Terokai Peluang Perniagaan Orkid



Salam kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, satu program khas inisiatif saya sendiri dalam menggerak modal insan para belia agar mampu berdikari dan berwawasan seiring hasrat negara. Saya membuka ruang dan peluang kepada anak muda khususnya, menceburkan diri dalam perniagaan orkid secara kecil-kecilan hanya dari rumah. Dengan ilmu dan pengalaman saya sendiri memulakan perniagaan 'Orkid Bonda' ini secara kecil-kecilan pada awalnya, dan kini saya mampu tersenyum melihat hasilnya disamping menjana pendapatan sampingan buat bonda saya di kampung. Disini, satu Kursus Asas Keusahawanan Orkid yang memberi peluang dan ruang kepada belia, ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa untuk mempelajari teknik, business model, tips yang berguna dan praktikal dengan modal permulaan yang sangat kecil tetapi mampu memberi pulangan lumayan.


Modul Kursus :

- Asas Memulakan Perniagaan
- Potensi & Peluang Perniagaan Orkid
- Teknik Penjagaan dan Penanaman Orkid
- Nursery Rumah vs Nursery Cina
- Business Model Paling Efektif
- Sudut Kreatif | Produk Berasaskan Orkid 
- Produk | Orkid Segar, Aksesori & Gubahan
- Strategi Memulakan Langkah Pertama
- Modal | Modal Kecil vs Pinjaman
- Kewangan Untung Rugi
- Kajian Pesaing & Pasaran
- Video Ladang & Tanaman Orkid
- Pelan Pemasaran
- Rahsia Psikologi Orkid
- Rancangan Perniagaan
- Brosur Potensi Orkid
- Praktikal Menanam Orkid & Jualan
- Potensi Diri Keusahawanan
- Rahsia dan Tips Kejayaan Di Kongsi 

Kelebihan :
Peserta yang layak, mempunyai peluang untuk menjadi agen jualan di tempat anda berada di mana saya akan menjadi pembekal orkid, sabut, arang, baja, bunga orkid  serta banyak lagi dan menjadi pembimbing perniagaan anda. Peluang hanya terbuka kepada peserta yang mengikuti kursus asas keusahawanan orkid ini sahaja.

<Nama>, <Alamat>, <No Hp>, <Emel>

SMS butiran anda ke 013-7292559 atau emelkan ke metafora.global@gmail.com sebelum 16hb Julai 2012.

Kepada tuan, puan, makcik, pakcik, akak abang, adik serta kawan-kawan sekalian. Jika anda mempunyai modal tetapi tidak ada masa, ataupun ingin membantu sosio-ekonomi sesebuah keluarga menjana pendapatan sampingan, saya sarankan anda keluarkan modal awal untuk menghantar wakil mengikuti kursus ini. Ini kerana, kursus ini dianjurkan oleh saya sendiri dan pengalaman saya sendiri setelah penat lelah memasang nawaitu ingin menghiburkan bonda saya yang sering sedih teringatkan arwah adik saya. Berbekalkan modal yang kecil dan usaha yang gigih, alhamdulillah. Kini rumah bonda dipenuhi dengan ratusan warna warni pelbagai orkid segar menghiasi rumah. Sambil menjual sambil penuh hiasan lanskap rumah anda. Ada rahsia bakal saya kongsikan, di mana setiap hari rumah dikunjungi pembeli walaupun baru beroperasi selama 3 bulan, sehingga pernah satu hari rumah saya dikunjungi puluhan orang tak henti-henti dan pada hari itu juga sebanyak 500 pokok orkid terjual dan dalam 4 hari itu lebih kurang 1500 pokok terjual, jumlah untung jualan dah boleh agak kan. Itulah rezeki Allah bagi. syukur alhamdulillah..


Apa menariknya kursus yang akan dianjurkan ini adalah saya akan menceritakan semua rahsia dan kaedah unik bagaimana anda mampu bersaing dengan nursery-nursery yang ratanya dikuasai oleh kaum cina. Oleh itu, anda tidak akan merasa rugi kerana ilmu ini adalah pengalaman saya sendiri yang memulakannya dari 'zero'..! Jika anda sudah yakin dan mempunyai pelanggan setia yang stabil, barulah masanya anda membuat pinjaman kewangan untuk membesarkan perniagaan lebih jauh. Pada masa itulah perlunya Rancangan Perniagaan, Kewangan, Penubuhan Syarikat, Untung Rugi dan banyak lagi.. Itu semua akan di ceritakan di dalam kursus ini. Oleh kerana itu, saya membuka ruang hanya kepada golongan yang sesuai terutama bangsa melayu demi memajukan sesama ummah.

Sila lihat FB page 'Orkid Bonda' untuk komuniti orkid dan jangan lupa 'LIKE' yawwww..!! =)





  
"Saya ingin melihat anak bangsa melayu kita sama2 maju dan berwawasan mengatasi bangsa lain"


~ Wassalam ~



~Rizali Masri ~
\(^_*)/



Cetak

1 comment:

  1. salam encik..xda buat kursus lagi ke?

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...