ads top

Selongkar Erti 111111

Hari ini 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat. Sungguh unik tarikh ini kan.. tapi ramai tak antara kita yang ingat tarikh hari ini dalam kalendar islam..? Di sini saya kongsikan, hari ini dalam kalendar islam bersamaan 15 Dzulhijjah 1432H. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dilimpahi Kurniaan-Nya untuk terus bernafas dan menikmati nikmat hidup di bumi Allah ini. Tarikh unik ini hebat diperkatakan sehingga penuh di wall facebook, twitter dan mana-mana laman sosial termasuk di blog dan media.

Sungguh tidak dinafikan tarikh ini begitu menarik. Namun, walau ianya nampak cantik di mata tapi ia sebenarnya tiada yang istimewa sangat & tak la sehebat mana. Ia juga amat jauh sekali jika nak dibandingkan dengan kehebatan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Inilah anugerah yang diberi Allah kepada ummat Islam namun ramai yang memandangnya sebelah mata dan buat tak layan. Dalam sains astronomi, tarikh ini cuma dianggap istimewa kerana ianya muncul setiap 100 tahun sekali. Oleh itu ramai yang menjadikan  hari ini 11.11.11 sebagai hari istimewa mereka.

Di sini saya kongsikan sebuah hadith di ambil dari Sunan Abi Daud, jilid pertama (hadith ke 1046) buat tatapan kita semua.


Maksud: Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu baginda diturunkan ke bumi, dan pada hari itu taubatnya diterima, dan pada hari itu baginda mati. Dan pada hari itu pula terjadinya hari Kiamat. Tiada satu pun haiwan melata kecuali menunggu hari Kiamat pada setiap hari Jumaat, semenjak pagi sehingga terbenam matahari, kerana takut pada hari Kiamat, kecuali jin dan manusia. 
(Disahkan oleh al-Albani)

Bila sebut je tarikh keramat, angka dijadikan ukuran. Jangan kita terperangkap dengan amalan mereka yang bukan Islam. Mereka hanya terpesona apa yang cantik di mata sahaja tapi ianya tiada apa-apa makna. Hanya untuk kepuasan diri, kesedapan hati dan keriangan yang diciptakan sendiri. Hakikatnya tiada apa-apa yang nak dibangga, hanya seronok dan bahagia untuk beberapa ketika. Dan perlu diingat, jangan terpengaruh dengan budaya barat yang kononnya tarikh 111111 ini sungguh KERAMAT hingga membuat ramai antara kita terlalu obses dan fanatik sampai ada yang merancang untuk menyambutnya secara penuh makna dan besar-besaran, ada yang mengadakan majlis pertunangan, isytihar "couple", enjoy sakan, tak kurang juga yang menanti dengan penuh debar untuk melangsungkan perkahwinan yang sekian lama dirancang. Sangat cantik bukan tarikh ini, cuma saya nasihatkan sambutlah tarikh ini seperti biasa dan jangan terlalu ALPA dan FANATIK.

~ Hal ini adalah kerana tidak semua antara kita faham akan erti 111111 yang sebenar, di sini saya kongsikan ~


Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia. Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.

Simbolik angka 111111

Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.

Angka 1 sebanyak 6 kali simbolik
Al Masih dan Iblis.

Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.

 Lukisan Signorelli menunjukkan 
hubungan Lucifer dengan Antichrist.

Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);
Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)
Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath

Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.

Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez
‎”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)
Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.

Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!

Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry

Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.

Rajah dan penerangan maksud-maksudnya.

Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.

Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.

Berpeganglah pada Al-Qur'an nescaya kamu tidak akan sesat dunia akhirat. Sekadar perkongsian yang dapat saya rungkaikan untuk kefahaman dan maklumat bersama. Semoga di Hari Jumaat, penghulu segala hari yang mulia ini kita dapat melakukan satu azam baru dan perubahan baru dalam diri khususnya ke arah kebaikan. Lakukan sesuatu dengan ILMU, jangan mengikut sesuatu budaya tanpa kita tahu tujuan sebenarnya, jadilah manusia yang bijak berfikir demi agama, bangsa dan negara yang kita cintai. Salam Jumaat & selamat menunaikan solat jumaat. Wassalam


~ rizali masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here