SELAMAT MENYAMBUT AWAL TAHUN
1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah
dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit
dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan
perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang
bertakwa.” (At-Taubah: 36)
Nabi
saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada
empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah
dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara
Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan
haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan
haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Al
Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi
(صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN
HARAM .
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah
puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)
Keutamaan Puasa 10 Muharam
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W
bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram)
maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa
yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000
orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang
siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T
akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka
seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka
puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "Ya
Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari
lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang benar, Allah
Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari
Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan
juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi
Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi
hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".
Mulakan azam yang baru, usaha yang baru, semangat yang baru, hijrah yang baru untuk memastikan kehidupan yang jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah ~
~ Wassalam ~
Rizali Masri
Keutamaan Puasa 10 Muharam
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "Ya
Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari
lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang benar, Allah
Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari
Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan
juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi
Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi
hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".
Mulakan azam yang baru, usaha yang baru, semangat yang baru, hijrah yang baru untuk memastikan kehidupan yang jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah ~
~ Wassalam ~
Rizali Masri
Tentang Rizali Masri
RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here