ads top

Teknik Menjana Otak Lebih Cerdas & Cerdik


Otak manusia adalah satu kurniaan yang sangat tidak ternilai harganya. Manusia juga yang turut dikurniakan akal fikiran menjadikan diri kita makhluk paling tinggi di muka bumi ini. Oleh itu, kita memang seharusnya menggunakan akal fikiran dan menjaganya sebaik mungkin. Sebut tentang otak, sememangnya ramai yang inginkan otak mereka cerdas, cergas dan cerdik. Disini saya kongsikan beberapa tips dan kaedah untuk meningkatkan tahap kecerdasan otak anda. Diharap maklumat ini berguna kepada semua golongan terutama mereka yang sedang dibangku sekolah dan mencari kaedah untuk membantu mencerdaskan otak =)

Para ilmuwan dari University of California, Berkeley, AS, pernah meneliti otak tikus. Mereka menemukan, otak tikus tumbuh sebesar 4 peratus apabila tikus-tikus itu dipaksa menjalankan tugas mental setiap hari, contohnya seperti mencari jalan keluar dari lorong yang berliku, memanjat tangga, dan berkomunikasi dengan tikus-tikus lain. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana perkembangan otak ketika sesuatu makhluk itu dalam keadaan berfikir dan mencari jalan penyelesaian.

"So, kenapa nak samakan otak kita dengan otak tikus..!!??",  well, itulah peranan akal kita untuk berfikir dan mengkaji =) sedangkan otak tikus saja mampu dilatih untuk tumbuh dan berkembang baik, apalagi otak manusia. Jika semakin dilatih, otak kita pasti kian tajam dan berfungsi dengan sangat baik. Kehilangan daya fungsi ingatan dalam jumlah tertentu pada usia kita berapa pun adalah wajar, sama seperti terjadinya perubahan pada organ tubuh lain. Yang penting, jangan malas untuk rajin melatih otak kita agar daya fungsi ingatan tetap kuat sepanjang masa. Sentiasa berfikir dan sentiasa menggunakan otak untuk berfikir adalah satu kaedah untuk membina kecerdasan otak anda, perumpamaan yang mampu saya berikan adalah seperti enjin kereta yang sentiasa diguna dengan enjin kereta yang terlalu lama disimpan didalam garaj, apabila anda paksa untuk bergerak pastinya kereta itu akan meragam kalau tak dipanaskan enjin dulu.

Antara tips bagaimana meransang otak anda menjadi lebih cerdas :

1. Latih kemampuan mengamati
Perhatikan lingkungan sekitar, rakam dalam fikiran apa yang anda lihat, mulakan dari yang paling sederhana dan diteruskan dengan pemerhatian yang lebih rumit.

2. Asah pancaindera
Mampu dilatih dengan membezakan rasa makanan yang disukai dan yang tidak. Menyedari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar anda.

3. Cuba hafal nama rakan-rakan dan pasangkan nombor telefonnya
Ada berapa yang mampu diingat, teruskan latihan supaya anda mampu mengingat dengan lebih banyak.

4. Pelajari sesuatu yang baru
Banyak membaca dan berkenalan dengan perkara-perkara lain yang mungkin bukan bidang anda, antaranya seperti bahasa asing, pengetahuan tentang bahasa komputer, dan lain-lain. Teknik ini mampu membantu otak anda untuk menganalisa fikiran dan menghantar input ke otak bahawa ada sesuatu perkara dari aktiviti lain sedang berlaku.

5. Gunakan tangan supaya mengikuti petunjuk otak
Misalnya anda bermain gitar, mengubah dan menggunting pokok bonsai dari imaginasi anda, mengerjakan prakarya dari kayu, atau berlatih menulis tulisan halus. Perkara ini melatih otak anda untuk mempunyai daya imaginasi dan visi yang tinggi. Kemampuan anda berimaginasi terhadap sesuatu yang anda bayangkan dan mendapat hasil seperti apa yang anda imaginasikan.

6. Tekuni hobi anda
Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi anda. Hal ini kerana jika anda meminati hobi anda, setiap perbuatan terhadap hobi itu akan terfokus pada perkara yang anda lakukan. Ada ketikanya, sewaktu anda melakukan hobi bermain gitar misalnya, tiba-tiba anda mendapat ilham untuk mencipta satu lagu baru. Perkara seumpama itu berlaku kerana otak anda bukan saja mampu menerima input yang anda sampaikan malah ianya mampu berfungsi sendiri dengan baik. Kekalkan momentum itu sekiranya ada pada diri anda.

