ads top

Isu Miming Cikgu Syida

Hari ini saya membaca satu artikel menarik berkaitan Cikgu Syida yang sememang sudah popular dalam kalangan para peminat Youtube. Setelah membaca artikel menarik dari Saudara Faizal Yusof di blognya, ingin saya kongsikan disini semoga sedikit sebanyak dapat kita faham dan kaji apa yang dikatakan oleh Saudara FY ini ada betulnya. Semoga anda membaca hingga habis artikel yang disampaikan oleh Saudara FY ini =) Selamat membaca.


****************************************************************************************************


"Membaca Harian Metro hari ini pandangan FY terjurus kepada populariti Cikgu Syida cikgu yang terkenal dalam youtube kerana hobinya menyanyi lagu miming.


Untuk mereka yang tidak mengenali cikgu Syida, beliau adalah seorang guru di sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Radang di Bota Kiri Perak, yang hobinya menyanyi lagu miming di youtube mungkin juga untuk tujuan meredakan tekanan seharian. Antara lagu yang terkenal ialah lagu yang dinyanyikan oleh Suhaimi Meor Hassan “Kalau Berpacaran” yang mencecah lebih 1 juta pengunjung.

Beliau pernah dimaki dan dituduh gila oleh sesetengah pihak yang merasakan apa yang diperlakukan itu salah dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Apapun baguslah Cikgu Syida semakin terkenal di mata dunia dengan hobinya itu dan dengan itu memperkenalkan Malaysia lebih jauh lagi. Di sini FY ingin mengulas serba sedikit mengenai kisah ini.

Pertamanya sebagai manusia dan kalau kita merupakan seorang mat saleh  maka kita bebas melakukan apa sahaja tanpa hukum hakam yang jitu dan hiburan, berpesta atau budaya hedoism ini memang diagungkan. Kebebasan bersuara kata mereka.

Keduanya sebagai seorang melayu, tiada hukum hakam yang boleh mengatakan yang apa yang Cikgu Syida lakukan itu salah. Mungkin salahnya terletak pada amalan budaya ketimuran yang penuh dengan tata tusila dan sopan santun. Lagipun bak kata lagu Kalau Berpacaran itu, “malu itu perisai orang beriman...”

Namun demikian sebagai seorang Islam, banyak hukum hakam yang mungkin dilanggar tanpa disedari.

Pertamanya apakah motifnya? Maksud FY di sini ialah apakah perbuatan miming yang dilakukan ini berbentuk ibadah?

Firman Allah,

Tidak Allah jadikan manusia melainkan untuk mengabdikan diri / beribadah kepadaNya.

Keduanya bukankah ia merupakan satu pembaziran masa yang nyata. Pengisian masa yang sebaiknya diisi dengan perkara dan perbuatan yang wajib dan sunat sebaliknya diisi dengan perbuatan yang makruh dan haram. Tanda-tanda orang beriman ialah pengisian masanya diisi dengan pengisian yang wajib dan sunat.

Firman Allah lagi dalam surah yang kita semua tahu,

Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kemudian apakah pengisian atau penerapan mahupun objektif yang ingin disampaikan kepada orang diluar sana? Untuk mengajak lebih ramai lagi orang berhibur dan mengingati dunia melebihkan ingatan kepada Allah Taala dengan perkara yag lara dan melalaikan?

Firman Allah lagi lebih kurang maksudnya,

Maka hendaklah kamu mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan baring.

Seterusnya katanya ia untuk menenangkan dirinya. Adoyai kak long, ketenangan tiada di sana, ketenangan tidak datang dengan melakukan miming, menyanyi, ke kelab malam dan sebagainya. Ia ada dalam Islam sepertimana Firman Allah,

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Seterusnya apakah semua ini bakal mendapat pahala atau bakal mengundang dosa. Kalau pahala tak mengapa tapi kalau dosa maka setiap orang yang melihat atau diperkenalkan dengan youtube itu maka semakin banyaklah dosa yang bakal dibawa ke akhirat nanti. Mungkin dosa mengajak manusia lain ke arah kelalaian.


Sebagai tambahan adakah perbuatan ini mengikut akal atau adakah ia mengikut nafsu? Saya yakin ia mengikut nafsu ini kerana apabila ditegur dia melenting dan pastinya syaitan yang duduk dibahu akan terus-terusan berbisik pada Cikgu Syida untuk terus-terusan melalaikan manusia dengan agandanya yang lebih besar iaitu untuk menyesatkan manusia agar terpesong imannya daripada Allah Taala.

FY sebenarnya rasa kasihan dengan orang melayu yang hanya dapat menyampaikan perkara-perkara yang berbentuk hiburan, cerita hantu dan sebagainya yang mana pengisian ilmunya berada di tahap yang rendah yang mana ia boleh dilakukan oleh sesiapapun juga namun dari sudut ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan yang lainnya tidak pula kita usahakan untuk diketengahkan. Betapa ia jelas menunjukkan yang tamadun kita masih baru, mentah, bodoh dan suka meniru.  

Bukanlah FY marah dan mengatakan itu dan ini, bukan FY yang kata semua ini tapi Allah Taala yang kata. Kita sebagai manusia dan beragama Islam maka hukum hakam Allah merupakan hukum hakam dan undang-undang yang pertama yang perlu kita patuhi.

FY jealous? Hawhawhaw... FY jealous kalau yang disampaikan itu ilmu yang bermanfaat dan boleh dibawa mati dan ia jauh lebih banyak dari apa yang boleh FY sampaikan. Tapi adakah semua ini ilmu bermanfaat yang boleh dibawa mati? Hem... Yang pastinya ia hanya maklumat yang akan hanya ditelan zaman...

Fikir-fikirkanlah.

Kepada Cikgu Syida FY hanya berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran dengan harapan Allah mengurniakan hidayah di hati kita semua. InsyaAllah."

*****************************************************************************************************

Tapi walau apapun tanggapan masyarakat, suara cikgu syida sendiri sedap sebenarnya =) Terutama bila Cikgu Syida cipta lagu beliau sendiri tentang lagu Patriotik untuk anak-anak murid beliau semasa di kelas. Suatu usaha yang amat kreatif bagi saya dan luar biasa untuk cikgu syida, sekurang-kurangnya usaha cikgu syida dalam menjadi satu ikon fenomena kepada anak bangsa dalam menyampaikan nasihat, contoh tauladan, patriotik dan segala unsur kebaikan harus dicontohi =) Gunakan kelebihan cikgu syida ke arah kebaikan, insyaAllah cikgu beroleh rahmat.

p/s: rasanya suara cikgu syida lagi sedap daripada buat mimik muka sebegitu rupa =) Menjadi ikon kepada semua remaja terutama peminat setia Youtube termasuk saya, ianya pasti mampu mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap apa yang dilakukan sebelum ini sambil cikgu syida mengajak para peminat cikgu sama-sama ke arah kebaikan =)  Sifat tidak sombong cikgu syida juga salah satu kebaikan beliau cuma saranan saya agar cikgu syida menggunakan saluran dan pendekatan seorang pendidik yang membawa impak positif kepada anak bangsa. Sebarkanlah sesuatu ajaran yang membawa kebaikan kepada semua, nescaya kamu akan di balas dengan berlipat ganjaran =) Mana perkara yang membawa kebaikan itu dijadikan tauladan dan mana perkara yang membawa keburukan itu sama-sama kita jadikan sempadan. Setiap perkara yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap perkara yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri. Wassalam..


~rizali masri~
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here