ads top

Mana Hala Tuju Warisan Kita

Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957

Tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mengecapi Hari Kemerdekaan dari penjajah. Namun setelah 54 tahun kita meraikan sejarah itu, kini bermulanya dengan kenyataan Mat Sabu, para politik saling bertelagah dan yang paling kusut fikiran adalah para sejarawan negara. Banyak watak-watak baru yang tidak pernah di sebut-sebut kini kian popular. Masing-masing mempertahankan kepentingan masing-masing. Hinggakan semangat patriotik dalam kalangan remaja kini terutama belia kian pudar. Mana tidaknya, apabila kenyataan "negara kita memang tidak pernah di jajah." Kenapa kenyataan seperti itu harus muncul di waktu kini, kenapa tidak ketika dulu..? Adakah kerana ianya fakta atau kepentingan politik semata-mata..? Siapa yang semakin keliru..? Sudah pastinya remaja & generasi akan datang. Yang mana satu hendak dipercaya pun sudah semakin sukar, kekeliruan ini pasti membawa impak negatif kepada negara, dan percayalah bahawa jika persoalan ini tidak dirungkaikan dan diperjelas dengan kadar segera maka negara kita sangat mudah dijajah di masa hadapan dan dalam keadaan bahaya. 


Saya memohon maaf andai artikel ini menimbulkan spekulasi, namun setiap orang berhak untuk mengeluarkan kata-kata dan buah fikiran masing-masing. Situasi ini akan menjadikan remaja kini sudah tidak ada jati diri, mereka lebih terdedah kepada bersikap "atas pagar" kerana pada mereka semua politik tidak betul..! Berkepentingan sendiri semata-mata. Kepada Kerajaan, mungkin ada betulnya jika para pembangkang sering menekankan agar saluran duit rakyat di gunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat sendiri. Elakkan pembaziran dan lakukan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan. 

Buat pembangkang pula, tugas anda memang memperbaiki sistem sedia ada, namun kurangkan sifat fanatik dan bertindaklah secara rasional. Jangan terlalu taksub untuk menang hinggakan adakala, tindakan anda sangat-sangat kurang waras dan keterlaluan. Bertindaklah mengikut akal, dan sekiranya kesalahan parti politik lain, tegurlah dengan cara berhemah bukan dengan memaki hamun dan menjatuhkan mereka, kerana apa..? kerana anda juga sama seperti mereka, mengejar kuasa untuk memimpin. Jika itu fenomena di  negara ini, maka tidak akan selesai lah persengketaan sesama kaum melayu yang akhirnya akan menguntungkan kaum lain yang melaga-laga kan kita.

Ini adalah antara lagu warisan yang pernah saya dengar ketika di bangku sekolah semasa darjah 3. Kata-kata yang cukup memberi peransang untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Hinggakan melahirkan semangat juang yang tinggi untuk memajukan diri. Perjuangan yang ditekankan adalah perjuangan untuk memajukan diri sendiri. Hayati lirik kata-kata lagu ini ~ (*sila pause mp3*)


Namun kini, apa yang berlaku adalah sangat sebaliknya, mungkin ada betulnya dari lirik lagu yang baru ini, ada juga kenyataan yang saya sokong betulnya. Cuma kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Remaja kini suka menyanyi dan mengikut apa yang mereka nampak. Lagu yang penuh makna dan perjuangan dalam diri ini diperlekeh dan menjadi mainan perasaan. Rasa-rasanya, jiwa patriotik dan semangat cintakan negara sudah tidak disemai dalam jiwa remaja kini. Tidak mustahil satu masa nanti remaja akan bertindak liar sama seperti apa yang berlaku di United Kingdom. Rusuhan yang dicetuskan oleh para remaja. Lagu yang telah diubahsuai. (*sila pause mp3*)


Bangkitlah wahai bangsa ku, apa pun jua fahaman politik dan kepentingan mu, jaga lah bangsa kita sebaik mungkin. Semangat cintakan negara telah kian pudar, andai sudah tiada lagi sambutan Hari Kemerdekaan, andai tiada lagi orang percayakan sejarah, maka di mana bermulanya tamadun Malaysia, andai tidak ada siapa lagi rasa tergugat jika negara ini pecah belah dan berlaku pergolakan maka sangat mudah kita di jajah semula. Baik Kerajaan mahupun Pembangkang, saya kurang menyokong anda. Jika anda semua saling mencari salah antara satu sama lain dengan hamburan caci maki dan  sepak terajang di khalayak ramai, generasi yang sedang membesar ini hanya memerhatikan tingkah laku anda. 

Perang saraf kian bermula ~ minda kita pula yang sedang di jajah, kemerdekaan negara hanya pada kertas sejarah, buku-buku sejarah dirombak semula, remaja kian liar dan keliru, akibatnya tiada apa yang hendak diwariskan dan diperjuangkan..! Satu petanda buruk buat kita semua bila mana satu hari nanti kita mengemis dan dijajah di tanah air tercinta sendiri.

Oleh itu jika keruntuhan akhlak dan tindakan luar biasa mereka di masa akan datang, andalah yang harus dipersalahkan. Saya tidak memperjuangkan mana-mana fahaman politik, maaf jika ada pihak terasa, tetapi saya memperjuangkan nasib generasi di masa akan datang, apa yang hendak saya ceritakan kepada anak cucu saya kelak..?  Andai sambutan Hari Kemerdekaan tidak di sambut lagi, adakah sambutan "Valentine Day" yang harus mereka sambut..? Bila anda semua sibuk untuk parti politik masing-masing menang sewaktu pilihanraya akan datang,  bila masanya anda  hendak berfikir untuk memajukan bangsa dan masa depan generasi kita akan datang..? Tumpuan sewajarnya harus di tekankan kepada pelapis negara akan datang. Jika dari sekarang mereka sudah keliru dan tidak berpaksikan kepada sejarah lama, mungkinkah mereka akan merujuk kepada sejarah yang "baru"..? Sama-sama fikirkan ~ 

wassalam..


~ rizali masri ~
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here