ads top

Tips Minda Kreatif & Unik


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia yang dikasihi sekalian, topik hari ini adalah berkaitan pemikiran kreatif. Artikel yang ingin saya kongsikan disini adalah bagaimana kita mampu meningkatkan daya kreativiti dan cara berfikir secara kreatif, sememangnya kreatif itu adalah sesuatu perkara yang unik!

Kenapa Harus Kreatif?

Adakah anda mahu mengabaikan manfaat pemikiran kreatif yang luar biasa ini yang memang telah dianugerahkan pada setiap manusia..? Ramai orang mengabaikan daya kreaitiviti sebab ada yang tidak menyedari manfaat dari kreaiviti ini. Oleh itu, ingin saya kongsikan supaya kita terus akan menjadi seseorang yang kreatif dan unik.

  • Kehidupan memang biasanya berhadapan dengan pelbagai masalah, perlunya ada idea-idea untuk mengatasi masalah tersebut. anda harus kreatif mencari idea untuk memecahkan masalah yang sedang dihadapi dengan cara ang mudah dan berkesan.
  • Persaingan tidak pernah berhenti. Misalnya, anda akan menghadapi produk yang sama dengan yang dijual dipasaran. Anda juga harus kreatif menghasilkan idea-idea untuk membuat atau memperbaiki produk anda agar tetap unggul dan menarik.
  • Antara perkara yang membezakan anda dengan karyawan lain ialah kreativiti dalam mencari penyelesaian, menghasilkan idea-idea luar kotak pemikiran dan dalam menjalankan tugas harian.
  • Orang kreatif tidak akan menyerah kalah, kerana mereka selalu memiliki jalan alternatif dan sering berfikir mencari jalan penyelesaian.

Latih Diri Menjadi Kreatif

Peranan motivasi, berfikir, mengambil risiko, dan tenang adalah antara sikap-sikap yang harus dikembangkan agar anda sentiasa dalam matlamat ke arah pemikiran yang kreatif.

  • Kreativiti korang ditentukan sejauh mana anda menginginkan hal-hal baru. Motivasi ini berlandaskan sejauh mana anda menginginkan penambahbaikan dalam hidup, atau sejauh mana anda sedang mengalami kesulitan. Pertanyaan yang sangat penting adalah sejauh mana kita menginginkan hal-hal yang baru di jalani dengan mudah.

Kombinasi Motivasi, Idea & Unik

  • Biasanya idea datang pada waktu bersantai dan tenang, berbanding masa anda berfikir perkara yang serius. Jadi masa dan waktu inilah anda boleh mencari jalan menyelesaikan masalah, atau ingin mencari suatu idea baru dalam keadaan bersahaja . Namun sebelum rileks kita perlu menyatakan apa yang kita cari, katakan berulang-ulang sampai meresap ke dalam pemikiran minda bawah sedar, kemudian berehat seketika. anda akan rasa takjub dengan teknik sederhana ini, idea-idea atau penyelesaian akan muncul pada saat-saat yang anda tidak duga sama sekali.
  • Takut terhadap risiko yang terdapat pada idea lalu akan mencari jalan keluar idea anda. Setiap cara atau jalan penyelesaian mungkin akan mengundang beberapa risiko, tetapi jika anda ingin kreatif perlulah berani mengambil risiko itu. Berfikir dan berfikir secara positif, biasanya idea-idea baru akan muncul jika anda seorang yang peka terhadap persekitaran dan perubahan semasa.

Mengembangkan Daya Kreativiti

Dalam mengembangkan potensi menjadi kreatif, sikap dan sudut pandang antara perkara lain yang perlu anda harus miliki agar menjadi kreatif dan unik.

