ads top

Tips Elak Tidur Waktu Belajar


Ramai antara kita sering mengalami masalah mengantuk ketika sedang belajar di dalam kelas, tetapi cergas pula apabila loceng tamat kelas berbunyi. Godaan syaitan yang bergayut di depan mata biasanya aktif pada saat anda sedang tanamkan azam untuk rajin belajar dan membaca. Namun, disini terdapat beberapa kaedah dan tips agar dapat membantu adik-adik dalam mengurangkan masalah mengantuk ini kerana setiap ilmu di dalam kelas adalah berguna untuk masa depan. Oleh itu, ikuti kaedah ini supaya sedikit sebanyak ianya membantu anda agar cergas dan cerdas sentiasa terutama di dalam kelas. Ingatlah kerana usia kita hanya datang sekali sahaja, jangan sia-siakan segala ilmu yang dipelajari kerana ia berguna kelak..! =)

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar 

Pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat 

Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek 

Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup  

Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong  

Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah buahan segar selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian. Seperti yang kita lihat, kaum cina sangat suka membawa sebotol air mineral sewaktu mereka belajar dan ke mana-mana. Apabila haus, diminumnya sampai habis.

6. Ingat emak ayah  

Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak study ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.

7. Fokus dan Tumpu

Ramai antara pelajar tidak fokus pada apa yang sedang dipelajarinya, mereka akan lebih bermain-main dan ketika sedang membaca keluar sama fikiran lain seperti bermain bola dan aktiviti luar seperti teringat couple yang hendak keluar 'dating'. Tumpukan perhatian sekurang-kurangnya 2 jam pertama dan fahami serta masukkan dalam memori ingatan agar rasa mengantuk hilang kerana otak dalam keadaan aktif berfikir.

8. Minat Terpaksa Idolakan Seseorang

Apabila anda minat, anda akan melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh dan akan melakukan dengan rela hati tanpa disuruh atau dipaksa. Oleh itu, tanamkan minat pada subjek yang hendak dipelajari terlebih dahulu, terapkan rasa minat pada subjek yang dipelajari dan cuba idolakan seseorang yang mampu membuat anda minat subjek itu. Contohnya seperti anda sangat sukakan cikgu @ pensyarah yang mengajar kerana dia sangat baik dan inspirasi untuk galakkan anda semakin rajin, ada seseorang di dalam kelas yang sering membuat anda ingin datang awal dan ingin berjaya sama seperti dia. Cuba cipta keselesaan ruang belajar anda sendiri kerana dengan perkara seumpama ini mampu menjadikan anda terpaksa pergi kelas, namun akhirnya minat untuk belajar itu akan lahir sendiri =)

9. Teknik 20-80

Di sini ingin saya kongsikan konsep 20-80 yang agak praktikal dan mudah. Adalah lebih baik anda luangkan 20% masa untuk belajar di dalam kelas tetapi anda gunakan 80% daripada 20% peratus itu untuk fokus, menghafal, bertanya dan faham semuanya. Kemudian gunakan 80% dari baki itu untuk bermain, bersukan, rehatkan minda dan tidur dan hanya gunakan 20% dari 80% itu untuk belajar. Biarpun orang melihat anda banyak bermain, tetapi anda menghabiskan banyak masa di dalam kelas dengan sangat berkualiti sebenarnya. So taklah terlalu penat study siang malam pagi petang bawa buku ke hulu ke hilir tapi result exam tetap teruk. Kesan psikologinya, mood dan minat anda akan menurun dan akan cepat bosan. So, make it simple..!! Cuba praktikan konsep 20-80 ini ya =)


~ Wassalam ~


~ Rizali Masri ~
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here