ads top

Kahwin Kembar Kerana Keliru




Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun ini telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak dan berjanji untuk menyayangi mereka berdua dengan ‘adil’. Walaupun ramai yang mengatakan dia bertuah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki ini mengundang masalah kerana ‘terlalu banyak dalam pinggannya’.


Wichai, yang hidup dengan pendapatan daripada berniaga barangan lama, telah berkahwin dalam satu majlis penuh meriah dengan pasangan gadis kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan, dalam masa yang sama.


Wichai berkata bahawa dia telah berkawan baik dengan kembar tersebut yang juga merupakan jirannya sejak mereka kanak-kanak.

Beliau turut menambah bahawa “Sudah tiga tahun berturut-turut ketiga-tiga kami akan pergi untuk temujanji bersama-sama, sehingga pada satu hari apabila saya tidak dapat menanggung kekecewaan lagi dan memberitahu mereka ‘Saya cintakan anda dan mahu mengahwini anda BERDUA’ “

Ternyata Wichai yang beruntung, kedua gadis ini mengakui untuk bersumpah hidup bersama dan ingin berkahwin dengan satu lelaki yang sama.


‘Awalnya tidaklah mudah, dengan gossip tetangga, tapi keluarga kembar memahami dan mendukung sepenuhnya, mereka hanya mencintai seorang jejaka.

Wichai hidup bersama dengan dua gadis kembar di rumah keluarganya setelah pernikahan, dan ibunya dengan bangga telah mempersiapkan dua buah kamar untuk mereka yang baru menikah.

Ketika ditanya tentang aturan tidurnya, Wichai menjawab dengan sambil tersenyum. "tentu saja tidak ada masalah! Selama tiga malam dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam lagi dengan Sirintara. Dan setiap hari Sabtu, kita akan tidur bersama-sama".

~~ ooOooOooOOOooOooOoo ~~

Rumusan : Pada pendapat saya, secara luarannya memang Wichai sangat bertuah kerana memiliki 2 orang isteri dalam masa serentak yang menyayangi beliau sejak kecil, tetapi dari segi psikologinya mungkin perasaan kasih sayang itu sukar untuk diberi secara adil dan saksama. Inikan pula pasangan kembar, naluri dan keinginan mereka kebiasaannya adalah sama. Mampukah Wichai melaksanakan dengan adil, atau mungkin faktor perhubungan mereka yang serasi sejak kecil menguatkan andaian bahawa mereka akan bahagia sama seperti pasangan suami isteri lain. Tidur dengan dua orang wanita dalam masa serentak..? wow..! =) saya tak tahu nak komen lebih. Apa yang pasti Wichai sendiri yang merasa. Mungkin baik, tapi bagi saya sangat-sangat tidak..! Masih ramai lagi ke wanita di luar sana yang rela untuk di madu..? Pada saya sudah pasti tidak =)


Dalam konteks perkahwinan seumpama ini saya juga kurang arif, cuma secara peribadi perkahwinan kembar dari darah daging yang sama tidak dibenarkan dalam islam. Ini kerana pasangan ini adalah adik-beradik kandung. Selain itu, perkahwinan dalam islam juga adalah bertujuan untuk mengembangkan generasi dengan melahirkan zuriat dari keturunan berbeza supaya keturunan dari generasi yang baru semakin berkembang dan bervariasi. Lantaran sebaliknya, pasangan Wichai ini mengembangkan zuriat hanya dalam kelompok kecilnya sendiri =) Ada juga komen-komen menarik yang saya baca dalam twitter, antaranya : "macam ni kerja gila, bapak aku gelak sorang-sorang dalam LRT masa baca benda ni, tidur 3 orang atas katil tak puas, untung badan, takpe lelaki boleh kawen 4 tu baru 2", dan macam-macam lagi. Apapun, "tepuk dada tanya iman, bukan tepuk dahi tanya nafsu" yer =) hehe. Sekadar isu semasa yang mampu saya kongsikan untuk membuka minda anda untuk berfikir sejenak tentang perkara-perkara di akhir zaman kini. Sekian..



- Wassalam -



~ rizali masri ~
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

3 respons pembaca:

  1. ish3...tamak neh...huahua=p

    ReplyDelete
  2. Klu dia boleh handle tu, dia punya pasal lah mau kahwin adik beradik kembar sekaligus. Pada saya, itu kerja yg sukar apalagi manusia ni sangat dinamik. Hari ini okay, mungkin bisuk lusa berubah.

    Anyway, that's his decision and it's his problem to solve.

    ReplyDelete
  3. itu kah yang dinamakan CINTA itu BUTA..? =)

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here