ads top

Hijrah Catriona Ross Bertudung


Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup. Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupannya pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikitpun rasa syukur dalam hati sanubari. Bukan terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa..? Itu semua tidak penting pun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.



Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakej lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu, yakni Allah SWT.


Mati Hidup Semula

Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.
Kemalangan melibatkan kereta Cat dengan Lori Trailer

Keadaan kereta Cat yang remuk teruk

Keadaan Catriona Ross sejurus kemalangan

Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.

"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.


Catriona Ross Mendapat Hidayah Bertudung

Perubahan imejnya mengundang perhatian ramai. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman yang menyapa. 


Wajah baru Catriona Ross anggun bertudung
Berkongsi saat itu dengan selebriti, pemilik nama sebenar Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross ini menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

“Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

“Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

“Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? “Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

Perasaan gembira melakukan penghijrahan itu turut dikongsi bersama ibu tercinta. Sebaik mengetahui Cat bertudung, ibunya bergegas terbang ke Kuala Lumpur, malah turut dibelikan tudung untuk dihadiahkan kepada aktres itu.

“Ramai juga teman terkejut dengan perubahan saya dan masing-masing bertanya apa menyebabkan saya tiba-tiba ubah imej. Terus-terang saya sangat bersyukur diberi hidayah dengan cara begini.

Rania, zuriat hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Shahruddin Mokhtaruddin itu senang dibawa ke mana-mana, malah dari kecil dia yang menguruskan segala keperluan Rania. Jika terbabit dengan penggambaran, Rania ditinggalkan dengan mentua atau ibunya jika bertandang ke Kuala Lumpur.

“Saya gembira dapat melihat dia membesar depan mata. Setiap perkembangannya dapat saya saksikan dan itu momen yang sungguh bermakna.

Beralih perihal karier, Cat masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Serentak perubahan imejnya, ada suara nakal berbisik kononnya ruangnya untuk berkarya dalam persada lakonan kian terbatas, namun bagi Cat itu cuma omong kosong yang sedikitpun tidak berbekas di hati.


“Tiada apa perlu saya takutkan dengan perubahan imej ini. Bukankah menutup aurat itu tuntutan agama. Jika kita perhatikan dah ramai artis bertudung, tak ada masalah. "

“Jika tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu."
Naluri seorang ibu - Cat dan Rania
Pengajaran : Apa yang dapat saya rumuskan di sini adalah menutup aurat itu adalah tuntutan agama, bukan tuntutan saya, keluarga anda atau masyarakat sekitar. Oleh itu, sekiranya kaum wanita bertudung, teruskanlah apa yang anda lakukan, dan sekiranya anda masih lagi belum bertudung, jangan berputus asa untuk terus berusaha ke arah itu =) Bukan bermaksud anda "free hair" anda seorang yang jahat atau teruk, tetapi mungkin seruan itu belum sampai kepada anda. 
Ingin saya memetik dari beberapa sumber ilmu bacaan saya iaitu sekiranya wanita itu mendedahkan auratnya kepada para lelaki sehingga menimbulkan nafsu ghairah, anda bukan saja mendapat dosa, malah mengundang banyak perkara buruk. Di samping dosa-dosa itu ditanggung oleh bapa anda bagi yang belum berkahwin, manakala sekiranya sudah berkahwin, segala dosa itu ditanggung oleh sang suami kerana tidak mendidik anda dengan baik. Inikan pula gambar tidak sepatutnya di dalam laman sosial seperti facebook, tweeter, myspace dan sebagainya. Jika perkara yang tidak baik itu, mungkin saja gambar anda dipertonton oleh jutaan lelaki bernafsu 24 jam di seluruh dunia. Bayangkan semasa anda tidur pun mengundang dosa tanpa anda sedari, bagaimana pula jika anda sudah meninggal dunia namun gambar anda terus dipertonton? Suatu bekalan akhirat yang tidak baik bukan? =) Oleh itu, marilah kita sama-sama saling menasihati dan saling membantu ke arah kebaikan.Ikuti kisah perjalanan Catriona dalam edisi "Ini Kisahku" =)


Pendekatan untuk mengubah persepsi masyarakat juga dalam konteks membentuk sahsiah diri wanita bertudung seumpama ini haruslah dengan penuh berhemah tinggi, penuh kesabaran dan penuh rasa hormat =) Wanita adalah bidadari perhiasan dunia, hiasilah para wanita di dunia ini dengan penuh rasa hormat & kasih sayang. Setiap orang berhak untuk diberi peluang untuk berubah dan melakukan kebaikan. Oleh itu, masyarakat tidak perlu memandang serong dan mengadili mengikut kata hati sendiri malah sama-sama  lah kita memberi sokongan & dorongan kepada golongan ini. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan setiap perkara yang buruk itu adalah dari kelemahan serta kekurangan diri saya sendiri.
- Wassalam -
 
~ rizali masri ~
\(^_*)/ 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

3 respons pembaca:

  1. Alhamdulillah..

    Dulu saya dan yati bersekolah sama sebuah sekolah agama di Kelantan.. ya kami mengenali dia dengan nama norhayati nya..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah.. sesungguhnya wanita bertudung & menutup auratnya itu sgt ayu dan indah. kpd para lelaki mari sama2 kita memberi sokongan dan dorongan kpd mereka-mereka yg ingin berubah kpd kebaikan. insyaAllah ~

    ReplyDelete
  3. Saya sokong pendapat awak dalam artikel ni... tapi saya rasa awak mungkin perlu olah kembali supaya lebih menarik..
    maaf apapun awak ada idea yang baik.

    Feel free to visit my website; Tips Puaskan Suami

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here