ads top

Misteri Ka'bah Kota Mekah

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian para ilmiah.


Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronomi telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut telah hilang yang sepertinya ada alasan tersembunyi disebalik penghapusan laman web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, lebih tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat 'infinity' ( tidak berpenghujung ), hal ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para peneliti muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki perwatakan tersendiri dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.


Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita di cas semula oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad adalah merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di air. Di sebuah muzium di negara negara Barat, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata suria bimasakti kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda :

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam.”




~rizali masri~
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here