ads top

Tips Menenangkan Fikiran Paling Berkesan


Assalamualaikum kepada semua yang dihormati lagi dikasihi, ramai yang tidak tahu betapa zikir sangat memberi kesan positif kepada otak kita. Otak adalah tidakbalas aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari lebih kurang 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas antara satu sama lain.

Apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalam Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah lebih aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini akan mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak berfungsi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET (PET Scan) yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan itu melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan bahagian korteks.

Apa yang uniknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya lebih tajam dan berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu, saudara saudari seislamku, ketika saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Dalam mendapatkan ketenangan hakiki, hanya kalam Allah yang paling mujarab untuk di aplikasikan. Semoga kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat, dan dikongsikan kepada semua agar kita semua beroleh hidayah. Mana yang buruk itu datangnya dari khilaf dan kelemahan diri saya sendiri dan mana yang baik itu lahirnya dari Allah SWT. 

~ Wassalam ~



~ Rizali Masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here