Otak dan akal manusia adalah kurniaan yang sangat tidak terhingga nilainya. Oleh kerana itu, kita harus menggunakan akal dan otak dengan sebaik mungkin. Disini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Dengan mengenalpasti kelebihan otak kita sendiri, maka kita tahu dan faham di mana letaknya kemampuan diri dalam aspek kerjaya samada bekerja sendiri atau kerja makan gaji atau kedua-duanya sekali.
Secara amnya, kedua-dua belah otak manusia mempunyai fungsi yang cukup berbeza. Otak dominan hemispera kanan lebih cenderung kepada kreativiti, imaginasi, intiusi, konseptual dan empati. Di mana hemispera kanan pula bekerja secara tidak berstruktur, melihat sesuatu itu dalam gambaran yang sangat meluas dan berfikir secara menyeluruh. Antara pekerjaan yang banyak menggunakan hemispera kanan adalah di dalam industri hiburan dan fesyen.
Hemispera kiri pula lebih cenderung kepada kecerdasan analitikal, logik, matematik dan saintifik. Mereka yang dominan himespera kiri mampu berfikir secara sistemetik dan terperinci. Mereka ini mudah untuk memahami perkara2 yang kompleks serta memerlukan maklumat yang sangat terperinci. Jurutera, Pustakawan, Kaunselor, Pengaturcara Komputer adalah diantara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri. Keadaan ini tidak juga membawa maksud bahawa sebagai manusia kita hanya menggunakan sebelah bahagian otak sahaja tetapi kita perlu akur bahawa manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Contohnya dalam soal melukiskan sesuatu gambar, ramai di antara kita yang hanya mampu melakar dan mengimaginasikan sesuatu lukisan tetapi tidak ramai yang berkemahiran untuk melukis apa yang diimaginasikan.
Namun manusia tetap dengan kekurangan ini, gabungan antara mereka yang dominan hemispera kiri dan hemispera kanan amat diperlukan di dalam mana-mana organisasi yang ingin perniagaan mereka berjaya terutama sekali dalam melaksanakan pembaharuan yang berterusan dan konsisten.
Secara tradisinya, para pemimpin yang dominan hemispera kiri tidak dapat membezakan di antara inovasi yang bernas dan tidak bernas. malah mereka tidak begitu menghargai kemahiran yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan budaya kreatif dan rekacipta yang berterusan. Pemikiran menyeluruh iaitu penggunaan kedua belah hemispera amat perlu dalam memastikan sesebuah organisasi itu terus relevan dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan pembaharuan secara berterusan. Perbezaan antara pemimpin dominan hemispera kiri dan hemispera kanan boleh dilihat dari gaya dan kaedah mereka mengurus dan mentadbir organisasi mereka.
Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kiri | Gaya Mengurus Dominan Hemispera Kanan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam konteks keusahawanan pula, jika kita mampu menerbitkan hemisfera otak tengah, kita mempunyai peluang yang sangat tinggi dalam mencipta sesuatu peluang atau inovasi mengikut daya kreativiti sendiri. Oleh itu, kepada para usahawan, bakal usahawan, atau mereka yang ingin menerokai alam keusahawanan dan mempelajari teknik dan cara menjadi seorang usahawan yang kreatif anda boleh janakan daya kemampuan otak tengah dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja kepada para usahawan, malah juga kepada anda yang bekerja makan gaji.
Sekiranya anda inginkan maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi saya di contact me kerana saya menyediakan platform usahawan dalam bentuk training dan seminar keusahawanan seperti : Kelas Asas Keusahawanan, Minda Kreatif, Pelan Pemasaran, Online Bisnes, Networking dan Platform Keusahawanan. Bagi anda yang berada di Kota Damansara boleh merujuk di Mentor Niaga. Kami menyediakan one-stop-centre untuk para usahawan dan mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya. Jangan lupa untuk hubungi saya atau sms ke 013-7292559 sekiranya anda masih tercari-cari peluang dan ruang perniagaan yang sesuai, mudah dan efisyen. Saya sedia menyediakan mentor dan pembimbing kepada anda. Sekian.
Sekiranya anda inginkan maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi saya di contact me kerana saya menyediakan platform usahawan dalam bentuk training dan seminar keusahawanan seperti : Kelas Asas Keusahawanan, Minda Kreatif, Pelan Pemasaran, Online Bisnes, Networking dan Platform Keusahawanan. Bagi anda yang berada di Kota Damansara boleh merujuk di Mentor Niaga. Kami menyediakan one-stop-centre untuk para usahawan dan mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya. Jangan lupa untuk hubungi saya atau sms ke 013-7292559 sekiranya anda masih tercari-cari peluang dan ruang perniagaan yang sesuai, mudah dan efisyen. Saya sedia menyediakan mentor dan pembimbing kepada anda. Sekian.
~ Wassalam ~
~ Rizali Masri ~
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here