ads top

Kemahiran Berunding @ Negotiation Skills


Antara keperluan terpenting dalam membuat suatu keputusan adalah dengan berunding. Hasil perundingan yang berkesan adalah bilamana kedua-dua pihak mendapat "mutual benefit". Bukan hanya sebelah pihak yang mendapat untung, dan bukan kedua-duanya rugi. Dalam konteks perundingan, ianya dimulakan dengan perbincangan yang mana tidak berat sebelah dan mendapat kata putus yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun, masih ramai yang ragu-ragu dan kurang arif tentang hal ini. Ada antara kita mempunyai masalah dalam berunding. Di sini ada beberapa teknik dan kaedah untuk membantu sekiranya anda mempunyai masalah ini. Selamat membaca dan semoga membantu..

Apakah yang dikatakan sebagai kemahiran berunding?

Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain. 

 Kenapa kurang kemahiran berunding?

Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
  • Kurangnya pengalaman
  • Tidak matang
  • Peluang untuk berbincang kurang
  • Kurang yakin dengan diri
  • Terlalu merendah diri

Apa akan terjadi apabila kita kurang kemahiran berunding? Kita tidak :

  • Mencapai apa yang telah kita harapkan
  • Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada
  • Berkeyakinan pada diri sendiri
  • Mempunyai harga diri

Bagaimana kita boleh mendapatkan kemahiran berunding?

Langkah-langkah berikut dapat membantu dalam kemahiran berunding :
  • Kenal pasti apa yang kita perlukan
  • Luahkan pendapat kita
  • Sediakan perancangan diri
  • Kenal pasti keperluan rakan kita
  • Mendengar dengan sepenuh jiwa
  • Ajukanlah masalah
  • Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
  • Sentiasa bersabar
  • Bertolak ansur dengan kreatif
  • Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib
  • Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
  • Terima tanggung jawab jika terpilih

Latihan untuk menghasilkan kemahiran berunding kepada siapakah kita boleh meminta bantuan?

Kita boleh memohon bantuan daripada:
  • Keluarga sendiri
  • Ahli keluarga yang kita percayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru-guru agama

ATAU

Dapatkan bantuan pakar profesional:
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/



    Share on Google Plus

    Tentang Rizali Masri

    RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

    0 respons pembaca:

    Post a Comment

    Hi everyone .. please leave your comment here