ads top

Selami Dunia Keusahawanan


Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan yang ratanya bermula dari usaha sendiri dan mampu berdikari. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.

Perdebatan samada seseorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri-ciri keusahawanan secara semulajadi atau ciri-ciri itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara berterusan ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. 

Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.


Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:

  • Berani mengambil risiko.
  • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
  • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
  • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
  • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
  • Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
  • Pandai merancang kehadapan.
  • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
  • Kreatif dan inovatif.
  • Tidak pemalu dan peramah.
  • Cekap berkomunikasi dan toleransi.
  • Rajin bekerja dan gigih berusaha.
  • Cekap membina jaringan (networking).
  • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
  • Cekap dan cepat membuat keputusan.

Tidak semua orang mampu menjadi seorang usahawan berjaya, ramai juga yang kecundang dan gagal, namun tidak mustahil juga untuk anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya. Asalkan anda mempunyai keazaman yang tinggi dan semangat yakin diri yang tinggi. Jangan pernah putus asa dan tetapkan matlamat. Walaupun hakikatnya dunia keusahawanan tidaklah semudah yang disangka semua orang, tetapi bagi mereka yang yakin diri dan percaya pada diri, setiap usaha yang di korbankan itu pasti menampakkan hasil samada cepat atau lambat. Pucuk pangkal adalah diri sendiri untuk berjaya. Rezeki Allah itu ada di mana-mana dan setiap kegagalan itu juga bukanlah satu kerugian malah ianya suatu pengalaman untuk bekalan kejayaan anda di masa akan datang. 9/10 rezeki itu adalah datangnya dari perniagaan =) 

Semoga ilmu yang dikongsi ini mampu memberi suntikan semangat dan pengetahuan dalam dunia keusahawanan yang penuh mencabar. Tiada apa yang mustahil di dalam dunia, teruskan usaha dan percaya pada diri. InsyaAllah berjaya =)


~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/



    Share on Google Plus

    Tentang Rizali Masri

    RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

    0 respons pembaca:

    Post a Comment

    Hi everyone .. please leave your comment here