ads top

Panduan Bekerja Hanya Dari Rumah


Topik kali ini adalah berkenaan dengan perniagaan dari rumah atau lebih mudah di kenali sebagai SOHO. Perniagaan yang hanya beroperasi dari rumah dan mampu dilakukan lebih hampir majoriti termasuk mereka yang bekerja makan gaji. Selamat membaca =)

SOHO atau Small Office House Office kini telah ramai yang berjinak-jinak dan kian popular dalam kalangan masyarakat. Ramai yang mencuba dalam bidang perniagaan ini samada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Mana tidaknya sudah ramai melihat bidang ini mempunyai kelebihan tersendiri dan yang pastinya bebas dari banyak perkara. Sejajar perkembangan jalur lebar, gaya dan konsep ini kini menjadi ikutan di mana-mana dan pelbagai golongan. Ada yang meminati perniagaan ini secara online dan ada juga yang berminat hanya sekadar offline. Namun motivasi diri dan sedikit ilmu untuk memulakannya juga perlu bagi ianya terus terjamin dan berkekalan. Antara yang paling utama sekali adalah kesediaan menghadapi pelbagai karenah samada di rumah atau pelanggan itu sendiri juga perlu menyediakan peralatan  yang  lengkap seakan-akan di pejabat sebenar tapi tidaklah perlu membazir hanya cukup sekadar peralatan penting sahaja. Bagi memulakan perniagaan sendiri  hanya di rumah, antara penampilan penting yang harus dan perlu diambil kira adalah:
  1. Perlunya ada sebuah bilik atau ruangan sudut kecil untuk dijadikan pejabat. Bagi memudahkan menempatkan peralatan pejabat, fail dan stok-stok tempahan secara teratur.
  2. Tampilkan dekorasi ringkas atau berkonsepkan korporat penyusunannya ini kerana ianya akan membantu memberi keyakinan diri dan pelanggan.
  3. Pemilihan perabot, ruangan kelengkapan elektronik dan komunikasi yang ideal.
  4. Di galakkan menggantung papan tanda dimana kita dalam tugasan. Kaedah ini secara tidak lansung memberitahu ahli keluarga dan menghormati agar tidak diganggu buat seketika.
  5. Bijak memilih dalam pembahagian masa diantara kerja dan pengurusan dirumah.
  6. Sediakan jadual yang dapat mencatat tarikh dan perkara penting supaya kerja dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan sistematik.
  7. Semak setiap peralatan pejabat sekiranya stok mencukupi seperti dakwat pencetak dan kertas.
  8. Memastikan segala bil utiliti dibayar dengan tepat pada waktunya agar segala kerja bergerak dengan sempurna. Terutamanya dalam bil elektrik dan internet.
  9. Disiplinkan diri dengan memakai pakaian yang kemas. Pakaian yang ideal membantu meningkatkan dan menyerlahkan semangat gerak kerja yang baik.
Namun harus diingat ianya lebih efisyen jika kita:
  1. Sentiasa berani mencuba sesuatu perkara yang baru.
  2. Membuat kaji selidik dan pelan pemasaran sebelum memulakan langkah bidang ini.
  3. Mencari guru, belajar daripadanya adalah penting  pengalaman sebagai contoh yang baik.
  4. Mencari modal – Biasanya modal tidaklah besar namun jika tidak juga mampu, cukup sekadar memulakannya dengan apa yang termampu dahulu.
  5. Jangan kedekut ilmu ataupun lain-lainnya.
  6. Tidak mengganggu kenteraman orang lain.
  7. Komitmen – Bijak mengurus masa baik untuk keluarga ataupun perniagaan.
  8. Jangan putus asa dan teruskan sentiasa berusaha.
Langkah yang perlu difikirkan sebelum menceburkan diri dalam bidang ini:
  1. Tiada gaji atau pendapatan tetap adakah kita bersedia?
  2. Seberapa segerakah kita dapat membayar keperluan harian?
  3. Mampukah kita melakukan pelbagai gerak kerja dalam satu masa?
  4. Bagaimanakah mengurus masa untuk mengembangkan perniagaan?
  5. Memiliki pelanggan tetap atau pelanggan yang hanya sekali membeli?
  6. Adakah sudah bersedia dengan persoalan di atas? 

Sekarang kitalah bos, kitalah pekerja. Oleh itu, pilih perniagaan yang sesuai dahulu samada anda inginkan perniagaan produk ataupun servis. Dengan mengkaji saiz pasaran dan strategi pemasaran yang berkesan, anda mampu melakukannya di rumah. Bagi anda yang mempunyai perniagaan servis di galakkan agar memastikan perkhidmatan anda mampu dilaksanakan dengan sempurna. 

Bagi anda yang mempunyai perniagaan produk, pastikan anda telah lengkap senarai penting seperti maklumat pejabat pos bagi tujuan penghantaran beserta harga, senarai produk yang ingin dijual samada mencukupi stok atau tidak dan digalakkan agar anda menjual produk yang ringan dahulu sekira masih di peringkat awal kerana harga pos tidaklah terlalu mahal. Sekiranya anda masih tercari-cari perniagaan yang sesuai dan ingin mengikuti kursus-kursus keusahawan sebagai panduan asas dan ilmu agar agar berjaya dalam perniagaan, boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. Hanya bekerja dari rumah, tidak kira samada anda seorang pekerja makan gaji, usahawan, suri rumah ataupun penganggur. Dengan perkembangan teknologi terkini, banyak platform seperti facebook, youtube, forum, blog dan web untuk anda mulakan perniagaan pertama. Tanamkan semangat yang tinggi dan disiplin diri yang tinggi, teruskan usaha, usaha dan tetap usaha, InsyaAllah anda pasti berjaya. Sekian.



~ Wassalam ~



Rizali Masri
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

1 respons pembaca:

Hi everyone .. please leave your comment here