ads top

Anjakan Paradigma Buat Diri


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian, apa yang anda faham tentang anjakan padigma..? Secara ratanya, ianya lebih ke arah perubahan yang lebih baik dan bersistematik. Kalau dulu kita pemalas, sekarang kita sudah berubah menjadi seorang yang rajin dan berjaya. Kalau dulu baik, sekarang menjadi jauh lebih baik.. kalau dulu bujang, sekarang dah kawin =) "walaupun saya masih bujang lagi" hehe. So, itulah antara rumusan simple yang boleh saya kongsikan tentang erti anjakan paradigma terutama buat diri sendiri. Ramai antara kita yang ingin berubah dan menjadi lebih baik, so fasa kata 'anjakan paradigma' ini mungkin sesuai buat anda.. anjakan paradigma bermula dari diri sendiri ~

Perkataan paradigma asalnya adalah dari perkataan Greek iaitu ‘paradeigma’, dalam bahasa Inggeris disebut sebagai paradigm dan dalam bahasa Perancis disebut paradigme, istilah dari bahasa Latin, iaitu para dan deigma. Secara etimologis, para bererti (di samping, di sebelah) dan deigma bererti (memperlihatkan, yang berarti, model, contoh, ideal). Sedangkan deigma dalam bentuk kata kerja deiknynai bererti menunjukkan atau mempertunjukkan sesuatu yang membawa maksud model, bentuk atau contoh. Maksud paradigma sebenarnya boleh diperjelaskan dengan kaedah kita melihat sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum, dan bagaimana kita boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan.

Anjakan Paradigma

Anjakan paradigma menjuruskan kepada perpindahan dari satu situasi kepada situasi yang baru, yang melibatkan perubahan peraturan dan prosedur. Dalam menyelesaikan masalah, biasanya kita selesaikan yang senang dahulu dengan cepat dan cekap, kemudian kita akan menghadapi proses penyelesaian yang perlahan kerana masalah yang tinggal itu tidak lagi mudah dan dengan kecekapannya menurun. Di sini kita perlu satu formula baru yang mungkin melibatkan peraturan dan prosedur. Bagi melaksanakannya, ia memerlukan paradigma baru atau perubahan paradigma. Secara ringkas bolehlah ditakrifkan bahawa anjakan paradigma adalah kaedah penyelesaian dan pembaharuan ke arah kebaikan.

Siapa penganjak paradigma?

Ramai berpendapat bahawa cara yang paling mudah untuk menjawab persoalan ini ialah semua staf dalam sesebuah organisasi, walaupun secara disedari atau tidak, sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahan paradigma, khususnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan. Sungguhpun demikian dan bagi memudahkan perbincangan, kita boleh tumpukan kepada empat (4) kategori utama iaitu :-

  • Kategori pertama ialah staf yang baru tamat latihan. Mereka ini mempelajari paradigma dan ingin mempraktikkanya.
  • Kategori kedua ialah orang dewasa yang bidang pekerjaannya telah berubah kepada yang baru.
  • Kategori yang ketiga pula ialah mereka yang sedang melaksanakan tugas itu sendiri di mana sentiasa melihat pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Mereka mengamalkan paradigma yang sedia dipraktikkan dan mengetahui jalan untuk mengubah paradigma ini.
  • Kategori yang keempat pula adalah terdiri dari orang luar yang melihat masalah sesebuah organisasi itu dari jauh dan cuba menyumbangkan sesuatu sebagai jalan penyelesaian.

Perubahan paradigma biasanya terjadi secara subjektif yang mana ianya tidak semestinya sama dari pemikiran setiap orang. Oleh itu, apapun tanggapan orang terhadap sesuatu perkara adalah bersifat terbuka, bermaksud semua orang boleh menafsirkan mengikut kefahaman sendiri.


Dalam konteks yang mudah difahami, ianya adalah perubahan kepada kebaikan. Kita harus melakukan anjakan paradigma dalam diri sendiri. Dengan menetapkan matlamat dan impian hidup, kita harus memastikan ianya seiring dengan perjalanan kehidupan kita. Misalnya, 2010 anda inginkan segulung ijazah, 2011 pekerjaan yang stabil, 2012 menyambung pengajian, 2013 umrah dan seterusnya. Dengan melakukan anjakan paradigma dalam diri, anda akan sentiasa positif dan berusaha untuk melakukan proses perubahan ke arah kebaikan diri. Kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan samada PMR, SPM, kolej atau di universiti. Good luck ya untuk semua =) Lakukanlah anjakan paradigma dalam diri agar adik-adik semua tetap mengekalkan momentum untuk mengejar impian dan cita-cita ke peringkat yang jauh lebih tinggi =) Paradigma bermula dari "Minda, Hati & Semangat". Sekian ~



 ~ Wassalam ~



Rizali Masri
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here