ads top

Tips Merangsang Kecemerlangan Diri


Rata-rata antara kita semuanya inginkan kejayaan. Kita adalah apa yang selalu kita fikirkan. Kita tidak akan menjadi hebat andai kita tidak pernah berhasrat untuk menjadi hebat. Percayakah anda dengan kelebihan akal dan minda yang kita ada ini kita sebenarnya mampu untuk melakukan jauh berjuta-juta kali ganda daripada apa yang kita lakukan sekarang..? 

Faktanya, sel-sel neuron yang tersimpan di dalam memori kita ini ada berbilion-bilion banyaknya. Kajian yang terkini mendapati bahawa ianya sudah mencecah ke angka trillion..! Anda juga hanya memerlukan 3 atau 4 sel neuron sahaja untuk menyamai kehebatan memori sebuah komputer yang tercanggih di muka bumi ini. Hakikatnya, komputer itu sendiri adalah sebuah mesin ciptaan manusia. Tidakkah benar jika saya katakan bahawa kita mampu untuk melakukan jauh lebih berharga dan hebat daripada apa yang kita  sering sangkakan sebelum ini..?

Oleh itu, kenapa kita tidak pernah terfikir untuk memaksimakan penggunakan kuasa minda terbesar yang telah sedia kita ada pada diri kita ini..?

Tarikan Dan Rangsangan Positif

Adakalanya kita selalu merasa bosan, kadang-kadang merasakan hidup ini bosan, tidak bermaya dan kurang bererti adalah lantaran kurangnya perancangan yang bersikap positif dalam hidup. Isikan segenap masa di dalam ruang hidup dengan pelbagai aktiviti yang benar-benar merangsang minda. Banyakkan berfikir dan mengkaji. 

Dengan membaca juga kita akan gunakan minda kita untuk berfikir. Dalam melihat isi alam yang penuh misteri ini juga kita mampu untuk berfikir. Berfikir dan terus berfikir adalah sifir besar untuk terus membentuk rangsangan aktif daripada luar. Dengan berfikir kita akan sentiasa ingin mengkaji dan mencari jawapan, nescaya semakin kita mengkaji dan mendalami ilmu, semakin banyak perkara kita sedari masih tidak tahu. Ilmu itu tiada penghujungnya, secara tidak langsung tanpa sedar kita telah mengisi masa kita dengan pelbagai ilmu baru dan tarikan positif.

Kestabilkan Emosi Dalam Tindakan 

Emosi adalah antara perkara yang kita selalu tidak perasan. Emosi sering berkait rapat dengan natijah dan hasil yang kita peroleh. "Cause and effects". Anda tidak akan jadi hebat, awak tidak akan mampu untuk menjadi seorang yang benar-benar digelar ‘luarbiasa’ sekiranya anda masih gagal dalam mengenal ruang emosi anda. Ruang emosi biasanya cabaran-cabaran getir dan mendalam dalam kehidupan seseorang,  antaranya dugaan yang sangat luarbiasa dan berat, ujian yang sangat menguji kesabaran anda. 

Gunakanlah peluang ini untuk menguji dan melihat sejauh mana kekuatan diri anda. Siapa anda dan di mana anda sekarang,  maka lihatlah bagaimana emosi anda dikawal tatkala itu. Pada ketika anda mengawal situasi seumpama ini, emosi anda memainkan peranan yang sangat penting, setiap tingkah laku anda bergantung kepada kekuatan emosi anda, sebab itu kita tengok ada yang kecewa kerana cinta sahaja sanggup bunuh diri. Ada yang diuji terlampau teruk tapi masih mampu bersabar dan menempuh dugaan hidup dengan tenang. Nampak kan perbezaannya..?

Kuatkan Azam Dan Tekad 

Anda akan benar-benar menjadi apa yang anda impikan di dalam hidup ini sekiranya anda punya azam, cita-cita, hasrat dan impian yang benar-benar kuat dan jelas. Angan-angan yang main-main selalunya akan menghasilkan keputusan yang main-main juga. Jadi, mulai saat ini, jadikanlah setiap hajat dan matlamat anda itu suatu misi  dan visi yang wajib dikejar. Kejarlah bersungguh-sungguh. "Jika kau fikir kan kau boleh, kau pasti mampu melakukan"..! 

Itulah slogan yang mudah tetapi memberi impak yang luarbiasa, jika anda berdoa, pastikan doa dan hajat anda juga jelas dan nyata. Kebiasaannya, jika kita mengimpikan sebuah kereta BMW 5 Series misalnya, impian anda telah ditetapkan dan percaya tak anda bahawa tanpa sedar segala perlakuan, pemikiran dan tindakan kita akan ke arah matlamat itu. Ini kerana segala impian telah di set dengan jelas maka minda anda telah mempunyai matlamat yang bertindak tanpa kita sedar.

Jangan Berputus Asa & Kuasa Doa
 
Ramai mereka yang mengejar kejayaan sering kecundang dan lelah untuk terus mencuba. Berusaha dengan melakukan yang terbaik, berdoa tanpa putus dan bertawakal kepada Allah SWT. Itu adalah 3 asas yang utama harus anda terapkan dalam diri. Satu kisah yang ingin saya kongsikan sewaktu saya masih di darjah 3, seorang ustazah telah menceritakan kepada saya betapa pentingnya kuasa DOA. Ketika zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat memiliki paras wajah yang hitam legam dan sering diejek oleh ramai orang hingga beliau malu. 

Beliau selalu berdoa kepada Allah untuk memutihkan wajahnya yang terlalu hitam itu setiap kali selepas solat dan disapukan pada mukanya yang hitam itu. Sehingga satu ketika beliau telah berputus asa untuk terus berdoa kerana doa-doanya tidak pernah dimakbulkan. Saat beliau telah berputus asa untuk berdoa pada kali yang ke-99, selesai sahaja solat, beliau berdoa untuk terakhir kali dan menyapu kedua tangan doanya pada tiang dalam masjid yang pudar dan lusuh. Alangkah terkejutnya sejurus disapukan tangan pada tiang, tiang itu bertukar warna berseri-seri dan bersinar..!! Itulah bukti kekuasaan dan kebesaran Allah, akhirnya beliau menangis dan menyesal kerana telah berputus asa kerana Allah memakbulkan doanya pada ketika beliau telah berputus asa. Andai saja beliau tetap sabar dan menyapukan doanya itu pada mukanya sendiri. Pastinya beliau antara insan yang paling bersyukur. Sama-sama kita renungkan..


~ Wassalam ~





 ~ Rizali Masri ~
\(^_*)/
    Share on Google Plus

    Tentang Rizali Masri

    RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

    0 respons pembaca:

    Post a Comment

    Hi everyone .. please leave your comment here