kami sekeluarga di dalam wad kecemasan. Aku tak lupekan kenangan terakhir aku bilamana memandikan, mengkafankan, sembahyangkan dan kebumikan jenazah. Itulah saat kenangan terakhir bersama beliau..


Lepas aku habis meluah rasa rindu ngan kesedihan aku ni, aku nk balik kampung sb malam nnt mak ayah buat kenduri tahlil arwah adik. Sekadar meluah perasaan rindu yang tak tertanggung dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Aku membesar 10 tahun tak bersama keluarga sb aku belajar kt melaka dan penang. So dalam tempoh tu, aku mmg jarang jumpa family kecuali cuti sekolah je. Aku cuma dapat merasa kasih sayang seorang ADIK cuma dalam setahun setengah je lepas aku habis degree kt USM dan terus jadi engineer. So masa tu aku mmg luangkan sebaik mungkin, cuma waktu kerja aku tak berapa mengizinkan aku untuk spend ngan family selalu. Itu salah satu punca kenapa aku nekad untuk jadi BUSINESSMAN skrg, sb aku ada byk sgt masa terluang untuk family lagi2 ketika waktu kecemasan dan memerlukan..

Arwah adik aku memang seorang pelajar cemerlang dan cerdik sejak kecik lagi. mungkin beliau mewarisi pemikiran aku. Cuma aku pernah cakap kt beliau utk teruskan CITA2 & IMPIAN aku untuk jadi seorang DOKTOR supaya beliau dapat rawat & ubat mak yang selalu tak sihat. Aku turunkan segala ilmu & pengalaman kt DADA aku pada beliau supaya beliau mahir komputer, dan pandai serba serbi hingga belajar di LUAR NEGARA. Aku terpaksa menolak tawaran belajar di JEPUN suatu ketika dulu kerana keadaan mak yang tak sihat. So hasrat aku tu supaya satu2nya ADIK BONGSU aku sorang ni dapatlah belajar kt OVERSEA dalam jurusan PERUBATAN. Hasrat aku tu disambut baik oleh arwah adik aku.. Sekadar senyuman bangga terukir kt pipi aku pada beliau tanda "Terima Kasih Adik"..  

Banyak kenangan pahit manis yang ingin aku luahkan kt sini, supaya aku rasa jiwa aku LEGA sket di hari aku amat RINDUKAN beliau. Selalu aku balik kampung, aku akan ziarah dulu PUSARA ARWAH sebelum aku jumpa mak ayah. Cuma mungkin mak perasan mata aku selalu bengkak kalau balik kampung, tanda orang lepas nangis. Memang aku nangis sorg2 kt pusara adik aku, aku rindu sgt2 dan belum puas rasanya aku menjadi seorang abg yang baik untuk beliau =( tapi aku banyak selindungkan dan sembunyikan kesedihan itu terutamanya orang-orang yang tak kenal aku secara dekat.. Biarlah dorg semua nampak aku ni jenis yang "HAPPY GO LUCKY" dan ceria.. Walhal itu sekadar RAHSIA yang aku byk pendam selama ni.. Cuma aku dah tak tahan nk pendam sorg2 pada hari Majlis Kenduri Tahlil beliau malam ni.. Aku tak sanggup nk tahan air mata bila ziarah pusara arwah ptg nanti sorg2 ble aku balik kampung. Hanya TUHAN je yang tahu perasaan aku sekarang....


Segala ilmu dan pengalaman yang nk aku turunkan pada arwah adik aku terputus ketika beliau menghembuskan nafas terakhir di wad kecemasan di hadapan kami satu keluarga. Aku dapat rasakan perasaan beliau "Bertarung Dengan Maut" itu kerana aku pernah mengalamai situasi yang sama ketika aku berada di bilik yang sama waktu aku terlibat dalam kemalangan TRAGIK 5 tahun yang dulu.. Cuma mungkin beliau masih budak lagi, semangat beliau lemah kerana keadaan fizikal yang tak mengizinkan beliau untuk bertarung dengan maut. Namun aku bangga kerana walaupun NAZAK, beliau mampu bertahan selama 3 jam untuk tunggu mak dan ayah yang kebetulan berada di kampung utk berkejar ke hospital. Maksudnya, mak ayah cuma sempat jumpa selama lbh kurang 10 minit sebelum arwah "TINGGALKAN" kami semua selepas ayah membantu untuk mengucap kalimah syahadah di telinga arwah adik..Innalillah..

