ads top

Ciri Wanita Tambat Hati Lelaki


Ramai lelaki mudah tertarik pada pandang pertama kepada wanita yang seksi, cantik, menggoda, putih gebu, montok dan pandai bersosial. Itu memang lumrah para lelaki. Tetapi adakah anda tahu bahawa kebiasaannya para lelaki yang suka rapat pada anda ketika itu hanyalah sekadar bersifat sementara dan tidak serius. Itu semua tidaklah terlalu penting, namun antara aspek yang banyak lelaki terpikat adalah pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. Fahami dan dalami perkongsian ini agar dapat membantu anda semua wahai wanita =)

1. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dahulu sebelum bertindak.

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata para lelaki. Mereka berasa terhibur dengan sifat anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan dan selesa. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah dan terpesona.

3. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya sendiri. Dia akan murah dengan senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3? Penampilan wanita yang sebegini sememangnya disenangi para suami.

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman semua lelaki. Semua lelaki sangat suka jika diri mereka dihargai terutama wanita yang disukainya. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. Oleh itu, wanita harus pandai sesuaikan diri dengan kata-kata lelaki yang ratanya bersifat "open-minded".

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona. Inilah sifat seorang wanita yang sempurna.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. Bersifat Anak Kecil Tetapi Matang 

Lelaki suka pada perwatakan wanita yang manja dan seperti anak kecil. tetapi pada ketika perkara yang di anggap serius oleh lelaki, wanita itu berfikiran matang. Adakalanya lelaki ego dalam meminta pendapat kepada wanita, dan seringkali memberi pembayang samar dengan harapan si wanita itu memahami dan mampu memberikan buah fikiran secara matang. Oleh itu, walaupun anda seperti anak kecil dan manja jangan juga fikiran anda sama seperti budak sekolah rendah. Lelaki sukar berkongsi kelemahan diri mereka, tetapi apabila lelaki telah selesa, mereka tidak ragu-ragu lagi menceritakan dan berkongsi segalanya kepada wanita. 

10. Tidak Terlalu Melayan Semua Lelaki

Lelaki adakalanya berfikiran terbuka, namun tidak hairanlah jika mereka tidak menghalang anda para wanita untuk berkawan dengan ramai lelaki, tetapi adakalanya lelaki amat pantang jika anda melayan kawan lelaki anda lebih-lebih dan memberikan ayat harapan kepada mereka. Kerana lelaki tidak suka akan perkara itu, pada mereka kepercayaan dan kejujuran anda adalah terletak pada sikap anda melayan kawan-kawan lelaki anda. Jika keterlaluan dan melebih-lebih dari situ mereka dapat mengenal siapa anda sebenarnya. Oleh itu, awas dan hati-hati dengan layanan anda, kerana anda melayan sekali, dua tiga kali lelaki akan melayan anda. So, kawal pergaulan dan jaga hubungan anda yang sedia ada.

 Tdak semestinya anda harus mendedahkan semuanya terutama bahagian yang sangat digemari lelaki untuk menambat hati mereka. Cukuplah sekadar anda menunjukkan diri sebenar anda dan tidak hipokrit. Para lelaki yang bersifat serius pada setiap perhubungan biasa mengambil masa untuk mengamati wanita pilihan hati mereka. Oleh itu, kawal budi bicara anda, kata-kata anda serta praktikkan segala tips di atas =) InsyaAllah lancar semuanya ~



~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here