7. Jangan manjakan diri anda dengan makan suap
Apa yang saya maksudkan disini adalah bagaimana anda melatih otak anda untuk terus berfungsi dengan baik sekali. Kebiasaannya sewaktu anda ingin memasak di dapur, anda akan memasak mengikut bahan yang telah anda beli di pasar. Dan sekiranya bahan itu tiada atau terlupa hendak dibeli, anda sudah tidak dapat memasak dan terpaksa pergi semula ke pasar untuk memasak. Cuba anda terbalikkan situasi ini, dengan melihat bahan masakan, baru anda fikirkan apakah menu yang sesuai dari bahan-bahan yang ada =)

8. Hafalkan sesuatu yang anda sukai 
Ianya mungkin seperti sebuah puisi, bait lagu, kalimat dari sebuah buku atau kata-kata seseorang. Mungkin juga anda usahakan agar kalimat yang digunakan adalah dalam bahasa asing. Boleh saja anda menghafal sebuah lirik lagu "Gun & Roses" walaupun anda tidak faham apa maksud liriknya bukan. Adalah lebih baik jika anda mampu menghafal ayat-ayat Al-Quranul Qarim =)

9. Menghafal urutan angka berderet panjang, misalnya 32145687390282930498
Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat jangka pendek. Lakukan dengan mengkelompokkan atau memecah bilangan itu menjadi beberapa bahagian, misalnya seperti 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir 930498. Ini juga antara sebab kenapa "top up card" untuk telefon bimbit anda dibahagi kepada beberapa bahagian nombor. Supaya anda mudah faham dan hafal.

10. Ingat perjalanan peribadi
Apa yang sedang anda kerjakan satu jam lalu, minggu lalu pada hari Rabu pukul 10.00, misalnya, dengan siapa, di mana, dan seterusnya. Kebiasaannya kita tidak mampu mengingat segala memori silam kecuali ianya memberi sesuatu makna atau kenangan dalam hidup anda, oleh kerana itu anda mampu mengingat, tapi bagaimana pula dengan memori lain..? Anda lupa adalah kerana ianya tidak ditekan dalam kotak memori otak anda.

11. Ingat dan teliti wang pengeluaran harian
Apa yang anda beli semalam..? Berapa wang yang ada dalam dompet anda sekarang dan bila terakhir kali anda mengambil wang tunai dan seterusnya.

Latihan-latihan seumpama ini akan memungkinkan sel otak anda akan tetap aktif dan jaringan penghubung antara sel-sel otak semakin rapat. Kegiatan mental yang bertindak akan meningkatkan jumlah litar pintas aktif atau sinapsis dalam otak. Semakin banyak litar pintas berlaku, semakin banyak perhubungan dan integrasi sel, maka makin besar lah kemampuan otak anda untuk mengingat dan cerdas.
 
Selain itu, perbanyakkan aktiviti berbentuk soalan, kerapkan menjawab soalan berbentuk subjektif dan lakukan 5W1H ( What, Why, Who, Where, When, How). Lakukan simulasi permainan yang mana memungkinkan daya ingatan dan kecerdasan otak anda untuk mampu berfikir diluar kotak. Terlalu banyak untuk saya kupas sekiranya ingin diterangkan disini. Bagaimana caranya..? Sertai seminar saya "Revolusi Minda" dan disitu anda akan dilatih dan di ajar bagaimana menjana minda dan otak yang cerdas serta teknik-teknik penting sebagai asas menjadikan anda seorang yang kreatif dan inovatif. Teknik TRIZ, simulasi, i-think,  BSUR, creative innovative, puzzle, dan banyak lagi..! Sesungguhnya, mempunyai otak yang cerdas dan cerdik adalah impian ramai orang. Dari situ anda akan dapati bahawa diri anda mula dihargai dan diperlukan oleh ramai pihak samada dari tempat kerja anda sekarang mahupun dalam kehidupan seharian =)

Semoga dengan sedikit penerangan ini mampu menjadikan anda antara salah seorang yang unik, kreatif dan inovatif. Terutama kepada pelajar dan lepasan sekolah yang masih ragu-ragu akan potensi diri anda, akan ke mana hala tuju anda, dan juga apa kelebihan terpendam dalam diri yang anda sendiri tidak pasti. Sertai seminar saya iaitu "Revolusi Minda" yang banyak saya tekankan dalam pemikiran anak-anak yatim dalam seminar amal (charity) yang lepas-lepas. Otak dan akal fikiran adalah satu kurniaan yang sangat bernilai dalam kehidupan. Hargai dan sayangi otak anda =) Sekian.

~ wassalam ~



~ Rizali Masri ~
\(^_*)

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

2 respons pembaca:

Hi everyone .. please leave your comment here