Aku selalu sembunyikan kesedihan dan kesunyian aku pada orang lain. Sebab aku tak nak tgk insan2 yang aku sayang dan hormati turut sedih dengan apa yang aku selalu rasa selama ni..so biarlah kesedihan tu aku simpan sorg2 sebagai rahsia hati. Cuma kali ni aku tak mampu, sb aku dah tak leh nk pendam perasaan tu sorg2. Aku tak mampu nk tahan bile aku balik dan ziarah pusara arwah ptg nnt, aku tak mampu nk tahan air mata aku daripada mengalir depan pusara beliau.. Aku tak mampu Ya Allah..! =( Aku tak cukup kuat untuk ini...

Dalam aku tak sedar sambil aku menaip blog ni AIR MATA aku mengalir laju rupenye.. LUAHAN IKHLAS seorang abg yang amat sayang dan teramat2 rindu terhadap satu-satunya adik kandungnya yg telah PERGI SELAMA2NYA... setelah arwah adik aku tak de, aku terpaksa memikul segala impian dan hasrat tu semula seorang diri.. sb tu kenapa selama ni aku bekerja keras untuk sambung belajar MASTER kt UTM, dan terus merancang untuk sambung PhD walaupun aku dh TAKDE  HATI utk sambung belajar sume tinggi2 ni.. BUAT PECAH KEPALA jek.. tapi aku dh berjanji pada arwah adik aku di depan pusara beliau bahawa aku akan teruskan perjuangan tu walau seorang diri tanpa bantuan beliau untuk pastikan segala HASRAT KAMI terlaksana dan tertunai..

Demi ARWAH ADIK ..aku pendamkan segala perasaan sedih, lapar, takde duit, kena marah, kena gelak ngan segala dugaan dan ujian bergelar STUDENT ni sorang2.  Tapi takpe, fasa MASTER hampir selesai bulan depan.. Aku tak ADA HATI nk sambung belajar sbnrnya, tapi aku cuba buat mcm takde pape..sb tu aku tak pernah bangga ngan segala level education yang aku kecapi skrg ni.. seandainya HARI KONVOKESYEN MASTER aku kt UTM bulan 9 nnt terlaksana.. Inilah HADiAH yang mampu abg tunaikan mewakili KAU, wahai ADIKKU..! Abg lakukan semua ni adalah untuk KAU.. abg cuba tunaikan satu persatu IMPIAN & CITA2 kau setakat yang abg mampu.. 

Sekurang2nya AIR MATA bangga mak ayah nnt time abg konvokesyen, KAU lah orgnye...bukan abg.. Abg sanggup kena gelak ngan kawan2, abg sanggup kena marah ngan pensyarah2, abg sanggup tinggalkan segala kemewahan kerja lama abg, abg sanggup korbankan CINTA abg dan abg sanggup hidup susah takde duit nak makan semata2 untuk laksanakan dan tunaikan impian dan hasrat KAU adikku sayang. Cuma satu abg mintak dari KAU di syurga sana.. DOAKAN semoga abg tetap KUAT dan terus TABAH untuk meneruskan segala PERJUANGAN abg yang seorang diri ni.. Di hari paling bermakna ini. Ingin abg ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN wahai ADIK KU SAYANG. semoga kau ditempatkan dalam kalangan org2 beriman dan ditempatkan di SYURGA ALLAH. aminn.. Al-Fatihah ~


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

3 respons pembaca:

  1. al-fatihah tuk arwah..:)

    ReplyDelete
  2. Alfatihah ~ semoga rohnya dicucuri rahmat. terima kasih atika..

    ReplyDelete
  3. Situasi kita sama:'(

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here