  • Jika anda ingin kreatif, fokus pada peluang. Biasakah anda mendengar "masalah itu sebagai peluang". Namun bukan hanya itu, bukan hanya masalah saja yang boleh menjadi peluang.  Apapun yang ada dihadapan anda boleh mencetuskan idea sebuah peluang baru.
  • Misalnya, semasa anda sedang memegang sehelai kertas, cuba tanyakan peluang apa yang anda mampu hasilkan dari kertas tersebut..? mungkin agak bingung, tetapi dengan terus-menerus mengajukan pertanyaan tersebut, Insya-Allah idea baru, kreatif dan unik akan muncul. Setelah idea itu muncul anda hanya mengevaluasikan idea mana yang terbaik pada hasil yang terbaik. Mudah bukan!!
  • Untuk lebih kreatif anda harus berani keluar dari rutin kebiasaan. Jangan terkongkong dengan apa yang ada pada masa ini, itu belum tentu menjadi yang terbaik. Masih ada peluang untuk yang lebih baik. Percayalah, sebab jika tidak percaya, idea-idea gila pun bakal menjadi luarbiasa! Jangan suka dengan status quo, cintailah perubahan, namun perubahan menuju yang lebih baik dan progresif.
  • Latih diri melihat segala sesuatu dari berbagai sudut pandang. Apakah kita berfikir kalau kertas itu hanya alat untuk ditulis..? Ternyata tidak, kertas boleh digubah untuk menjadi hiasan, kraftangan, bekas pensil, pembalut hadiah, sampan kertas, bahan bakar, dan mungkin juga boleh digumpal sehingga padat untuk dilempar pada muka orang! =) Apa yang penting adalah, idea anda itu tidak seharusnya skema dan tersusun, adakalanya idea yang agak gila juga membuatkan anda unik dan pintar!

Pola Pemikiran Minda Kreatif

Kesalahan, penambahbaikan, dan perubahan. Sikap-sikap seterusnya yang perlu kita miliki agar sentiasa kreatif dan unik.

  • Di mana masa anda memiliki idea, lakukan atau cuba idea tersebut, jika gagal. Perbaiki idea tersebut sehingga ianya berhasil, jadilah ianya suatu idea yang baru. Inilah tips yang seterusnya, iaitu belajar dari kesalahan dan kegagalan. Kesalahan boleh menghasilkan idea baru yang jauh lebih baik. Tanyakanlah terhadap idea lama yang gagal, apa yang dipelajari dari idea tersebut, bolehkah dilakukan lagi dengan cara baru, apakah masanya agak kurang tepat atau sesuai?
  • Jangan berpikir bahawa kreatif itu hanya membuat hal-hal yang baru. Anda salah, kerana manusia tidak pernah membuat hal yang baru. Manusia hanya boleh menemukan apa yang belum ditemukan oleh orang lain, manusia hanya boleh mengubah atau menggabungkan hal-hal yang sudah ada, menggabungkan sesuatu hal atau objek kepada objek yang baru disebut inovasi. Jika anda kreatif, anda bakal mencipta sesuatu rekaan inovasi baru.
  • Jangan terpaku dengan idea lama dan biasa. Berjayanya idea itu pada masa yang lepas, belum tentu akan berhasil lagi pada masa ini. Kembangkan lagi, tiada masalah menggabungkan idea anda sendiri yang sempurna untuk mendapatkan idea baru yang lebih baik.  

 
Kreativiti Suatu Keghairahan

  • Hidup anda akan terasa ghairah jika anda berjaya menjadi seorang yang  kreatif
  • Tip di atas adalah sebagai penemuan yang perlu dimiliki untuk menjadi orang yang lebih kreatif.  Penemuan baru? Jawapannya ya. Selanjutan dari penemuan ini ialah anda perlu mengetahui teknik-teknik dalam menggali kepelbagaian idea.
  • Semakin kreatif, semakin tinggi juga daya imaginasi, dan fikir dan daya naluri serta keghairahan juga semakin tercipta dan meningkat, maka semakin besarlah peluang untuk memperoleh hasil yang mengembirakan.
  • Kesempurnaan dan kreativiti saling seiring antara satu sama lain. Mereka yang paling kreatif itulah biasanya yang paling berjaya. Jika kita ingin meningkatkan peluang kejayaan, maka tingkatkanlah kreativiti dan jadilah seseorang yang unik.
  • Miliki rasa percayakan diri sendiri, kreativiti dan ghairah, kemudian nyatakan keyakinan anda kepada dunia, setiap insan ada hak di muka bumi untuk menciptakan sesuatu yang memberi manfaat kepada semua. Anda mampu mengubahnya..!

Akhir kata, anda harus ingat setiap apa sahaja idea kreatif, imaginasi atau pemikiran baru yang anda terima atau dapat dan pastikan dicatat di mana-mana kertas atau handphone, supaya boleh menjadi rujukan kemudian hari bila anda terfikir akan idea-idea baru. Teruskan berfikir dan ubah gaya fikir anda kepada unik dan luarbiasa. Untuk berjaya anda tidak semestinya harus mencipta sesuatu sistem atau perkara baru, anda cuma perlu kreatif dan unik!! =) Sekian ~



~ Wassalam ~



~ Rizali Masri ~
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here