ads top

Tips Rambut Perang Ke Hijau


Ada sesiapa idamkan rambut anda menjadi hijau..? Sudah pastinya ramai yang teruja dengan fesyen rambut sekarang iaitu, mewarnakan rambut. Ada bermacam-macam warna, perang, purple, biru, hijau, merah, tapi tak ramai pula wanita asia yang suka ke saloon untuk warnakan rambut anda kepada putih. LOL..!! Fesyen terkini katanya, tapi yang ada dah macam rambut ayam serama, rambut warna itik pun ada. Papepun kat sini saya nak nasihat kepada semua mereka yang berhajat besar untuk warnakan rambut kepada warna-warna bukan-bukan tu, baik tak usah lah.. "natural beauty" lagi indah di pandang mata =) So ini sedikit berita yang dapat saya kongsikan kepada semua pembaca tentang rambut gadis ini yang bertukar menjadi hijau selepas mandi.  

STOCKHOLM - Rambut berwarna pastinya sudah menjadi satu trend kini, dan bagi beberapa perempuan muda, rambut berwarna hijau tentunya menjadi kebanggaan mereka. Tetapi apabila warna rambut itu tidak diinginkan dan tidak boleh ditukar, tentunya membuat anda menyesal.

Sekelompok wanita di Sweden terkejut apabila rambut perang yang mereka jaga selama ini, berubah dalam sekejap menjadi warna hijau. Perubahan ini terjadi ketika mereka sedang mandi. Demikian diberitakan News Lite, Rabu (21/12/2011).

Mereka yang panik dan menyedari perubahan rambut menjadi hijau,  akhirnya mengkaji sumber aliran air ke rumah mereka dan mendapati air itu mengandungi tembaga yang cukup tinggi. Tetapi ketika diselidik,  kandungan tembaga pada aliran air rumah itu tidak memiliki masalah yang mampu merosakkan manusia.

Petugas kebersihan air yang mencari punca sebenar penyebab kepada perubahan warna air itu akhirnya mendapati bahawa air panas yang digunakan wanita ini ternyata membuat lapisan tembaga pada paip air mengelupas dan memberi kesan sampingan pada warna rambut wanita tersebut. 

Secara tidak sengaja, tindakbalas antara air panas dan tembaga itu bereaksi dan membuat air berubah kepada berwarna hijau. Akhirnya, wanita-wanita ini terpaksa mandi dengan air yang sejuk agar rambut mereka tidak lagi menjadi hijau. Maksudnya kalau wanita-wanita ini nak jadikan rambut mereka bertukar kepada hijau semula, mereka pastinya akan mandi air panas yg mengandungi tembaga ini beramai-ramai..

Ini adalah kes rambut menjadi hijau akibat tindakbalas air dan tembaga dalam saluran paip, tapi bagi anda yang sediakala mengidamkan rambut menjadi unik dan hijau secara sengaja, saya sarankan agar anda meniru gaya seperti di bawah ini =) Haaa..cantik kan..? ala-ala monster yang baru turun dari planet nami..!!



 Tak payah nak susah-susah warnakan rambut, nanti bila dah tua for sure rambut korang tu semulajadi bertukar jadi warna putih, FREE lagi =) Bersyukur dengan warna rambut semulajadi lagi cantik.


wassalam



~ Rizali Masri ~
\(^_*)/



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here