ads top

Rahsia Pemakanan Genius Islam


Rasanya ramai antara kita inginkan kecerdasan otak dan kekuatan daya ingatan terutama kepada mereka-mereka yang sedang menduduki peperiksaan SPM, pereriksaan semester Universiti dan juga para pemikir yang bekerja kuat dan sentiasa memerah otak untuk mempunyai kualiti pemikiran dan kecerdasan otak yang optimum dan sentiasa segar dengan idea-idea baru lagi hebat =) Di sini, ingin saya kongsikan serba sedikit antara petua dan tips amalan pemakanan para-para saintis dan cendekiawan islam terhebat pada masa dulu. Tips yang ingin saya berikan ini adalah merupakan makanan asli yang bukan di proses ke bentuk makanan tambahan (supplement) seperti yang terdapat di farmasi atau guardian berdekatan. Ianya amat bagus untuk anda amalkan terutama mereka yang hendak menduduki peperiksaan =) Teruskan membaca... 



1 - MADU : Raja segala ubat sangat bagus untuk minda yang dapat menghindarkan kepenatan otak untuk berfikir. Pantang = Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu kerana sangat merbahaya.

2 - KISMIS : Mengandungi zat besi untuk membina darah, memastikan oksigen disalurkan ke dalam otak. kekurangan oksigen menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan berfikir. Cara makan yang betul = kemam seperti gula-gula, tidak berkesan jika dikunyah

3 - SUSU SEGAR : Berguna untuk kesihatan otak dan pertumbuhan badan

4 - TELUR : Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan juga menjaga keseluruhan kesihatan.

5 - HALIA : Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. cara makan = Di makan mentah atau dibuat halwa

6 - LIMAU OREN : Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung. (tapi pastikan perut tidak terlalu kosong)

7 - BUAH DELIMA : Untuk penerang hati.

8 - DAGING BURUNG MERPATI : Untuk meningkatkan kecerdasan kanak -kanak

9 - OTAK AYAM : Boleh di buat penawar sementara bagi gigitan ular

10 - DAGING AYAM BETINA : Berkhasiat untuk prestasi otak dan memperbaiki darah

11 - DAGING BIRI-BIRI : Meningkatkan kekuatan hafazan & ingatan

12 - HATI AYAM DAN LEMBU : Untuk kesihatan mental dan fizikal

13 - KEKACANG : Gajus, Buah berangan, Kacang soya, Kacang Pistachio untuk kecerdasan otak

14 - BUAH BADAM : Untuk kecerdasan minda

15 - LABU : Mencerdaskan akal

Selain dari itu, minyak sapi, sayuran dan buah-buahan segar, bunga cengkeh, kemenyan putih, bunga kobis juga boleh diamalkan untuk tujuan daya ingatan dan kecerdasan otak.


KEIKHLASAN adalah rahsia antara Allah swt dan hambaNYA.
Malaikat pencatat tidak mengetahui sedikit pun mengenainya
untuk dapat dituliskannya, Syaitan tidak dapat mengetahuinya
hingga dapat merosakkanya, nafsu pun tidak menyedarinya
sehingga ia mampu mempengaruhinya.
- Junayd al-Baghdadi-

Akhir kata, secara amalan harian pula, saya menasihatkan anda banyakkan membaca, mengimaginasi dan juga melakukan setiap perkara yang di hafal atau ingat. Sentiasa kerap melatih otak anda untuk sentiasa berfikir, jangan takut jika anda terlalu suka berfikir, kerana dengan kerap menggunakan otak anda untuk berfikir, fikiran anda akan lagi tajam, daya ingatan akan lagi kuat serta otak anda akan ligat memproses berbanding anda malas nk berfikir, kerana otak akan menjadi lesu dan susah untuk berfungsi dengan baik =) Semoga apa yang saya kongsikan disini sedikit sebanyak membantu kepada mereka yang memerlukan nasihat dan tips seumpama ini. Lakukakn dari sekarang, insyaAllah akan ada perubahan =) Wassalam ~~




~rizali masri~
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here