Ramai antara kita terlalu mencari-cari cinta sejati, namun tidak semua antara kita faham apa yang di maksudkan dengan CINTA SEJATI itu. Ada antara kita bermulut manis segala, tapi bila di uji atau di timpa sesuatu malapetaka, janji tinggal janji. Kegembiraan hanya bersifat sementara dan luaran sahaja. Oleh itu, nasihat saya kepada anda-anda semua, jika ingin mencari cinta, carilah CINTA yang SEJATI yang lahir dari hati dan kerana Allah. Bukannya perasaan yang wujud semata-mata kerana kecantikan, kekayaan, kegilaan, kedudukan, kepopularan dan sebagainya, kerana jika semua itu ditarik balik, anda pasti menyesal seumur hidup =) Seperti yang ingin saya kongsikan di sini gambar pasangan yang pada saya layak di gelar CINTA SEJATI. Pujian dan rasa kagum yang tinggi pada pasangan ini yang mampu menerima pasangan mereka seadanya walau dalam apa jua keadaan sekalipun, demi cinta yang SUCI mereka bersatu juga akhirnya..
"She is one in a billion", itulah ayat yang sesuai digunakan kepada seorang wanita yang hebat ini. Cinta kepada kekasihnya amat mengagumkan. Wanita ini sanggup mengahwini kekasihnya selepas kekasihnya terlibat dalam satu kemalangan tragik semasa bertugas dalam perang di Iraq.
Kita "salute" dan tabik spring kepadanya. Cintanya tidak berubah atau tergugat sama sekali walaupun kekasihnya telah berubah wajah dari seorang yang kacak menjadi seorang yang sangat buruk dan hodoh. Inilah wanita yang berhati dan berjiwa besar. Cintanya yang sangat agung yang jarang ada pada wanita lain ini amat-amat saya kagumi =) Susah kan nak cari insan-insan berjiwa besar seumpama ini..
Sanggupkah anda mengahwini kekasih anda yang dahulunya kacak dan tetapi kini mukanya telah cacat dan hodoh akibat kemalangan yang tak dijangka..? Adakah anda sanggup tidur sebantal dan bangun disampingnya yang muka macam monster sepanjang hayat anda..? Atau pun pada suatu malam anda sedang bermimpi dikejar oleh hantu pocong dan tiba-tiba anda terjaga dari mimpi dan terkejut pula dengan muka suami yang menakutkan di depan muka anda. Adakah perasaan ghairah dan berahi anda akan teransang dengan wajah begini..? Semua jawapan hanya anda sahaja yang dapat menjawab. Itulah yang dinamakan CINTA pada hati yang hakiki, bukannya luaran semata-mata sekadar penyedap mata memandang..
Masih ada lagi ke wanita seperti ini..? Kebanyakan yang dah kahwin pun lari meninggal suami yang baru sakit lumpuh atau jatuh bankrap selepas business gulung tikar, belum lagi yang cacat teruk seperti ini. Jadi sekarang baru anda tahu dan faham akan erti apa itu "Cinta Sejati" setelah melihat pasangan istimewa ini.
Sebelum kemalangan. Pasangan ini merancang untuk berkahwin dan telah berjanji untuk sehidup semati. Kemudian, kekasihnya telah di tugaskan untuk bertugas di perang Iraq .
Dia adalah salah satu wanita di dunia sejauh yang kita boleh melihat. Ini adalah cinta sejati. Bukan..? Tindakan beliau memang wajar di puji.
can i share this story?
ReplyDeletemy pleasure =)
DeleteHanya kasih yang melebihi cinta sahaja yang mempu melalui saat ini.
ReplyDelete