ads top

Bila Malas vs Malas


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang amat saya hormati lagi kasihi sekalian. Memandangkan usaha saya selama 3 hari belajar sendiri tentang 'code programming' dan baca satu persatu di internet tentang ilmu baru ini untuk upgrade sedikit blog saya, akhirnya usaha saya hampir berjaya =) walaupun ianya tidaklah terlalu canggih dan secantik mana, namun saya berpuas hati dengan usaha yang saya lakukan. Ianya tanpa mengikuti kelas IT, seminar ataupun perbelanjaan yang besar cuma berbekalkan sebuah usaha, ketekunan dan paling penting ialah sebuah kesabaran. Bukan semua orang pandai belajar bahasa komputer ni, semuanya kod dan nombor sahaja, oleh itu memang terlalu banyak kesilapan dan anda harus lakukan "try and error" berpuluh-puluh kali. Akhirnya saya telah berjaya melawan sikap malas saya secara tidak langsung.

Malas ini sebenarnya sikap normal. Ia akan menjadi sikap yang kurang normal apabila kita lebih banyak melayan rasa malas dari melayan rasa keseronokan bekerja ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau aktiviti berfaedah. Setiap orang ada tahap kemalasannya tersendiri. Tak kiralah tahap malas kita tu di tahap tinggi ke, rendah ke, sederhana ke, yang penting sekarang ni kita kena fahami badan kita ni macamana. Apabila kita merasa malas, mengantuk dan kurang bertenaga, sebenarnya tubuh badan kita sedang memberitahu kita sesuatu. 

Biasanya, rasa malas berpunca dari perjalanan darah yang kurang lancar.
 
Dari situ, kita merasa mengantuk, kurang bertenaga, moody dan seakan-akan terasa nak tidur saja. Teknik terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan:

1. Membuat regangan otot badan terutama bahagian leher, bahu dan pergelangan lutut. (bagi anda yang bekerja di depan komputer sepanjang masa juga jangan lupa regangkan otot-otot tangan dan juga senaman mata anda.)

2. Aktif bergerak, berjalan dengan pantas, menarik nafas dalam-dalam dengan kerap dan hembus dengan kuat. Tarikan nafas yang kuat akan sampai ke dalam otak dan memberi oksigen kepada otak anda untuk berfungsi dengan baik semula.

3. Kadangkala juga ketika anda mula merasa bosan atau malas untuk melakukan sesuatu kerja yang sedang anda lakukan, cuba lari dari kerja itu sebentar, keluar di tempat yang lapang samada menghirup angin luar yang segar dan memandang permandangan yang berwarna hijau kerana warna hijau akan memberikan ransangan positif kepada otak. Kiranya "take five" seketika untuk 'refresh' semula.

Pergerakan fizikal seperti diatas ini akan membuat aliran darah dalam badan anda bergerak lancar. Kemudian, anda akan merasa lega, pernafasan anda teratur, penglihatan anda tajam, fikiran anda terfokus dan tiba-tiba anda merasa bersemangat semula.

Jika anda kerap menggunakan komputer/laptop, anda akan cepat diserang kemalasan sebab hanya jari-jemari anda saja yang bergerak. Mata juga akan mula letih dan pedih, oleh itu cuba keluar dan cuba memandang permandangan yang paling jauh mata anda mampu pandang, kemudian angkat tapak tangan dan kemudian tumpukan mata anda pada tapak tangan, lakukan dua pandangan jauh dan dekat itu selama beberapa kali. Ini adalah satu senaman mata yang mana akan melegakan urat-urat mata anda. Satu lagi tips melegakan urat mata yang ingin saya kongsikan disini adalah dengan memejamkan mata, kemudian dalam keadaan pejam cuba anda pandang ke kiri, kanan, atas dan bawah, ada ketikanya anda akan merasakan mata anda sakit. Itu kerana urat mata anda tegang dan letih. Oleh itu, cuba lakukan senaman mata ini juga ya =)

Anda akan merasa lebih bersemangat selepas itu. Latihan asas ni adalah cara paling baik untuk membangkitkan motivasi dalam diri anda  dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Sekali lagi saya ingatkan, apabila anda melawan sikap malas, anda akan semakin kalah. Sebaliknya, tumpukan pada usaha merajinkan diri membuat sesuatu yang anda minat dahulu. Lama-kelamaan rasa malas dan sikap malas tu akan hilang dengan sendirinya langkah demi langkah.

Sikap malas boleh diatasi dengan keadaan emosi anda yang ceria, gembira dan bersemangat. Oleh itu anda akan tekun untuk melakukan kerja yang anda lakukan itu tanpa menghiraukan waktu makan, tidur dan keluar bersama kawan. Jika anda malas, mula fikirkan pada perkara apa yang pasti akan menarik minat anda. 

Langkah paling terakhir jika semua saranan di atas semua tidak berkesan, saya syorkan anda untuk main permainan seperti bersukan, futsal, dan "computer game". Main sehingga anda bosan, lama kelamaan pasti anda akan rajin semula =) selamat mencuba. Saya kongsikan kepada anda kerana saya sendiri telah melawan sikap malas saya dengan meng"upgrade"kan blog saya ini. Walaupun saya malas untuk keluar rumah, tetapi banyak ilmu baru yang telah saya fahami dan pelajari dan pastinya ianya sangat berguna buat diri saya. Sekian, Wassalam ~




~ Rizali Masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here